PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 15 August 2014

Protes Desak Khalid Letak Jawatan Tiada Sambutan



SHAH ALAM - Beberapa persatuan penduduk yang mahu mengadakan protes membantah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada terus memegang jawatannya itu terpaksa dibatalkan ekoran tiada sambutan.

Protes yang sepatutnya dihadiri bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu itu seharusnya berlangsung di hadapan pintu masuk Bangunan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 10 pagi.

Hasil pemantauan RakyatNews, tiada seorang penduduk pun yang menghadiri protes tersebut pada hari.
alt
Semalam, 15 ahli gerakan anti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan protes bagi mendesak Khalid untuk meletakkan jawatannya.

Gerakan tersebut turut menggelarkan diri sebagai 'Riben Hitam' sebagai simbolik kepada rasa kematian demokrasi di negeri Selangor.

Gerakan itu turut mengadakan protes di hadapan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Khalid di Pelabuhan Klang dan akan melakukan tindakan sama di kawasan empat exco PAS yang masih kekal dalam kerajaan.

No comments:

Post a Comment