PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday, 22 October 2014

UMNO : Perwakilan Parti Gerakan Kurang Ajar



Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar perwakilan parti Gerakan yang terlalu kurang ajar dan biadap yang mendakwa orang Melayu sebagai pendatang di negara ini.

Katanya, dakwaan tersebut amat serius dan dilabelkan sebagai cubaan menghasut yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

“Tuduhan bahawa Melayu juga pendatang sememangnya berniat jahat dan perbuatan menghina orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

“Ia amat rasis, berniat jahat, kurang ajar, biadap dan tidak tahu berterima kasih,” katanya menerusi laman blog UMNO Bahagian Cheras

Beliau mengulas laporan media mengenai dakwaan seorang perwakilan Gerakan yang mengingatkan pemimpin UMNO untuk tidak menggunakan kenyataan ‘pendatang’ kepada bangsa lain semasa mesyuarat agung tahunan parti itu yang berlangsung hari ini.

Perwakilan dari Johor, Tan Lai Soon berkata, orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

“Biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak yang menjadi bumiputera asal,” katanya.

Syed Ali berkata, dakwaan perwakilan tersebut turut dilihat sebagai satu percubaan untuk menanam persepsi jahat dalam kalangan bukan Melayu.

Katanya, UMNO tidak boleh menerima penghinaan dan sifat kurang ajar seperti itu serta menentang sekeras-kerasnya dakwaan perwakilan dari Johor itu.

“Melihat kepada ucapan perwakilan itu, ternyata ahli Gerakan hanya bermain sandiwara dan secara terbuka menghina kedudukan orang Melayu di negara ini.

“Saya cabar Presiden Gerakan supaya segera ambil tindakan terhadap perwakilan Johor yang berniat jahat mendakwa orang Melayu sebagai pendatang,” ujarnya.

Beliau turut memberi amaran kepada ahli Gerakan supaya tidak memesongkan fakta sejarah kerana orang Melayu mempunyai tahap kesabarannya.

No comments:

Post a Comment