PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday, 18 August 2014

Mahathir, Najib Terima Maklumat Tidak Tepat



KUALA LUMPUR  - Teguran Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai dasar dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak baru-baru ini disebabkan bekas Perdana Menteri itu menerima maklumat tidak tepat berkenaan perihal sebenar.

AJK Bahagian UMNO Wangsa Maju Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, ini kerana ada cubaan dari peihak yang tidak bertanggungjawab untuk melagakan dua pemimpin besar itu dengan menyebarkan berita tidak benar kepada Mahathir.

"Apa yang Tun Dr Mahathir nyatakan adalah satu kesilapan maklumat yang mana saya yakin ada pihak pihak yang tidak memaklumkan pekara sebenar kepada mantan Perdana Menteri itu.

"Begitu juga dengan apa yang berlaku pada pentadbiran Najib Razak yang mana beliau juga tidak menerima laporan yang benar dalam pentadbiran beliau, dan isu ini pada pendapat saya adalah satu masaalah "Perhubungan" yang serius dihadapi mantan PM Tun Dr Mahathir dan PM Datuk Seri Najib Tun Razak ditambah pula dengan pihak ketiga yang sedang cuba melaga lagakan dua individu penting negara," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Tambah beliau, 'penglipur' berita palsu dari dalam dan luar pentadbiran kini cuba untuk melemahkan sistem kerajaan dan akhirnya akan menyalahkan Najib ekoran gagal menyelesaikan sesebuah isu.

"Saya memohon kepada mereka yang berada berdekatan dengan Tun Dr Mahathir menyampaikan pekara yang sebenar dan begitu juga dengan mereka yang berhampiran dengan Datuk Seri Najib untuk menyampaikan pekara yang sebenar.

"Saya yakin jika kedua dua diberikan fakta dan cerita sebenar maka tidak ada permasaalahan yang timbul seperti mana yang berlaku hari ini," ujarnya.

Tambah Wan Azri, pengadu domba ini seharusnya mengutamakan misi lebih utama dalam membangunkan negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) serta menyebarkan manfaat tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, BN tidak seharusnya terjebak dalam kemelut sepertimana yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) terutama dalam isu rebutan kuasa Menteri Besar Selangor yang didominasi kumpulan Anwarinas.

"Kemelut Pakatan Rakyat PAS, DAP dan PKR yang berbalah sesama mereka yang mahu menempatkan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa pakatan Pembangkang parti yang tidak ikhlas menjaga rakyat.

"Dan ini yang perlu kita maklumkan kepada rakyat agar mereka sedar pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional sama ada di waktu pentadbiran Tun Dr Mahathir mahupun Datuk Seri Najib Razak mengutamakan Rakyat dan bukannya meletakkan kroni seperti mana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim meletakkan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor," tegasnya.

Jelasnya lagi, Tun Dr Mahathir perlu di berikan maklumat yang benar akan gerak kerja Najib manakala Perdana Menteri sendiri harus diberikan cerita yang benar dari setiap pegawai, pemimpin kerajaan, UMNO, BN dan rangkaian sahabat yang ada.

"Kita seharusnya terus merapatkan hubungan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan PM hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya menjadi agen kepada perpecahan mereka berdua ini," tegasnya.

No comments:

Post a Comment