SUNGAI PETANI - Seorang penyelia hotel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan melalui laman sosial Facebook pada 25 Ogos lalu.
A Rajaretinam, 52, didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghina kaum mamak dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sehingga membangkitkan kemarahan pihak berkenaan.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 25 Ogos lalu kira-kira jam 10.34 pagi di kedai makan sebelah kuil di persiaran Maybank di Kuala Lumpur.
Tertuduh yang diwakili peguam bagaimanapun tidak mengaku salah dan meminta dibicarakan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Ahmad Zaki Mohd Daud, di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk S Ganesan.
Mahkamah menetapkan wang jaminan RM4,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin, manakala 16 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
No comments:
Post a Comment