PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday, 28 February 2015

Penyerahan Peralatan Sukan Kepada Pemuda,Belia Dan Adik-Adik DiSungai Tiang Baruh





Dr.Nik Menyampaikan Sumbangan Peralatan Sukan Kepada Pemuda,Belia Dan Adik-Adik Di Sungai Tiang Baruh.Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Penyerahan sumbangan ini.

Pemberian Alatan Sukan Kepada Pemuda-Pemuda Parit 7 Melalui KPC Dan PSU Pemuda Parit 7






Hari ini Dr.Nik Menyumbangkan Alatan Sukan  Kepada  Pemuda-Pemuda Parit 7 Melalui KPC Dan PSU Pemuda Parit 7.Tahniah kepada semua dengan kerjasama yang sangat baik sekali.

Friday, 27 February 2015

Najib : Bangsa Melayu Bakal Disegani di Mata Dunia



 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkeyakinan bahawa bangsa Melayu akan terus melangkah menjadi bangsa yang disegani di mata dunia.

Beliau menzahirkan keyakinan itu berdasarkan semangat yang ditunjukkan hadirin terutamanya golongan belia yang bersama-sama dengannya pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di Bukit Jalil, malam tadi.

"Namun, Melayu tidak harus leka, Melayu perlu terus melangkah maju dan berdikari. Kita perlu tingkatkan usaha kita melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.

"Kita perlu memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi Raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga," katanya menerusi catatan terbaru di dalam laman Twitternya hari ini.

Najib berkata, panduan ini wajar menjadi wadah dan maslahah yang akan terus diperjuangkan dan digunakan untuk memajukan bangsa Melayu.

Perdana Menteri turut yakin bahawa seandainya bangsa Melayu mengekalkan keutuhan perpaduan dalam kalangan mereka dan berusaha ke arah memajukan bangsa, tiada apa yang tidak mampu dikecapi bersama.

Malam tadi, Najib menghadiri dan menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan itu di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini yang dihadiri ribuan peserta.

Sementara itu, dalam satu lagi catatannya, Perdana Menteri berkata kerajaan akan meneruskan usaha menambah baik pertahanan negara agar keselamatan dan ketenteraman serta kedaulatan sempadan negara terus terjamin.

"Hari ini adalah ulang tahun ke-82 Angkatan Tentera Darat Malaysia. Saya mengajak rakyat Malaysia bersama-sama saya mengucapkan terima kasih atas pengorbanan mereka dan keluarga serta mendoakan agar para perajurit angkatan darat terus cekal, tabah dan gagah," katanya

Kerajaan Sedia Ada Akan Terus Memartabatkan Kaum Melayu - Najib



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memberikan jaminan bahawa kerajaan sedia ada di bawah pimpinannya akan terus membantu orang melayu serta kaum bumiputera di Malaysia.
Najib berkata, agenda memartabatkan bumiputera akan terus menjadi agenda terpenting negara lantas kerajaan akan terus menggubal dasar serta langkah yang bersesuaian dalam memartabatkan melayu.
“Agenda bumiputera akan terus menjadi agenda nasional, maka kita akan terus menggubalkan dasar program dan tindakan yang bersesuaian,” katanya ketika berucap di Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam tadi.
Ribuan belia dan veteran Melayu berkumpul di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini untuk menghadiri Perhimpunan Gerakan Perpaduan Melayu bertujuan memperkukuh saf perpaduan dalam memperkasa masyarakat Melayu.
Acara yang diserikan dengan kehadiran jemputan terdiri daripada kalangan pemimpin ulung Melayu itu bermula dengan solat Maghrib berjemaah.
Kemuncak perhimpunan itu, Najib menyampaikan amanat khas yang mesej terkandung di dalamnya bukan sahaja untuk dihayati hadirin di stadium malah umat Melayu yang mementingkan perpaduan di seluruh negara.
Sementara itu, Najib ketika ucapannya turut menyuarakan rasa bangga terhadap perhimpunan yang disifatkan lain daripada perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.
“Lazimnya dalam perhimpunan lain, mereka hanya melihat apa yang kerajaan boleh lakukan, tetapi pada himpunan ini memaparkan apa yang orang Melayu boleh lakukan.
“Kita berhimpun bukan sebagai orang Melayu yang tertekan tetapi sebagai Melayu yang berjaya sudah berjalan jauh,” ujarnya.

Thursday, 26 February 2015

Najib Sampaikan 7 Amanat Buat Bangsa Melayu



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi telah menyampaikan 7 amanat utama kepada bangsa Melayu untuk dijadikan panduan bagi melangkah maju pada abad ke 21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.
Beliau menegaskan keperluan melatih orang melayu menjadi bangsa pengetahuan dan mengukuhkan ekonomi merupakan yang terkandung didalam amanat beliau itu.
"Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua.
"Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir di tubuh kita, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin semasa menyampaikan amanat pada Perhimpunan Gerakan Perpaduan Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil, disini, hari ini.
Selain itu, amanat tersebut menekankan keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya, menjaga nilai-nilai murni, menegakkan mawasid syariah dengan bersikap sederhana, mempertahankan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu, dan menjaga institusi keluarga.
Kata Najib, bangsa kaum Melayu akan dihormati oleh semua kaum dan dunia serta bangsa Melayu itu sendiri akan mampu menjadi bangsa yang berdikari sekiranya berpegang kepada amanat tersebut.
najib razak, bn, barisan nasional, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, anwar ibrahim, anwar liwat, malam perhimpunan melayu
Perhimpunan Gerakan Perpaduan Melayu merupakan hasil inisiatif Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dewan Bahasa dan Pustaka, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan Biro Tatanegara (BTN).
Majlis yang bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan 'Negaraku' turut menyaksikan ribuan peserta menyahut seruan dan lafaz waad (janji luhur) yang dibacakan Pengerusi Sekretariat Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu, Datuk Dr. Hasan Mad, yang juga merupakan Setiausaha Agung MPM.
Antara tetamu yang turut menghadiri perhimpunan itu ialah anib presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan dan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar.
Dalam perhimpunan itu, Najib turut menyaksikan penyerahan memorandum persefahaman penubuhan Koperasi Majlis Perundingan Melayu Berhad oleh Amanie Corporate Advisor Sdn. Bhd., kepada MPM.
Beliau turut menerima memorandum cadangan bagi penubuhan Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Islam daripada anggota jawatankuasa MPM, Tan Sri Mohamed Yusof Mohamed Noor.

Zaid Ibrahim : Kenyataan Berapi Anwar Melampaui Batas



Kata-kata akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kandang tertuduh selepas dirinya dijatuhkan hukuman oleh barisan hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mendapat perhatian bekas ahli politik dan peguam terkemuka Datuk Mohd Zaid Ibrahim melalui penulisan beliau di blog www.zaid.my.

Zaid berkata, ramai orang tidak perasan bahawa susunan kata Anwar terhadap hakim itu seperti ‘berbunga-bunga’ dan seperti sudah dilatih.

“Adakah dia tahu lebih awal bahawa dia akan dijatuhkan hukuman? Adakah kata-kata itu tercetus akibat dibakar keperitan dan ketakutan dikenakan hukuman penjara lebih panjang? Atau adakah ucapan itu disediakan oleh seorang penulis ucapan hebat  yang mahu ia diingati generasi akan datang?

“Dia telah menyerang para hakim dengan kata-kata yang sangat tersusun dan terpilih. Dia menyifatkan para hakim sebagai pengecut kerana mengikut  telunjuk tuan politik,” kata Zaid.

Zaid juga mengulas semula ucapan Anwar yang mempertikai bahawa hakim telah memilih ‘kegelapan’ dan menghancurkan moral mereka dalam kepalsuan.

Anwar mempersoal kenapa mereka tidak mengambil peluang untuk menebus imej kehakiman. Anwar juga membidas para hakim kerana mensia-siakan peluang untuk mengukir nama sebagai pejuang keadilan.

Ucapan tersebut, menurut Zaid, walaupun pendek namun telah diolah supaya kedengaran seperti ucapan bersejarah Nelson Mandela, Mahatma Gandhi atau Socrates.

Zaid menulis, Anwar meletakkan dirinya di aras yang sama dengan figura-figura tersohor itu yang menjadi mangsa penindasan dan juga pejuang hebat.

Maka dia perlu meyakinkan orang awam bahawa dia tidak akan berputus asa lalu meminjam kata-kata keramat Winston Churchill – ‘Saya tidak akan menyerah kalah’,  sewaktu dalam kandang tertuduh.

“Saya berpendapat, di sini, Anwar telah melampaui batas.

“Adalah suatu yang biasa untuk tidak bersetuju dengan keputusan para hakim, atau untuk mengkritik pertimbangan mereka, namun untuk menuduh mereka itu bersubahat dan terlibat dalam perancangan politik untuk memenjarakan dirinya (Anwar) adalah tuduhan tanpa asas dan layak dikecam,” kata Zaid.

Zaid memberitahu, jika Anwar dan pasukan pembelaannya mempunyai bukti kukuh bahawa hakim-hakim tersebut ‘bersubahat’ dengan pemimpin politik tertentu untuk memenjarakan beliau, mereka sepatutnya sudah memohon untuk menukar barisan hakim lebih awal.

“Hakim-hakim ini tidak mungkin menjadi pembelot kepada sistem keadilan semudah itu, hanya kerana keputusan mereka dalam kes Anwar,” kata Zaid.

Wednesday, 25 February 2015

Mahfuz Sah Pembohong Besar



 Pengamal media hari ini sekali lagi diperdaya Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ekoran pembatalan telesidang bersama anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Naib Pemuda UMNO Lokman Adam berkata, Mahfuz kemudiannya menyalahkan pihak berkuasa dengan mendakwa talian telefon Sirul di Australia disekat sebagai usaha mengagalkan telesidang itu berlangsung.

"Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut. Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Jelas Lokman, kini semakin jelas pemergian Sirul ke Australia selamaa ini telah diatur oleh Mahfuz yang juga telah menjanjikan sesuatu kepadanya sebagai ganjaran.

"Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya.  

"Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya.  Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?" ujarnya.

Katanya, dakwaan media Australi mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dengan pembunuhan Altantuya yang didakwa menjadi penterjemah dalam pembelian kapal selam Scorpene juga tidak berasas.

"Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia.  Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Lliwat.

"Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat.  Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.

"Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama.  Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya.  Tapi sampai sekarang,  Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.

"Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda.  itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.

"Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut.  Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia.  

"Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis.  Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia.  Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris.  Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris," jelas Lokman.

Beliau juga menyatakan perasaan kecewa kepada Mahfuz tidak mempertahankan Najib yang telah bersumpah mengikut cara Islam.

"Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah.  

"Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwat," katanya lagi.

Tidak Semua Bukan Islam Bantah Hudud Seperti Dakwa DAP



PAS ingin mengingatkan kepada rakan Pakatan Rakyatnya (PR) untuk menerima pelan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan ekoran ianya tidak akan dipisahkan dalam perjuangan PAS sebagai parti Islam.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ugutan pemimpin DAP Gobind Singh Deo akan 'memutuskan' hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya hudud dilaksanakan perlu ditimbal semula.

"Sebagaimana yang diketahui hudud adalah sebahagian daripada agenda perjuangan Islam Pas yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

"Namun bagi saya dari sudut pandangan bukan Islam terhadap enakmen jenayah syariah ini; DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen ini sedangkan hakikatnya tidak begitu," katanya menerusi blog beliau.


Beliau percaya, tidak semua masyarakat bukan Islam menentang pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang dicanangkan sesetengah pihak.

Tambahnya, DAP dan golongan bukan Islam khususnya tidak perlu takut dengan pelaksanaan hudud ekoran hukum tersebut hanya berkuatkuasa kepada masyarakat Islam sahaja.

"Saya percaya masyarakat bukan Islam yang hidup di Kelantan dan luar Kelantan pun bersetuju ianya dilaksanakan kerana undang-undang ini hanya untuk penganut Islam sahaja malah mereka dapat melihat kebaikan pada undang-undang ini," katanya lagi.

Tuesday, 24 February 2015

Kemeriahan Tahun Baharu Cina Atas Semangat 1Malaysia



Tahun Baharu Cina disambut hari ini bukan hanya oleh masyarakat Tionghua namun turut dikongsi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini dalam semangat 1Malaysia.

Tidak ketinggalan pembesar negara seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyertai ribuan rakyat yang hadir ke majlis 'rumah terbuka' di ibu negara anjuran MCA dan Gerakan.

Penganjuran rumah terbuka yang sinonim dengan budaya masyarakat majmuk di Malaysia bagi mengeratkan tali keakraban sesama rakan dan kenalan, turut diadakan di negeri-negeri.

Di JOHOR, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadiri dua rumah terbuka iaitu anjuran Persekutuan Tionghua Johor Baharu di Dewan Besar Wong Shee Fun, Taman Sri Tebrau, dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong di Dewan Jubli Intan Pontian.

Kedua-duanya dihadiri ribuan tetamu yang menikmati pelbagai juadah dan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Kambing yang dijangka membawa banyak kemakmuran dan tuah.

Di SABAH, antara yang mengadakan majlis rumah terbuka hari ini ialah Parti Liberal Demokratik (LDP), parti Gerakan negeri dan Parti Bersatu Sabah (PBS) kesemuanya di Sandakan yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Esok, Musa akan menghadiri majlis rumah terbuka PBS dan MCA Bahagian Penampang di Kota Kinabalu.

Di PERAK, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengunjungi rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dihoskan Tan Sri Kong Cho Ha di kediaman bekas menteri pengangkutan itu di Sitiawan.

Suasana meriah dirasai di situ dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum sejak awal lagi dengan pelbagai juadah antaranya sate, roti jala, dan buah limau.

Di MELAKA, MCA Melaka tidak ketinggalan mengadakan rumah terbuka di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong di Jalan Kubu yang dihadiri ribuan tetamu pelbagai bangsa.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan tarikan pelancong antaranya Bandar Hilir dan Jonker Walk meriah dengan hiasan sambutan Tahun Baharu Cina serta kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.

Di SARAWAK, seawal 8.30 pagi, ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat menghadiri rumah terbuka Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di ibu pejabat parti itu di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Kuching.

Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian bersama bersama beberapa anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti beramah mesra dengan pengunjung yang datang memeriahkan sambutan kali ini termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Selain SUPP, beberapa rumah terbuka turut diadakan di sekitar Kuching termasuk anjuran Peguam Besar Negeri Sarawak Datuk J.C. Fong dan Temenggung Kaum Cina Bahagian Kuching, Lu Kim Yong.

Di KELANTAN, sambutan dibuat secara sederhana susulan proses pemulihan susulan kejadian banjir besar yang melanda Kelantan hujung tahun lepas, masih dilakukan.

"Ramai masyarakat Tionghua kehilangan rumah akibat musibah itu menyebabkan mereka menyambut Tahun Baharu Cina secara sederhana," kata Setiausaha MCA Kelantan Datuk Lua Choon Hann kepada Bernama.

Beliau berkata MCA turut mengagihkan angpau RM500 kepada kira-kira 500 keluarga masyarakat Tionghua yang terjejas banjir di Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Baharu.

Di PULAU PINANG, kira-kira 8,000 orang daripada pelbagai kaum menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Arena SPICE.

Majlis yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Timbalan Ketua Menteri I dan II Datuk Abdul Rashid Hasnon dan Dr P. Ramasamy.

Al Fatihah



Alfatihah kepada adik ipar ketua cawangan kebun baru yang telah kembali kerahmatullah kerana serangan jantung semalam.

Monday, 23 February 2015

Makan Tengahari Bersam Dato Yahya Di Rumah Cikgu Atar









Dr.nik bersama Dato Yahya makan tengah hari Di rumah Cikgu Atar

Makan Kenduri Lagi!!!!







Terima kasih kepada Tuan Rumah Yang menjemput saya Dr.nik dan kawan-kawan hadir ke majlis anda...

Sunday, 22 February 2015

Menghadiri Pertandingan Memancing Di Kampung Sungai Batang













Dr.Nik Menghadiri Program memancing di kampung sungai batang.Alhamdullilah program berjalan dengan baik dan sambutan yang ditunjukkan sangat baik.Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini amin..

Menghadiri Kenduri Kawin Anaknanda Abang Jali Di Sungai Haji Mohd





Hari ini Dr.Nik dan Exco Pemuda umno Bagan Datuk Menghadiri Kenduri Kahwin Anaknanda Abang Jali Di Sungai Haji Mohd.Alhamdullilah dan tahniah kepada anaknanda beliau,Selamat pengantin baru di ucapkan semoga kekal bahagia selamanya amin....

Friday, 20 February 2015

UMNO Permatang Pauh Guna Strategi Kempen Baharu



Umno Permatang Pauh tidak akan mengekalkan cara berkempen yang lama sebagaimana pilihan raya yang lepas untuk menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh.     

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, pihaknya tidak akan mengulangi skrip yang sama dengan menampilkan calon bukan anak tempatan, payung terjun dan sebagainya sekiranya ada pilihan raya kecil di kawasan itu.
   
"Di peringkat Barisan Nasional Permatang Pauh dan negeri, kita telah mengadakan dua mesyuarat awal bersama parti komponen yang lain untuk persiapan kita. Keseluruhannya jentera pilihan raya telah kita tubuhkan, cuma perjalanan dan gerakan akan kita fikirkan selepas 24 Februari ini.
   
“Kalau ada pilihan raya kecil maka kita akan buat pergerakan jentera sepenuhnya. Cara berkempen di Permatang Pauh akan berubah daripada yang sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan limau dan 'ang pow' kepada 350 warga emas di Parlimen Permatang Pauh, di sini hari ini.
    
Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara minimum setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.
    
Namun, sekiranya Anwar memfailkan petisyen bagi suatu pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, kehilangan kelayakan berkenaan hanya akan mula berkuatkuasa sebaik petisyen itu diputuskan sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
   
Ditanya sama ada pihaknya ada mengemukakan nama-nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu, Mohd Zaidi berkata setakat ini beliau belum diminta untuk mengemukakan sebarang nama dan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
"Saya percaya Barisan Nasional akan buat keputusan berdasarkan perbincangan sesama kita (parti komponen). Bagaimanapun, apa-apa cadangan nama kita belum kemukakan...mungkin masih terlalu awal," tambahnya.

Bertemu Dengan Sahabat-sahabat Dan Kekanda Di Kenduri Kawin Sahabat Di Simpang 3












Thursday, 19 February 2015

Memeriksa Pak Long Zainal Di kedai Mumbai Bagan Datoh Yang Tiba-tiba Berasa Pitam




Memeriksa Pak Long Zainal Di kedai Mumbai Bagan Datoh Yang Tiba-tiba Berasa Pitam.Rupa-rupanya low blood pressure.Alhamdulillah setelah diberikan pengubatan,tekanan BP pun meningkat dengan amat baik.

Melakukan Pemeriksaan Kesihatan Kepada Pesakit Severe Bilateral Osteoartritis






Dr.Nik Melakukan Pemeriksaan Kesihatan Kepada Pesakit Severe Bilateral Osteoartritis.Syukur alhamdullilah makcik ini nampak semakin baik amin..

Wednesday, 18 February 2015