PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Friday, 11 April 2014
ANALISIS TUDUHAN TERHADAP ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA PEMEGANG PASSPORT BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC)
1. Minggu ini, rakyat Malaysia terperanjat apabila akhbar Utusan Melayu melaporkan betapa mudahnya kerajaan Malaysia memberi kerakyatan semula kepada kumpulan yang telah melucutkan kewarganegaraan mereka sendiri pada tahun 2003, 11 tahun lalu.
2. Sebenarnya isu ini bermula daripada soalan lisan Ahli Parlimen Tanjong, Tuan Ng Wei Aik adalah seperti berikut;
Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha usaha yang telah diambil sama ada oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan British bagi memastikan rakyat Malaysia yang merupakan British Overseas Citizen (BOC) dan telah melepaskan tanpa sengaja atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia tidak menghadapi masalah untuk kembali ke Malaysia?
3. Jika kita perhatikan dengan teliti, pemimpin DAP ini telah berbohong secara terbuka di dalam soalan tersebut yang menyatakan 'melepaskan kewarganegaraan tanpa sengaja' sedangkan seluruh Malaysia mengetahui tragedi di mana 1,000 rakyat cina Malaysia dengan angkuh mengoyakkan passport mereka untuk mengumumkan bahawa mereka tidak mahu menjadi rakyat Malaysia.
4. Kumpulan ini terbang ke United Kingdom dengan harapan agar menjadi rakyat tetap England. Akhirnya, kumpulan ini menjadi pendatang haram di United Kingdom dan bekerja sebagai pencuci pinggan. Kumpulan ini meminta agar kerajaan Malaysia mengembalikan kerakyatan mereka di Malaysia melalui saluran DAP.
5. Sekarang adakah kita sudah jelas mengapa pemimpin DAP bertanyakan soalan tersebut di Dewan Rakyat dengan fakta yang tidak benar. Jawapan Menteri Dalam Negeri amatlah tegas dan konsisten yang selari dengan perundangan negara. Namun jawapan tersebut telah disalah ertikan serta di manipulasikan, kononnya kumpulan tersebut diberi taraf kewarganegaraan.
6. Ini mungkin angan angan atau mimpi kumpulan tersebut yang mengharapkan jawapan dan keputusan kerajaan seperti yang mereka inginkan.
7. Sebenarnya Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC. Berdasarkan laporan, hanya tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pass Residen dan bukan taraf kerakyatan. Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar.
8. Kita perlu faham dan jelas bahawa pengeluaran Pass Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia. Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini.
9. Berdasarkan pendedahan ini, rakyat Malaysia diharap lebih tersuluh dengan permainan manipulasi DAP yang memperjuangkan agenda kumpulan stateless tersebut. Kita harus yakin tidak mungkin Zahid Hamidi mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
10. Pada pandangan saya, keputusan kerajaan untuk memberikan Pass Residen adalah wajar kerana Pemegang Pass Residen tidak ada hak untuk mengundi di dalam Pilihanraya. Hujah ini menempelak tuduhan fitnah kononnya Zahid Hamidi membenarkan kumpulan tersebut mengundi dalam PRU 14.
11. Saya masih yakin dan percaya, kewibaan Zahid Hamidi sebagai seorang bakal pemimpin tertinggi masih relevan dan didambakan oleh rakyat terbanyak. Oleh kerana personalitinya yang hebat, bersamalah kita mempertahankannya dari serangan musuh-musuh politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
artikel yang ringkas dan padat...tahniah !
ReplyDelete