Ditangkap nelayan di Pulau Angsa,
Adun Perak kita satukan,
Wakil-wakil rakyat yang berlainan bangsa.
Cantik sungguh si rama-rama,
Hinggap sebentar diatas bahu,
Berlainan bangsa juga agama,
Bukan penghalang untuk kita bersatu.
Begitulah ungkapan pantun oleh ADUN Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali yang berjaya menghidupkan suasana ceria pada sesi perbahasan di persidangan DewanNegeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan yang masuk hari ketiga hari ini.
Abdullah Fauzi yang terkenal sebagai pakar pantun dan peribahasa di kalangan wakil rakyat BN Perak menghidupkan suasana ceria apabila tampil membahaskan titah ucapan Pemangku Raja Perak dengan memperjelaskan isu `Raja Bomoh' yang dibangkitkan ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononnya pengikut bomoh itu dikaitkan dengan orang BN.
Beliau berkata, bomoh yang dikaitkan itu adalah bomoh cari makan yang menggunakan khidmat perbomohan melalui strategipemasaran untuk mengaut keuntungan.
Beliau menolak dakwaan Menteri Besar Perak menjadi pengikut Raja Bomoh itu.
“Bomoh ini ada musim, ada musim dia jadi..ada musim dia tidak jadi kerana berkawan dengan syaitan,” katanya.
Suasana Dewan riuh rendah dengan gelak ketawa apabila ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham bangun mencelah bertanyakan Abdullah Fauzi kononnya bomoh itu mempunyai rumah besar dan difahamkan ramai ahli UMNO menjadi pelanggan bomoh itu.
Speaker Dewan kemudian meminta ADUN Kampung Gajah itu menjawab soalan.
Abdullah kemudian berkata, “Ini bomoh siapapun boleh pakai, kita UMNO tarak pakai..percaya pada Allah SWT”.
ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad kemudian bangun bertanya,adakah Abdullah Fauzi bersetuju bahawa Datuk SeriAnwar Ibrahim juga anak murid bomoh tersebut.
“Anwar Ibrahim bukan bomoh itu aje, bomoh lain pun ada, kalau nak tahu datang Kampung Gajah, saya bagi tahu di mana dia buat ubat ini, nama bomoh ini.
“Yang itu bomoh bukan terbang, itu bomoh terpacak namanya,” kata Abdullah Fauzi ambil memberitahu bahawa bomoh itu sudah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment