WASHINGTON- Penggubal undang-undang kanan Amerika Syarikat (AS) berkata penyiasat tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan keganasan sebagai faktor kehilangan pesawat MH370 tiga minggu lalu dan adalah penting untuk menemui pesawat itu bagi mengetahui apa yang berlaku.
Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan, Mike Rogers dan Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senate, Dianne Feinstein, dalam rancangan temubual, berkata mereka tidak menemui bukti perbuatan khianat.
"Saya belum melihat satu apa pun daripada siasatan itu yang akan menjurus saya merumuskan bahawa iniadalah kerana sesuatu selain penerbangan biasa dan sesuatu yang tidak kena berlaku," RogersmemberitahutFox News Sunday.
Minggu lalu, pegawai AS yang hampir dengan siasatan itu berkata FBI sudah memeriksa data dari simulatordan peralatan komputer yang digunakan juru terbang MH370 tetapi tidak menemui sebarang perkara yang mencurigakan. - Reuters
No comments:
Post a Comment