PUTRAJAYA - Seorang peguam yang kononnya membawa imej keamanan semasa perhimpunan umat Islam mempertahankan Kalimah Allah di Istana Kehakiman hari ini menggelarkan orang melayu bodoh.
Siti Kasim yang hadir membawa bunga sebagai lambang keamanan mendakwa, tindakan kira-kira 2000 orang yang berhimpun tersebut adalah sia-sia kerana tidak semua bangsa melayu di negara ini menyokong tindakan mereka.

"Apa yang mereka buat ini menunjukkan melayu itu bodoh dan mudah diperbodohkan.
"Mereka tidak mewakili setiap rakyat di Malaysia kerana masih ramai lagi penduduk di Malaysia yang menyokong penggunaan Kalimah Allah ini," katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman di sini.
Siti memberitahu isu penggunaan Kalimah Allah ini merupakan perkara yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan oleh umat Islam di Malaysia.
Katanya, tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mengetuai perhimpunan tersebut adalah bahaya dan mengancam keselamatan orang lain.
Katanya, tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mengetuai perhimpunan tersebut adalah bahaya dan mengancam keselamatan orang lain.
"Kita tidak mahu timbul perbalahan hanya kerana 'satu perkataan', kenapa umat Islam di Malaysia terlalu 'istimewa', perkataan Allah telah digunakan oleh pelbagai masyarakat di seluruh dunia.
"NGO-NGO yang hadir hari ini tidak membawa suara orang-orang melayu dan tindakan mereka ini sebenarnya sangat ganas dan mampu menimbulkan ancaman keselamatan terhadap rakyat di negara ini," ujarnya.
Siti turut mengetuai kumpulan Melayu Islam yang dipercayai turut menyokong tuntutan COMANGO dan telah menyampaikan bunga kepada paderi sebagai tanda sokongan penggunaan kalimah Allah kepada penganut kristian selepas sidang mahkamah ditangguhkan.

No comments:
Post a Comment