PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Wednesday, 25 February 2015
Mahfuz Sah Pembohong Besar
Pengamal media hari ini sekali lagi diperdaya Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ekoran pembatalan telesidang bersama anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Naib Pemuda UMNO Lokman Adam berkata, Mahfuz kemudiannya menyalahkan pihak berkuasa dengan mendakwa talian telefon Sirul di Australia disekat sebagai usaha mengagalkan telesidang itu berlangsung.
"Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut. Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.
Jelas Lokman, kini semakin jelas pemergian Sirul ke Australia selamaa ini telah diatur oleh Mahfuz yang juga telah menjanjikan sesuatu kepadanya sebagai ganjaran.
"Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya.
"Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya. Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?" ujarnya.
Katanya, dakwaan media Australi mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dengan pembunuhan Altantuya yang didakwa menjadi penterjemah dalam pembelian kapal selam Scorpene juga tidak berasas.
"Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia. Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Lliwat.
"Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat. Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.
"Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama. Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya. Tapi sampai sekarang, Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.
"Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda. itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.
"Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut. Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia.
"Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis. Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia. Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris. Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris," jelas Lokman.
Beliau juga menyatakan perasaan kecewa kepada Mahfuz tidak mempertahankan Najib yang telah bersumpah mengikut cara Islam.
"Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah.
"Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwat," katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment