PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday, 12 August 2014

PKR,DAP Hanya Iktiraf Khalid Ibrahim Dalam Tempoh Peralihan



KUALA LUMPUR  - PKR dan DAP hanya mengiktiraf Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam peralihan sementara Pakatan Rakyat memilih pengganti dalam masa terdekat. 
 
Ini dinyatakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kedua-dua parti itu dalam satu kenyataan hari ini. 
 
"Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik dan seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat mengambil alih dalam masa terdekat," menurut kenyataan bersama itu. 
 
Mereka ialah Datuk Teng Chang Khim, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan; Rodziah Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita; Ean Yong Hian Wah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram. 
 
Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar; Dr Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi; dan Ganabatirau Veraman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin.

No comments:

Post a Comment