PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday, 12 March 2014

Kajang Pertempuran Antara Simpati Dan Ideologi



KAJANG 12 Mac - Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bermula selepas penamaan dua calon dalam pentempuran satu lawan satu antara ideologi dan simpati.

Barisan Nasional mengenengahakan Datin Paduka Chew Mei Fun untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awalnya namun Ketua Pembangkang tersebut terpaksa akur dengan keputusan mahkamah menarik kelayakannya bertanding lalu digantikan oleh Presiden PKR yang juga isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Calon dari pihak kerajaan bertanding dengan membawa janji untuk membangunkan Kajang membawa ideologi kemajuan lebih pesat di kawasan pembangkang itu.

Manakala Wan Azizah kini mendapat tumpuan besar dan boleh mendapatkan undi tinggi dari simpati rakyat tambahan kempen Pakatan Rakyat (PR) banyak memperkatakan ketidakadilan dalam perbicaraan kes liwat Anwar.

Wan Azizah turut membawa imej isteri yang setia kepada suami yang didakwa dan dipenjara di atas pertudihan liwat boleh melonjakkan kiraan undi PKR.

Bagi Mei Fun, pertandingannya di Kajang kini membawa sebuah misi besar antaranya membawa nama MCA kembali kepada masyarakat Cina yang menolak kepimpinan MCA-BN pada Pilihan Raya Umum-13 (PRU13) lalu.

Pencalonannya turut membawa imej kepimpinan baru MCA yang baru dilantik dengan membawa nama kerajaan dan berkempen untuk membawa kemajuan dan pembangunan di Kajang.

No comments:

Post a Comment