PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday, 20 May 2014

Adakah Allah swt Sedang Menguji Pengundi Islam PAS Di PRK DUN Teluk Intan



PRK Teluk Intan menunjukkan satu pertandingan yang unik pada kali ini. Barisan Nasional terus konsisten dengan semangat setiakawan apabila terus meletakkan calon Cina GERAKAN walaupun ada desakan secara dalaman supaya UMNO diberi tempat bertanding pada kali ini.

DAP pula beria-ia benar mahu menarik perhatian pengundi Melayu apabila mencuba nasib dengan meletakan calon Melayu bertanding pada PRK kali ini.

DAP optimis yang mereka akan perolehi undi yang besar dikalangan orang Cina tanpa melihat siapa calon, dan disebabkan itulah calon Melayu perlu diketengahkan oleh DAP jika mahu memecahkan undi Melayu dalam PRK ini.

3 hari sebelum pengumuman calon, DAP beria-ia menyerang dan berkempen di beberapa kawasan majoriti pengundi Melayu antaranya Kampung Bahagia, ini tidak lain hanyalah untuk pecahkan undi Melayu.

Sebaliknya, dalam tempoh 3 hari itu juga kawasan Pasir Bedamar iaitu majoriti besar pengundi Cina dalam Parlimen Teluk Intan bagaikan tidak berlaku PRK. Jam 10.00 malam rumah pengundi-pengundi Cina telah tutup lampu. Kempen PRK tidak berlaku di sana.

Bijak strategi DAP. Tetapi saya tetap percaya ini juga takdir Allah. Dyana Sofia terpilih sebagai calon DAP juga adalah takdir Allah. Kita tidak perlulah mengulangi acap kali yang Dyana adalah pembelot mahupun pengkhianat. Barangkali dia juga tidak duga apa yang telah berlaku.

Saya tertarik dengan situasi di Teluk Intan ini. Saya beranggapan, Allah sedang menguji pengundi PAS yang selama ini menuduh UMNO adalah parti kafir dan jahil.

Selama ini, setiap kali PRU PAS akan dendangkan hukum hudud dipentas ceramah. Apa ayat dalam ceramah PAS? "UMNO tolak hudud, hudud hukum Allah, ini bermakna UMNO tolak Allah dan siapa mengundi UMNO menempah tempat ke neraka".

Ayat itulah berulang kali dimainkan oleh penceramah PAS untuk memburukkan UMNO biarpun UMNO tidak pernah keluarkan kenyataan menolak hukum Hudud.

Apa yang berlaku di Teluk Intan? Dengan izin Allah, calon yang mewakili parti DAP adalah Melayu. Calon ini juga secara terang mengeluarkan kenyataan menolak hudud dan akan berjuang dalam Parlimen untuk tidak menyokong hudud dilaksanakan di Malaysia.

Sebagai penyokong PAS, apakah mereka tidak sedar yang ini adalah ujian Allah untuk dibuat pertimbangan secara rasional. Jika dulu beria benar mereka kata UMNO jahil kerana tidak menyokong hudud, tapi hari ini calon pihak mereka yang juga Melayu Islam menolak hukum Allah.

Saya yakin, jika Dyana menang di Teluk Intan dengan membawa mesej "menolak hudud", ini menjadikan DAP lebih kuat untuk terus menentang hukum di Malaysia. Apa tidaknya??? Dyana secara terang berkempen menolak hudud, tapi ahli PAS tetap kibarkan bendera DAP dan berikan undi pada DAP.

Pada saya secara peribadi, PAS selama ini membohongi pengikutnya dengan hukum hudud. Harap ujian Allah di Teluk Intan ini membuka hati-hati masyarakat Islam bukan sahaja di Teluk Intan tetapi seluruh Malaysia yang mengikuti perkembangan PRK Teluk Intan

No comments:

Post a Comment