PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 8 May 2014

Man. City menang besar, hampiri kejuaraan liga






LONDON - Dua gol daripada Edin Dzeko membantu Manchester City semakin menghampiri gelaran juara Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila mereka membelasah Aston Villa 4-0 hari ini.
City, yang kini kembali ke kedudukan teratas carta liga dengan 83 mata, bagaimanapun terpaksa menunggu hingga ke pertengahan babak kedua perlawanan untuk mendapat gol pertama pada minit ke-64 menerusi Dzeko.
Penyerang antarabangsa Bosnia Herzegovina itu menambah gol kedua hanya lapan minit kemudian. Dua lagi gol dijaringkan oleh Stevan Jovetic dan Yaya Toure pada minit ke-89 dan 90.
Skuad dibimbing oleh Manuel Pellegrini itu, yang memiliki perbezaan gol yang besar, kini hanya perlu seri ketika bertemu West Ham United di tempat sendiri dalam perlawanan terakhirnya musim ini untuk muncul juara dan mengecewakan pesaing terdekat, Liverpool yang berada dua mata di belakang City.
Sementara itu Sunderland mengesahkan mereka kekal dalam Liga Perdana musim depan selepas menang 2-0 di tempat sendiri ke atas West Bromwich Albion, sekali gus membuatkan Norwich City tersingkir ke divisyen dua.
Gol-gol Sunderland dijaringkan oleh Jack Colback pada minit ke-13 dan penyerang yang dipinjam daripada Liverpool, Fabio Borini pada minit ke-31. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment