PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday, 20 August 2014

Suhu Politik Era Mahathir Berbeza Dengan Najib



KUALA LUMPUR  - Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad perlu sedar 'suhu' politik pada era pemerintahannya amat berbeza dengan corak arena politik di zaman pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, Najib kini berhadapan dengan arus permodenan teknologi dimana pihak pembangkang boleh memanipulasi maklumat dengan mudah dan pantas.

"Suhu politik tidak sama ketika Mohd Najib mengambil alih baton transisi penukaran kepimpinan di mana ketika itu beliau berhadapan dengan keadaan politik tidak menentu, peraduan antara etnik yang rapuh dan kegawatan ekonomi," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, Najib bertindak cemerlang dengan mengemukakan pelbagai pelan dan tindakan efektif termasuk memperkenalkan Konsep 1Malaysia bagi menyegarkan keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia.

"Semua dasar dan program yang diperkenalkan oleh Mohd Najib memeberikan manfaat demi kesejahteraan rakyat di negara ini.

"Kerana itu Mohd Najib sebagai 'Bapa Transformasi Negara' perlu disokong untuk terus memegang amanah mengemudi negara ke alam yang jauh lebih baik dari keadaan hari ini,", katanya.

Pandangan sama turut dikongsi, Ketua Pergerakan UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii menyeru rakyat menilai kewibawaan Perdana Menteri menaikkan martabat negara di mata dunia.

"Kesilapan lalu bukan terjadi dengan sendirinya tetapi akibat daripada kerja-kerja tidak bertanggungjawab orang kita sendiri yang lupa akan kepentingan rakyat.

"Walaupun ianya tampak sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil jika ditangani secara perlahan-lahan akan membuahkan hasil yang baik," ujarnya.

Tambahnya, kejayaan negara dapat dilihat saban tahun dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan mengimbangi pembangunan dalam dan luar bandar.

"Sekiranya mahu diceritakan di sini, terlalu banyak perkara sudah diperbaiki oleh YAB Presiden UMNO (Najib).

"Ada di antara racangan kerajaan hari ini  pasti tidak menampakkan hasil dalam tempoh terdekat tetapi mungkin mengambil tempoh jangka masa 10 tahun akan datang," jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment