PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Tuesday, 8 April 2014
Peguam Anwar N.Surendren Hilang Kelayakan
KUALA LUMPUR 8 April - Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Peguam N.Surendran hilang kelayakan daripada mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengendalikan kes saman RM100 juta terhadap TV3 dan Utusan Melayu (M) Bhd berhubung isu pencerobohan Lahad Datu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop berkata, keputusan itu dibuat atas alasan berkemungkinan berlaku konflik kepentingan berikutan kedudukan Surendran dan Anwar yang memegang jawatan dalam parti
Surendren memegang jawatan Naib Presiden PKR manakala Anwar sebagai Ketua Umum PKR.
Dikatakan Anwar akan mengambil peguam Datuk Ambiga Sreenevasan bagi mewakilinya bagi prosiding yang akan bermula pada 14 April ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment