PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Thursday, 13 March 2014
Wan Azizah Ajak Penduduk Kajang Protes Sistem Mahkamah
KAJANG - Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah bertindak agresif dengan mengajak penduduk Kajang mengadakan protes terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara berikutan berasa tidak puas hati akibat suaminya dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
Dakwanya, penduduk Kajang mampu memberikan impak kepada gerakan protes sistem perundangan ke seluruh negara.
"Saya datang ke Kajang untuk mendapat undi tuan-tuan dan puan-puan. Negara kita sudah teruk, kita tidak akan dapat pembelaan di mahkamah kerana pda tujuh hari bulan (Mac) menjatuhi hukuman kepada suami saya (Anwar Ibrahim) dan ini menunjukkan mahkamah tidak boleh dipercayai.
"Jadi saya datang ke Kajang supaya mmohon orang Kajang tunjukkan protes. Tunjuk kita tidak mahu semuaini," katanya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR), semalam.
Azizah dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.
"Anda boleh tolong saya bagi protes, bagi suara rakyat (didengari) ke seluruh Malaysia," katanya lagi.
Kempen PR kali ini banyak menumpukan kepada ketidakpuashatian terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman terhadap Anwar sepertimana yang telah dijangkakan sebelum ini.
Pemimpin PKR terutamnya Anwar dan Azizah banyak memainkan isu seperti ini di ceramah-ceramahnya di seluruh kawasan Kajang untuk meraih undi simpati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment