PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 10 April 2015

Najib Tiada Kaitan Dengan Kes Altantuya, Kata Pak Lah



Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat.

Abdullah berkata siasatan terhadap kes itu pada 2006 telah disimpul semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

"Antara perkara yang dilaporkan semasa saya menjadi Perdana Menteri adalah hasil siasatan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Berdasarkan kepada penemuan dari siasatan menyeluruh yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan kepada saya, ia telah mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dalam kes tersebut," katanya.

Altantuya dibunuh pada 18 Oktober 2006 dan mayatnya ditemui di dalam hutan berhampiran Puncak Alam, Shah Alam.

No comments:

Post a Comment