PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 15 May 2014

BARU BERKEMPEN, BELUM MENANG, TAPI UNDANG-UNDANG DILANGGAR SESUKA HATI... ROAD TAX KERETA MATI PUN, TAK APA!!!


DAP dan perlanggaran undang-undang bukannya perkara baru. Hanya kerana barisan pemimpin mereka merupakan peguam-peguam hebat, undang-undang di Malaysia dianggap sebagai picisan sahaja. Mereka tidak peduli dengan sebarang undang-undang kerana undang-undang tersebut dianggap sebagai melanggar kebebasan hak asasi manusia.

Maka tidak hairanlah apabila DAP dengan penjenayah dan kumpulan penjenayah bagaikan isi dengan kuku yang langsung tidak boleh dipisahkan. Disebabkan itulah juga, DAP menjadi juara membela penjenayah dan kumpulan penjenayah seperti yang dapat kita saksikan selama ini.

Tahukah anda, sepanjang kempen yang dijalankan oleh calon DAP itu iaitu semenjak dari hari Penamaan Calon pada 12 Mei lagi, JEEP WRANGLER itu tidak mempunyai cukai jalan yang sah. Cukai jalan Jeep berkenaan telah tamat tempoh semenjak 24 Mac 2014 lalu.

Pemeriksaan dengan rekod JPJ turut mengesahkan fakta ini.

Perkara sekecil itu pun DAP boleh cabar, apakan lagi isu-isu besar. Undang-undang Malaysia bukanlah untuk mereka hormati kerana mereka adalah DAP dan mereka adalah peguam-peguam yang boleh memanipulasikan segala undang-undang di negara ini.

Tapi itulah yang disukai dan digemari oleh sebahagian daripada anak-anak muda zaman sekarang. Sesiapa atau mana-mana organisasi yang berani melanggar undang-undang negara, akan diangkat serta dianggap sebagai perwira!!!

No comments:

Post a Comment