PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 5 February 2015

Kenyataan Ismail Sabri Diputar-belit: Wira PERKASA



Wira Perkasa Malaysia menyifatkan kenyataan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta golongan peniaga terutamanya Cina menurunkan harga barang diputarbelit sebagai berunsur perkauman.
Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris, berkata pihaknya memuji tindakan berani menteri itu yang mengeluarkan kenyataan meminta peniaga Cina menurunkan harga barang selepas kerajaan menurunkan harga minyak.
“Beliau menggesa peniaga Cina agar menurunkan harga barang disebabkan pihak kerajaan telah menurunkan harga minyak sejak Disember lalu.
“Namun, kenyataan ini telah diputarbelit oleh beberapa pihak hingga mengakibatkan timbul salah faham hingga menyebabkan Ismail Sabri didakwa mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.
“Mengapa perlu diperlakukan sedemikian? Apa lagi yang mereka mahu? Jangan cuba menyimbah minyak ke api,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.
Irwan Fahmi menegaskan, peniaga Cina boleh mempengaruhi harga barangan kerana mereka menguasai perniagaan barangan asas di Malaysia.
“Jangan hanya kerana permintaan itu dibuat oleh seorang menteri berbangsa Melayu maka kenyataan itu begitu mudah dipusing dan dimainkan,” tambahnya.
Ulas beliau lagi, sehingga hari ini, belum kedengaran berita golongan peniaga khususnya Cina menurunkan harga barang.
“Mereka hanya tahu menyalak dan membuat bising apabila harga minyak naik dan kini tiba masanya mereka menurunkan harga barang kerana harga minyak telah turun.
“Kenyataan Ismail Sabri bahawa pengguna mempunyai kuasa besar terhadap peniaga juga wajar disokong.
“Sekiranya peniaga berdegil, pengguna boleh memboikot peniaga terbabit tetapi kenyataan ini juga dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya hargai usaha menteri tersebut kerana beliau berusaha untuk menyedarkan rakyat agar menjadi pengguna yang bijak,” katanya lagi.
Menurut Irwan Fahmi lagi, pengguna khususnya orang Melayu dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan pembohongan yang dimainkan pihak tertentu dalam isu tersebut.
“Kami juga berharap agar lebih ramai lagi pemimpin berani tampil menyuarakan pendapat mereka dalam memperjuangkan hak rakyat khususnya orang Melayu,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment