PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday, 12 October 2014

Mahukah Malaysia dipimpin Kaki Botol?



BANGI, - Sikap berlagak dan provokatif pemimpin DAP dan PKR yang ditunjukkan melalui status laman media sosial Facebook serta sokongan dan keterlibatan mereka dalam pesta arak Oktoberfest meyakinkan umat Islam di negara ini bahawa kedua-dua parti itu bukan pilihan untuk memerintah negara ini.

Naib Presiden 2 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Encik Abdul Rahman Mt Dali berkata, rakyat Malaysia sudah faham implikasinya kepada negara ini serta masa depan umat Islam seandainya DAP dan PKR yang memerintah.

“Kalau belum menang pun mereka dah tunjuk bongkak, bayangkan kalau mereka berkuasa. Tidak mustahil ia (pesta arak Oktoberfest) akan jadi pesta tahunan terbuka yang tidak boleh dihalang lagi,” katanya.

“Apakah kita rela Malaysia dipimpin oleh kaki botol atau oleh mereka yang menyokong aktiviti maksiat seperti pesta arak?

“Yang pasti, rakyat Muslim di Malaysia tidak akan memilih parti sebegini sebagai pemimpin mereka,” katanya memetik laporan ISMAweb.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Kerajaan Negeri termasuk salah seorang exconya, Ean Yong Hian mempertahankan penganjuran pesta Oktoberfest diadakan di negeri itu.

Pemimpin DAP itu berkata, pihak penganjur telah memenuhi syarat ditetapkan sebelum ini malah mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pesta 'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan anjuran syarikat arak gergasi, Carlsberg  itu telah bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi termasuk di sebuah hotel di Subang dan Kuala Lumpur.

Kemuncak pesta berkenaan pula akan diadakan pada Jumaat hingga Ahad ini di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

No comments:

Post a Comment