PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 7 August 2014

Isu MB: Wartawan Pelik Kenyataan Media Bercanggah



DAMANSARA  - Kekecohan berlaku di lokasi sidang media PKR Selangor di Ibu Pejabat PKR di sini apabila dua kenyataan dengan isi yang bercanggah diedar kepada wartawan.

Satu dari kenyataan media menyatakan PKR Selangor turut mencadangkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar sebagai penyelesaian kemelut antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun kesemua anggota PKR Selangor diketuai oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin yang hadir pada sidang media menafikan mereka yang mengedarkan kenyataan media mencadang nama Azmin tersebut.

Wartawan kemudiannya meminta wakil PKR mengulas mengenai insiden yang mengelirukan itu namun kesemuanya enggan berbuat demikian dan terus menamatkan sesi sidang media.

Sementara itu, Zuraida yang ditemui pemberita selepas sidang media tersebut terus menafikan cadangan untuk turut mencalonkan Azmin sebagai Menteri Besar dibuat oleh ahli-ahli PKR Selangor.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya kenyataan terbabit disebabkan itu saya terus menafikan kenyataan itu datang dari saya sendiri.

"Yang bersetuju dengan kami untuk menyatakan pendirian menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah selaku menteri besar yang baru seperti yang saya cakap sebentar tadi iaitu, Ketua-Ketua Cabang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli-Ahli Parlimen PKR di Selangor," katanya.

No comments:

Post a Comment