PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 31 October 2014

Saiful Dan Anwar Memang Ada 'Hubungan' Istimewa - Pendakwaan


PUTRAJAYA 31 Okt - Mahkamah diberitahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan mempunyai hubungan istimewa berdasarkan elaun dan manfaat yang diterima Saiful sepanjang berkhidmat bersama majikannya itu.

Ketua Pendakwaraya kes Liwat 2 Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saiful merupakan bekas pelajar tercicir, berpakaian sut mahal dan diberi elaun lumayan serta dihantar ke luar negara.

Merujuk keterangan Saiful, Shafee berkata bekas pembantu ketua pembangkang itu dibayar gaji pokok RM1,000 tetapi diberi elaun US$1,000 bagi perjalanan ke Singapura dan HK$1,000 semasa dihantar ke Hong Kong.

Saiful juga berpakaian sut jenama mahal, kata Shafee, yang menambah perkara itu perlu diberi perhatian dalam menunjukkan wujud "hubungan".

Anwar, 67, dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Dua Waris Mangsa MH370 Saman MAS



KUALA LUMPUR 31 Okt. - Dua anak kepada seorang penumpang pesawat MH370, hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Malaysia Airlines (MAS) dan empat yang lain untuk menuntut ganti rugi atas dakwaan memungkiri perjanjian penerbangan setelah gagal mendarat di Beijing, China tanpa sebarang butiran pengakhiran mengenai pesawat tersebut sehingga kini.

Kedua-duanya memfailkan pernyataan tuntutan itu melalui firma guaman, Tetuan Rusman Arun & Associates.

Mereka selaku pihak plaintif yang membawa tindakan tersebut melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming antaranya menuntut ganti rugi atas kehilangan sokongan, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Plaintif menamakan MAS, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia masing-masing selaku plaintif pertama hingga kelima.

Pesawat penerbangan ke Beijing yang membawa bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Sehingga kini misi pencarian di sekitar perairan Lautan Hindi masih giat dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Australia.

Thursday, 30 October 2014

Saiful Juga Berhak Tuntut Keadilan



 Keadilan yang dikatakan tuntutan utama penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya hanya memandang kepada orang besar tetapi kepada individu tidak berpengaruh seperti Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, tidak patut sekiranya rakyat memikirkan perkara itu secara emosi semata-mata dan menganggap Anwar (kiri) sebagai 'mangsa' kepada kes liwat yang sedang berjalan di Mahkamah Persekutuan.

"Kita selaku pemimpin kerajan dan Umno menghormati keputusan mahkamah. Kita terima. Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah kita hormati keputusan itu.

"Tapi janganlah kita desak mahkamah seperti yang berlaku sekarang ini," katanya.

"Kerana keadilan itu bukan saja untuk orang-orang besar seperti bekas timbalan perdana menteri tetapi keadilan itu harus juga diberikan kepada orang-orang kecil seperti bekas pembantu khas beliau," kata beliau ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Kursus Transformasi Generasi Muda











Alhamdullilah selesai juga Kursus transformasi generasi muda,Dimana kursusu ini mendapat sambutan yang amat baik di kalangan belia bagan datoh,Syabas kepada semua pemuda bagan datoh...

Wednesday, 29 October 2014

Antara Mendatang dan Pendatang



BLOG RIDHUAN TEE ABDULLAH - Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui menjadikan manusia berbangsa-bangsa. Berbilang bangsa dalam sesebuah negara, seperti Malaysia  tidak berlaku secara semula jadi. Sejarah membuktikan, ianya disebabkan oleh interaksi dan penghijrahan.

Asal usul manusia adalah sesuatu bangsa mendiami sesuatu tempat atau kepulauan. Sebab itulah, majoriti nama bangsa adalah refleksi kepada nama negara. Misalnya, bangsa Melayu, menjadi Tanah Melayu, dan berada dalam kepulauan Melayu atau Malay Archipelago. Bangsa inilah yang mula-mula membentuk keRAJAan, sebelum mendatangnya bangsa lain.

Begitu juga bangsa Cina dan India. Majoriti bangsa ini membentuk nama negaranya, iaitu China dan India, serta kepulauan berkaitan. Adakah kita boleh mengatakan orang Cina di Taiwan dan Hong Kong adalah pendatang kerana kawasan ini ‘terpisah’ dari kepulauan Tanah Besar China.

Sebelum wujudnya negara bangsa (Nation State) ciptaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), orang Melayu mendiami di Kepulauan Melayu. Ke mana pun mereka pergi, masih dalam kepulauan atau rumpun Melayu. Tidak timbul soal mereka mendatang atau pendatang.

Sebab itu, bila bercakap pandang-pandang. Jangan menampakkan kebodohan sendiri. Belajarlah sejarah, jika jahil. Subjek sejarah mesti diwajibkan bermula darjah 1, menggunakan pengantar BM, bukan ibunda, terutama di sekolah vernacular.

Orang asli pula bagaimana? Semua negara ada orang aslinya, semenjak Allah menciptakan Adam dan Hawa. Jika Melayu itu pendatang, bangsa lain yang tinggal di dalam negaranya, juga pendatang, bila mereka berhijrah, menjadi dua kali pendatang. ‘Hijrah Melayu’ hanya berlaku ‘sekali’, antara kepulauan mereka.

Idea pendatang sebenarnya datang dari ketua ultra kiasu PAP (DAP) sejak a ditubuhkan lagi. Tidak mustahil orang yang membangkitkan isu ini dalam kalangan mereka. Ultra kiasu pernah berkata, mengikut sejarah  orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, kira-kira 700 tahun yang lalu.

Sejumlah orang Melayu hari ini, satu pertiga daripada mereka adalah pendatang baru seperti bekas Setiausaha Agung Umno, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia 30 tahun (Comber, 1985, Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).

Comber, Kuan Yew dan Flether menulis dalam konteks setelah wujudnya Negara bangsa. Sebelum itu, semua orang Melayu duduk tinggal dalam rumpun Melayu yang sama. Tidak timbul mereka Indonesia atau Melayu, kerana mereka adalah rumpun Melayu.

Justeru, saya minta semua rakyat Malaysia mengambil ingatan bekas Perdana Menteri Australia John Howard, jika mahu hidup aman damai dan bersatu padu di Negara tercinta ini.

Howard mengingatkan mereka yang datang ke Australia dan memohon menjadi warganegara supaya menjadi orang Australia. Jangan cuba membentuk Negara dalam Negara. Jangan melampaui batas mahu membawa bahasa dan budaya pendatang. Jika tidak, mereka boleh berkemas dan balik ke tanah tempat asal-usulnya.

Amaran John Howard sangat jelas dan tegas. Inilah sifat negarawan sebenar. Tidak berpolitik, sama ada ketika berkuasa atau tidak. Yang penting adalah pembangunan Negara bangsa. Penegasan seperti ini yang sepatutnya dilakukan setiap pemimpin.

Masa depan Negara mesti diberi keutamaan. Mana-mana pihak yang cuba menimbulkan masalah dan tidak mahu mengikut perlembagaan perlu diambil tindakan.

Sama juga dalam isu kempen minum arak (Octoberfest) dan kempen sentuh anjing. Ini soal sensitiviti dan cara hidup Melayu (pribumi) yang begitu elergi dengan anjing. Ketepikan dahulu sama ada perlu disamak atau tidak. Hormatilah perasaan Melayu Islam, walaupun ia mungkin hak orang bukan Islam untuk minum dan bela.

Jika ada orang Melayu atau Arab (Islam) yang suka dengan arak dan anjing, buat diam-diam sahaja. Kenapa perlu membuat publisiti atau diberikan publisiti. Apa tujuan disebalik semua, jika tidak untuk mencabar sensitiviti Melayu Islam?

Lebih berani lagi, pemimpin ultra kiasu senjaga menyertai kempen tersebut, untuk show off. Atas nama demokrasi, mereka mahukan hak asasi ini dijaga. Ingin saya bertanya, agama apakah yang membenarkan arak ini, walaupun tidak anjing? Hina sungguh mereka yang mengaku berpegang kepada agama tetapi dengan mudah engkar kepada ajarannya.

Nyata sekali ultra kiasu tidak pentingkan agama. Apa yang penting adalah nafsu serakah politik mereka tercapai. Sebab itu, mereka berani matlamat menghalalkan cara.

Saya ingin ulangi penegasan John Howard, jika sudah tidak mahu menjaga sensitiviti orang Melayu Islam dan terus-menerus mahu membawa budaya dan cara hidup asing, carilah tempat yang sesuai untuk menunaikan hasrat kita itu. Malaysia bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan itu semua, kerana Malaysia masih adalah perkataan ‘Malay’ di situ, sebelum ditambah menjadi MALAYsia.

Hujahnya jelas, orang Melayu adalah pribumi asal Negara bertuah ini. Mereka bukan pendatang yang sebenar. Cara hidup dan sensitiviti mereka perlu dijaga jika mahu hidup aman damai dan mencari makan di sini. Jika tidak mahu menjadi pendatang, mendatanglah dengan betul dan sopan.

PAS Akui ‘Dibuli’ Dalam Pakatan



 PAS akui parti itu sering menjadi mangsa permainan politik dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata sikap bertolak-ansur PAS ketika berdepan pelbagai isu dalam PR, menyebabkan parti itu dilihat seperti dibuli.

“Hanya kita kena faham, bila berkawan, kalau dulu biasanya main seorang, tapi sekarang dah ada kawan.

“Tidak boleh ‘kememeh’ (terlalu manja), main bola dengan kawan pun kadang-kadang kena siku.

“Lalu relakslah…kalau kena siku, balik rumah beritahu ayah mak dibuli, takut-takut akhir nanti tidak ada orang nak kawan,” katanya ketika membahaskan ucapan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Berbeza sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor sebelum ini, Khalid mendakwa, PAS lebih teruk dibuli dengan pelbagai sekatan yang dikenakan.

Menurut Khalid, BN menggunakan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghalang program anjuran parti Islam itu, seperti ceramah dan mengajar agama.

“Dulu semasa Selangor di bawah BN, memang PAS teruk dibuli. Kuliah dilarang, surau dirantai, dikunci, nak guna dewan untuk ceramah dihalang, ceramah di padang atau di rumah, mikrofon dirampas polis.

“Masa itu, dengan BN memang PAS dibuli. Sekarang ustaz dan pimpinan PAS mengajar di surau dan masjid tanpa gangguan.

“Malahan, pimpinan PAS berucap di kuil dan gereja pun tidak ada halangan. FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) pun relaks, polis pun tidak ganggu,” katanya.

Tuesday, 28 October 2014

'KY Jelly' Dipersoal : Peguam Bela Gagal Nafi Air Mani Milik Anwar



Pasukan pembelaan dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari inimempersoal sama ada terjadi penembusan dalam perbuatan liwat yang didakwa berlaku kerana keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten berhubung kewujudan bahan pelincir dalam perbuatan itu.

Dalam hujahnya, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful, di Mahkamah Tinggi, perbuatan itu dilakukan secara kasar serta laju hingga menyebabkannya mengalami kesakitan pada anus dan perut.

Berhujah di hadapan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sri Ram berkata sekiranya keterangan itu betul, maka bahan pelincir dikenali sebagai 'KY Jelly' telah tidak digunakan kerana penggunaannya bertujuan memudahkan penembusan dan mengelak kesakitan.

Katanya bukti perubatan mengesahkan bahawa tiada trauma atau kecederaan dikesan pada anus Mohd Saiful.

Sri Ram berkata bahan pelincir itu tidak disebut pihak pendakwaan dalam senarai barang kes yang diambil daripada Mohd Saiful, saksi pertama dalam perbicaraan kes liwat berkenaan.

"Ketiadaan bahan pelincir dalam senarai itu menimbulkan keraguan serius tentang kredibiliti Mohd Saiful serta ketiadaan kredibiliti dalam kes yang dikemukakan pendakwa dan keseluruhan penyiasatan," katanya serta menegaskan bahawa dalam laporan polis juga, Mohd Saiful tidak menyebut tentang penggunaan jeli itu.

Menjawab soalan Arifin kenapa beliau berkata tidak wujud kredibiliti, Sri Ram berkata sekiranya jeli digunakan, Mohd Saiful tidak akan mengalami kesakitan.

Sri Ram berhujah bahawa hakim perbicaraan langsung tidak memberi tumpuan terhadap bahagian berkenaan dalam kes terbabit, walaupun perkara itu (penggunaan KY Jelly) menjadi tumpuan asakan dalam pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh.

Sri Ram berkata dalam keterangannya, Mohd Saiful menyatakan air mani terus berada di dalam anusnya selama beberapa hari, tetapi dalam keterangannya ketika disoal balas oleh Karpal, Mohd Saiful berkata dia tidak mandi selepas berlaku kejadian itu dan hanya membilas tubuhnya, tetapi mandi pada pagi sebelum kejadian itu.

"Ini menunjukkan keterangan Mohd Saiful tidak konsisten," katanya.

Sri Ram berkata KY Jelly adalah bahan kes penting, tetapi ia hanya muncul dalam pemeriksaan utama oleh pihak pendakwa terhadap Mohd Saiful dan Mohd Saiful pula memberitahu mahkamah bahawa dia sendiri membeli jeli itu sebelum pergi ke kondominium berkenaan.

Sri Ram berkata apabila ditanya Karpal pada kali pertama sama ada jeli berkenaan adalah sesuatu yang difikirkan kemudian, Mohd Saiful menjawab 'ya', tetapi saksi utama itu mengubah jawapan kepada 'tidak' selepas dia meminta Karpal mengulang pertanyaan itu.

Pada perbicaran hari ini, Ky Jelly menjadi fokus pihak pembelaan, walaupun ia tidak begitu diberi tumpuan ketika rayuan kes ini dibicarakan di Mahkamah Rayuan pada 6 dan 7 Mac tahun ini.

Dalam rayuan terakhirnya ini, Anwar memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya kerana meliwat Mohd Saiful, 27, manakala pihak pendakwaan memfailkan rayuan balas untuk memohon mahkamah menambah hukuman penjara yang dikenakan terhadap Anwar, 67.

Pihak pembelaan mengemukakan 46 alasan untuk memohon mahkamah melepaskan Anwar daripada tuduhan itu dengan berkata sabitan yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac adalah tidak kukuh.

Dalam satu lagi hujahnya, Sri Ram mempertikai perbuatan Mohd Saiful yang hanya membuat laporan polis dua hari selepas berlakunya kejadian yang didakwa itu dengan memberi alasan dia bimbang tentang keselamatan dirinya.

Kata peguam itu, sekiranya perkara itu betul, Mohd Saiful pasti telah membuat laporan polis atau dengan sendiri pergi mendapatkan pemeriksaan fizikal dengan secepat mungkin, tetapi Mohd Saiful menunggu sehingga dua hari sebelum pergi ke hospital dan seterusnya membuat laporan polis pada 28 Jun 2008.

Ketika menyerang kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi utama, Sri Ram berkata tingkah laku Mohd Saiful ketika kejadian liwat itu didakwa berlaku adalah tidak konsisten dengan keterangannya. Dalam hujahnya, Sri Ram berkata Mohd Saiful pergi berjumpa Anwar pada hari berikutnya selepas hari yang dikatakan berlaku kejadian itu untuk mengadakan perbincangan dan selepas itu minum teh bersama Anwar di rumah Anwar. "Tingkah lakunya pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian itu didakwa berlaku, menjelaskan sesuatu. Dia mengenal pasti dirinya dalam foto yang dirakam ketika minum teh di situ.

Berdasarkan gambar berkenaan, tingkah laku saksi pertama ini (Mohd Saiful) adalah sangat penting," katanya.

Sri Ram berkata Mohd Saiful hampir tidak langsung kelihatan seperti seseorang yang sedang diancam atau seseorang yang berada dalam ketakutan, tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terlepas pandang mengenainya dalam kes ini.

Mengenai alasan berikutnya, Sri Ram berhujah tentang dua seluar dalam Mohd Saiful yang dipakai saksi itu dalam kejadian berkenaan dan ketika dia membuat laporan polis, tetapi tidak disebut dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.

Katanya Mohd Saiful memakai seluar dalam pada hari dia didakwa diliwat, tetapi dari segi forensik, ia tidak bermakna kerana apabila pegawai penyiasat merampas seluar dalam itu, ia telah dicuci oleh ibu tunang Mohd Saiful.

Bagaimanapun, ahli kimia mendapati wujud kesan air mani pada satu lagi seluar dalam yang dipakai Mohd Saiful pada hari dia membuat laporan polis iaitu 28 Jun 2008.

"Menurut pihak pendakwaan, kesan itu berasal daripada perayu, tetapi seluar dalam berkenaan bukanlah yang dipakai Mohd Saiful pada waktu berkenaan. Ini menyebabkan keterangan Mohd Saiful tidak boleh diterima.

"Mahkamaah Tinggi terlepas pandang sepenuhnya tentang semua perkara ini. Mahkamah Rayuan tidak mendapati seluar dalam berkenaan disebut dalam penghakiman (mahkamah Tinggi) pada kali pertama. Ia juga tidak mendapatinya disebut dalam penghakiman yang mensabitkan kesalahan perayu (Anwar)," katanya.

Liwat II : Selamat Berehat Untuk Anwar



BLOG APA YANG TERSIRAT - Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukan 20 tahun penjara dan sebat; akan tetapi Mahkamah Rayuan pada 7 Mac menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Anwar kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya seorang lelaki pada 26 Jun 2008.
Menurut pihak pendakwaan hukuman itu tidak mencerminkan keadilan dari sudut kepentingan awam berbanding dengan kesalahan yang dilakukan.
Atas sebab itu pihak pendakwaan memohon mahkamah persekutuan yang mendengar kes itu pada 28-29 Oktober agar menambah hukuman itu.

Nampaknya daripada sudut pendakwaan, pasukan itu memang menginginkan agar Pemimpin Umum PKR itu menjalankan hukuman yang lebih lama dalam penjara.

Apa kah Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan itu? atau mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan? atau membuat keputusan yang memihak kepada Anwar?

Biasanya, keputusan Mahkamah Persekutuan tidak menganggu keputusan Mahkamah Rayuan, namun dalam perkara ini, memandangkan Seksyen yang digunakan memperuntukan hukuman penjara 20 tahun; nampaknya keputusan 5 tahun penjara tidak memadai untuk seksyen keseksaan itu.
Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Oktober, apakah hujah balas peguam Anwar yang mengandungi 35 butir alibi; boleh mempengaruhi barisan hakim?
Jika tidak AYT mengucapkan selamat berehat untuk beliau.

Monday, 27 October 2014

Kes Liwat 2 : Gambar Saiful Di Rumah Anwar Jadi Fokus Utama Mahkamah



 Sekeping gambar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini menjadi fokus pihak pembelaan semasa perbicaraan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Pasukan pembelaan Anwar, diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, sejak pagi tadi berhujah membuktikan yang Saiful bukan seorang saksi boleh dipercayai, dalam usaha mereka membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan Mac lepas yang mendapati Anwar bersalah.

Pembelaan mahu mahkamah menerima gambar menunjukkan Saiful di rumah Anwar sehari selepas kes liwat didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008.

Sri Ram berpendapat kedua-dua Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak mengambilkira perilaku dan kelakuan Saiful dalam gambar tersebut.

"Perilakunya biasa dan tidak konsisten dengan seorang yang diliwat dengan ganas pada hari sebelumnya," katanya.

Pada Januari 2012, selepas perbicaraan panjang, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar selepas memanggilnya mengemukakan hujah pembelaan. Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Bagaimana pun, pada Mac 7, 2014, keputusan itu ditolak Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. Hukuman itu ditangguh sehingga Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini dan esok.

Perbicaraan diadakan di hadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan dianggotai Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

MENYUSUL LAGI

Melawat Anak Sahabat Ketua Pemuda Selekoh Saudara Yen Yang Baru Dilahirkan







Hari ini KP Bagan Datoh serta Barisan Exco Pemuda Melawat Anak Sahabat Pemuda Selekoh Saudara Yen Yang Baru Dilahirkan.Alhamdullilah dan tahniah kepada sahabat kita,Semoga keluarganya sihat selalu dan bahagia aminnn....

Sunday, 26 October 2014

Happy Deepavali Kepada sahabatku Yang Beragama Hindu











Hari ini KP dan NKP serta Skuad Pemuda umno mengunjungi rumah Vinod dan Abang Das untuk beraya bersama mereka.Kami Pemuda Umno bagan datoh ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana menjemput kami datang kerumah mereka.Kami juga ingin mengucapkan Happy Deepavali kepada yang beragama Hindu,semoga hubungan persahabatan kita kekal selamanya...

Menghadiri Kenduri Kahwin Di Sekitar Daerah Parlimen Bagan Datoh











Alhamdullilah Hari ini Kp mengucapkan Terima Kasih kepada Pihak Pengantin kerana menjemput saya serta pemuda saya hadir ke majlis Perkahwinan anda.Kami pemuda umno bagan datoh mengucapkan selamat pengantin baru kepada pihak pengantin semoga kekal bahagia selamanya amin.....

Majlis Taklimat Rela Di Batu 20 Bagan Datoh









Hari ini Kp serta Barisan Exco Pemuda Bagan Datoh Telah Hadir Ke Majlis Taklimat Rela Di Batu 20 Bagan Datoh.Alhamdullilah program berjalan dengan lancar dan baik,Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini amin....

Saturday, 25 October 2014

Bertemu Mesra Dengan Wak Ibah Dan Rakan-rakan serta Pemuda.










Alhamdullilah sesi beramah mesra bersama Wak Ibah,rakan-rakan serta pemuda di bagan datoh selepas selesai Forum Perdana Yang Berlangsung Tadi...

Forum Perdana Islam Dengan Tajuk Penyatuan Ummah Bersama Ustaz Azhar Dan Prof Dr.Ridwan Tee









Alhaamdulilah Malam ini Skuad Pemuda Umno Bagan Datoh Memeriahkan Majlis Forum Perdana Islam Dengan Tajuk Penyatuan Ummah Bersama Ustaz Azhar Dan Prof Dr.Ridwan Tee.Terima kasih kepada yang hadir dan memeriahkan lagi Forum Perdana malam ini Amin....

Meeting Dengan YB Dato shahrul zaman Adun Rungkup Merangkap Exco Perak Di Pejabat Penghulu Bagan Datoh







Meeting Dengan YB Dato shahrul zaman Adun Rungkup Merangkap Exco Perak Di Pejabat Penghulu Bagan Datoh,Tujuan Mesyuarat adalah untuk membincangkan Program Sukan air yang akan di anjurkan hujung tahun ini di Bagan Datoh.Semoga berjalan dengan lancar dan baik amin......

Beramah Mesra Bersama Masyarakat Kampung serta Sahabat-sahabat Di Sungai Betul



Pemuda Yang prihatin Mesti di segani dan di sayangi masyarakat.KP Beramah Mesra Bersama Masyarakat Kampung serta Sahabat-sahabat Di Sungai Betul

Bacaan Tahlil Kepada Arwah Di Kampung Sungai Haji Mohamad Bagan Datoh







KP dan Barisan Exco Pemuda Bersama sahabat dan warga masyarakat membaca Tahlil Kepada Arwah Di Kampung Sungai Haji Mohamad Bagan Datoh.Sempga arwah keluarga di rahmati dan di lindungi allah setiap masa..

Menghadiri Program Fiesta Belia Warisan Islam Peringkat Parlimen Bagan Datoh










Hari ini KP serta barisan pemuda umno bagan datuk Menghadiri Program Fiesta Belia Warisan Islam Peringkat Parlimen Bagan Datoh.Alhamdullilah sambutan berjalan lancar dan baik serta Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini aminnnn....

Menerima Jemputan Perkahwinan Sahabat-Sahabatku Di Sekitar Bagan Datuk


















Tahniah diucapkan kepada sahabatku yang melangsungkan perkahwinannya hari ini.Kami pemuda bagan datoh mengucapkan selamat pengantin baru semoga kekal bahagia selamanya amin.....