PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday, 29 March 2014

Taman Tema Animasi Pertama Asia Dijangka Siap 2015


IPOH  - Taman Tema Animasi atau dikenali sebagai 'Movie Animation Park Studios (MAPS), yang pertama di Asia, bernilai RM450 juta di Meru Raya di sini, dijangka siap pada Disember tahun depan.
    
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata MAPS,  usahasama antara Perak Corp Berhaddan Sanderson Group, akan mempunyai pelbagai konsep zon animasi merangkumi Animation Square, Fantasy Forest, Live Action, Blast Off, DreamWorks dan Lakeside Zone.
    
"Ia juga akan memperkenalkan watak animasi yang ada di televisyen seperti The Croods, MegaMind, MrPeabody and Sherman serta Casper the Friendly Ghost. MAPS adalah projek terbesar bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah MAPS di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini semalam.
    
Beliau berkata MAPS terletak pada kedudukan strategik iaitu di Ipoh yang dilengkapi perkhidmatan keretapielektrik (ETS) serta berhampiran laluan Lebuhraya Utara-Selatan bagi kemudahan para pengunjung.
    
MAPS yang kini dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 10 hektar daripada 20.8 hektar di Meru Raya di sini, akan membuka hampir 3,000 peluang pekerjaan termasuk 700 pekerjaan utama, katanya.
 
Zambry berkata MAPS menyasarkan 1.4 juta pengunjung iaitu 80 peratus pelancong domestik dan 20 peratus dari luar negara pada tahun pertama pembukaannya.     
 
Sementara itu, Pengerusi Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), syarikat usahasama tujuan khas, Datuk Aminuddin Md Desa berkata projek itu bakal menjadi penyumbang kepada ekonomi negeri Perak.
    
"Ia juga adalah sesuatu yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Perak Corp Berhad (anak syarikat PKNPk) untuk menjadi sebagai pencetus ekonomi yang lebih besar untuk negeri Perak," kata Aminuddin yang juga Ketua Eksekutif PKNPk.
    
Beliau berkata bagi perancangan jangka panjang atau fasa kedua, MAPS juga akan mempunyai hotel, pangsapuri berperkhidmatan, 'street mall' dan taman air di kawasan seluas 10.8 hektar lagi.
    
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sanderson Group Steve A. Sanderson berkata MAPS di Perak merupakan projek antarabangsa Sanderson, syarikat taman tema bersepadu pertama Australia yang mengkhusus dalam mereka bentuk dan membina taman tema serta destinasi hiburan.
    
"Untuk keselesaan pengunjung, majoriti taman tema berkenaan atau 60 peratus adalah dalam bangunan atau berbumbung bagi melindungi pengunjung daripada panas dan hujan," katanya.

Tiada Bukti Kehilangan MH370 Dengan Keganasan



WASHINGTON- Penggubal undang-undang kanan Amerika Syarikat (AS) berkata penyiasat tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan keganasan sebagai faktor kehilangan pesawat MH370 tiga minggu lalu dan adalah penting untuk menemui pesawat itu bagi mengetahui apa yang berlaku. 
 
Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan, Mike Rogers dan Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senate, Dianne Feinstein, dalam rancangan temubual, berkata mereka tidak menemui bukti perbuatan khianat. 
 
"Saya belum melihat satu apa pun daripada siasatan itu yang akan menjurus saya merumuskan bahawa iniadalah kerana sesuatu selain penerbangan biasa dan sesuatu yang tidak kena berlaku," RogersmemberitahutFox News Sunday
 
Minggu lalu, pegawai AS yang hampir dengan siasatan itu berkata FBI sudah memeriksa data dari simulatordan peralatan komputer yang digunakan juru terbang MH370 tetapi tidak menemui sebarang perkara yang mencurigakan. - Reuters

Friday, 28 March 2014

Konflik 40 tahun berakhir


Najib Tun Razak disambut oleh Benigno S. Aquino III setibanya di Istana Malacanang untuk menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Komprehensif Mengenai Bangsamoro di ManilaFilipina, semalam. - BERNAMA

MANILA - Bangsamoro hari ini melakar sejarah memeterai perjanjian damai dengan Kerajaan Filipina, sekali gus menamatkan konflik berdarah hampir 40 tahun di selatan negara ini bagi membawa sinar harapan kepada Bangsamoro yang majoritinya beragama Islam.
Perjanjian Komprehensif Mengenai Bangsamoro itu (CAB) itu ditandatangani dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina setelah 17 tahun mengadakan rundingan, dengan Malaysia bertindak sebagai fasilitator.

Upacara bersejarah itu diadakan di Istana Malacanang di sini disaksikan oleh Presiden Filipina, Benigno S. Aquino III; Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak; Penasihat Presiden mengenai Perdamaian, Teresita Quintos Deles dan Pengerusi MILF, Murad Ebrahim.
Lebih 1,500 orang hadir menyaksikan upacara itu termasuk 500 pemimpin, perwakilan dan penyokong MILF, para diplomat asing dan pemimpin-pemimpin tempatan.

Perjanjian Komprehensif itu turut mengesahkan persefahaman dan komitmen antara kerajaan Filipina dan MILF, bukan sahaja untuk menamatkan konflik berdarah di selatan negara ini yang telah meragut lebih 150,000 nyawa tetapi juga mengiktiraf hak, kedaulatan dan aspirasi Bangsamoro serta masa depan politik mereka bagi membentuk kerajaan sendiri yang akan melindungi identiti mereka.
Kedua-dua pihak juga mengiktiraf tanggungjawab bersama untuk mendokong prinsip-prinsip keadilan.
Dokumen perjanjian itu antara lain turut menyebut tentang komitmen kedua-dua pihak untuk membantu mengurangkan ketidakadilan sosial, ekonomi dan politik serta membetulkan semula ketidakadilan sejarah terhadap Bangsamoro.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangani masalah pembahagian sama rata kekayaan dan kuasa politik bagi kepentingan kedua-dua pihak.
Proses rundingan damai itu telah pun bermula sejak 1997 dan ia kemudian disambung semula pada 2001 dengan Malaysia bertindak sebagai fasilitator sehingga membawa kepada upacara menandatangani Rangka Kerja Perjanjian mengenai Bangsamoro pada Oktober 2012.
Dokumen lengkap dan semua dokumen berkaitan tentang perjanjian itu siap sepenuhnya pada Januari 2014 diikuti dengan menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro pada hari ini di Istana Malacanang.




Malaysia Tetap Teruskan Pencarian MH370 - Hishammuddin


KUALA LUMPUR 28 Mac - Tiada halangan mahupun kekangan dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sekalipun jika ada beberapa negara lain mahu menarik diri.
 
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara-negara yang menarik diri dalam misi pencarian tersebut adalah kerana tiada kelengkapan yang mencukupi.
 
"Bukan kerana mereka tidak mahu teruskan operasi tetapi lokasi di selatan koridor itu bukan semua negara ada kelengkapan lengkap. Tidak nampak halangan atau kekangan, dengan sokongan berterusan daripada semua pihak kepada pasukan ini tidak putus asa dan akan meneruskan setakat yang mampu," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.
 
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman

Thursday, 27 March 2014

Satelit Thailand kesan 300 objek



IMEJ satelit Thailand yang dikeluarkan oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik mengesan kira-kira 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi semalam dalam operasi pencarian MH370
.
BANGKOK 27 Mac - Satelit Thailand hari ini mengesan kira-kira 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik, Anond Snidvongs berkata, objek tersebut yang dianggarkan berukuran antara dua hingga 18 meter bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer (km) di barat daya Perth.

"Bagaimanapun, kami tidak berani mengesahkan objek yang dikesan itu merupakan serpihan pesawat MH370. Akan tetapi, pihak kami telah menyampaikan maklumat terbabit kepada kerajaan Malaysia," katanya.
Menurut Snidvongs, semua imej berkenaan telah diambil oleh satelit pemerhatian negaranya pada Isnin lalu, namun memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Beliau berkata, objek tersebut dikesan kira-kira 200 km dari kawasan perairan yang mempunyai objek dipercayai MH370 hasil cerapan satelit Perancis, sebelum ini.
Thailand dikritik hebat berikutan kelewatan membuat pengumuman iaitu seminggu selepas insiden kehilangan kapal terbang itu bahawa radarnya telah mengenal pasti sebuah pesawat tidak dikenali beberapa minit sebelum MH370 menghantar maklumat lokasi terakhir.

Menurut Tentera Udara Thailand, pihaknya tidak melaporkan penemuan awal itu kerana menganggapnya bukan ancaman.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lalu mengumumkan pesawat berkenaan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi berhampiran barat Perth, Australia.

Pesawat MH370 yang membawa sebanyak 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.
Operasi mencari bangkai pesawat MH370 dihentikan hari ini disebabkan keadaan cuaca buruk. - AFP

Malaysia - Beijing Bekerjasama Baik Salurkan Maklumat MH370


KUALA LUMPUR - Malaysia dan Beijing bekerjasama dengan baik dalam menyalurkan maklumat mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi.
 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, segala maklumat yang diperolehi oleh Malaysia akan dikongsikan dengan Beijing begitu juga sebaliknya.
 
"Selain itu, pihak kami juga sentiasa berusaha untuk mendekati ahli keluarga anak kapal dan penumpang yang berada di Beijing.
 
"Usaha pasukan (di Beijing) akan berterusan untuk mendekati ahli keluarga mereka di sana kerana sehingga kini kita masih belum menjumpai objek yang boleh dikaitkan dengan lokasi sebenar MH370," katanya.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan ahli keluarga penumpang China di luar negara menuntut agar China membuat inkuiri mengenai tragedi pesawat MH370 pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.
 
Hari ini, AFP melaporkan, Satu dokumen yang dikirimkan ke Beijing oleh wakil khas China di Kuala Lumpur mahu agar kerajaan China turut mempunyai 'pejabat penyiasatan'. 
 
Surat itu dikemukakan jawatankuasa yang dibentuk ahli keluarga mewakili 153 penumpang warga China yang mulakan perbincangan dengan peguam bagi menuntut ganti rugi ke atas (MAS).

Wednesday, 26 March 2014

Austria puji Malaysia tangani tragedi MH370




KUALA LUMPUR 26 Mac - Austria hari ini menitipkan semangat buat Malaysia agar tabah menerima takdir dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan cekal menghadapi tohmahan yang dilemparkan pelbagai pihak terhadap kerajaan Malaysia.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Austria menerusi Duta Besarnya di Malaysia Christophe Ceska turut memuji Malaysia kerana telah melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat Penerbangan MH370 itu sejak lebih dua minggu lalu.

"Beliau (Christophe Ceska) meluahkan rasa simpati...bahawa apa yang berlaku (tragedi MH370) belum pernah berlaku di dunia. Ceska turut berkata bahawa suara-suara sumbang dari pelbagai pihak, media di Malaysia atau luar negara adalah sesuatu yang biasa, di mana-mana negara pun.
"Apa yang penting beliau berpendapat, sepanjang Austria mengikuti perkembangan insiden itu, Austria sendiri berpuas hati dengan langkah, tindakan dan segala yang dibuat sedaya upaya oleh kerajaan Malaysia dan negara-negara lain yang terlibat," katanya kepada Bernama selepas menerima kunjungan hormat Ceska di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Pesawat malang MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun, selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Mengulas lanjut mengenai kunjungan hormat itu, Pandikar Amin berkata ia bertujuan membincangkan isu semasa berkaitan kedua-dua negara selain mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Austria.
- BERNAMA


al fatihah kepada allahyarham ketua pemuda gombak amin


Foto : FB Allahyarham Aidi Haris.
 Ketua Pemuda UMNO Gombak, Aidi Haris Anual meninggal dunia dikediamannya di sini awal pagi tadi.
 Turut hadir pada pengebumian Allahyarham, Ketua Pemuda Malaysia, Khairy Jamaluddin.
 Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.kami pemuda umno bagan datok mengucapkan takziah kepada keluarga beliau semoga beliau di tempatkan bersama-bersama orang beriman amin....

JOM SEMUA MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT UNTUK PENUMPANG DAN ANAK KAPAL MH 370 ANJURAN PUTERI UMNO BAGAN DATUK


Tuesday, 25 March 2014

Bendera Perak Dinaikkan Separuh Tiang Bermula Esok




KUALA LUMPUR 25 Mac - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini menitahkan semua jabatan agensi, institusi, sekolah serta semua pihak swasta untuk menaikkan bendera Negeri Perak separuh tiang berkuatkuasa esok.
 
Baginda berkata, tindakan tersebut sebagai tanda simpati dan dukacita negeri serta rakyat Perak kepada kaum keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
 
Pesawat MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia.
 
Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat MH370 sejak 17 hari lalu.
 
Menurut Perdana Menteri, rumusan mengenai nasib pesawat MH370 dibuat berdasarkan kajian serta siasatan rapi oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Najib : Pesawat MH370 Berakhir di Tengah Lautan Hindi



Berikut merupakan kenyataan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penemuan terbaru pesawat MH370 : -

Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.
 
Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
 
Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin. Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India.
 
Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut. Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal. Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini.
 
alt

Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini. Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati, saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.

Monday, 24 March 2014

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh kali ke-3 .








Hari ini ketua pemuda dan naib ketua pemuda serta barisan exco mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa pemuda umno bgn datoh kali ke 3 bagi membincangkankan masalah-masalah serta mempertingkatkan kan lagi banyak program dan khidmat masyarakat bersama penduduk bagan datuk serta memperbanyakkan lagi aktiviti2 bagi orang muda bagan datuk.......

Saturday, 22 March 2014

pemuda yang berjiwa rakyat










Di majlis naik buaian di rumah uncle di kg sg hj mohd,pemuda yang berjiwa rakyat selalu bersama rakyat di bagan datuk.....terbaiklah KP........


Tahniah raja mohd amin exco pemuda umno bahagian bagan dato











Tahniah raja mohd amin exco pemuda umno bahagian bagan dato.skg dh jd suami org.hehe.semoga berkekalan sehingga akhir hayat.alhamdulillah segalanya telah selesai dgn 2 x lafaz akad

Friday, 21 March 2014

Keputusan SPM terbaik



Dr. Khair Mohamad Yusof menunjukkan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/ Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA -- Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun berdasarkan indeks nilai Gred Purata Nasional (GPN).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, nilai GPN pada tahun ini ialah 4.93 mata berbanding 5.34 mata pada 2009.
Beliau berkata, jumlah yang memperoleh semua gred A (Cemerlang) juga menunjukkan peningkatan iaitu seramai 13,970 calon dengan 11,892 daripadanya merupakan calon sekolah kerajaan manakala 2,078 calon pula sekolah persendirian.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 405 calon berjaya mendapat gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
"Jumlah yang memperoleh semua gred A lebih baik berbanding pada 2012 iaitu sebanyak 13,720 dengan peningkatan 0.05 peratus.
"Pada tahun ini, seramai 442,588 calon menduduki SPM berbanding 441,542 pada 2012 dengan penurunan sebanyak 1,046 calon," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2013 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Khair berkata, dalam SPM 2013, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai wajib lulus sebagaimana Bahasa Melayu bagi melayakkan calon mendapat sijil.
Berikutan itu, sejumlah 378,490 calon layak mendapat sijil berbanding 402,859 pada tahun sebelumnya dengan penurunan sebanyak 24,369 calon.

Walau bagaimanapun, katanya, penurunan jumlah calon layak mendapat sijil bukan hanya disebabkan mata pelajaran Sejarah sebaliknya berdasarkan keseluruhan prestasi semua mata pelajaran mengikut nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).
"Berdasarkan GPMP, prestasi 61 mata pelajaran meningkat manakala 46 mata pelajaran menurun dan hanya satu subjek kekal prestasinya berbanding 2012.
"Walau bagaimanapun kesemua subjek teras meningkat kecuali Matematik yang menurun dengan 4.99 mata berbanding 4.91 mata tahun lalu," katanya.
Mengulas lanjut, Khair berkata, peningkatan calon luar bandar lebih tinggi berbanding pencapaian calon bandar sekali gus jurang pencapaian antara kedua-dua kawasan itu mengecil sebanyak 0.01 peratus mengikut nilai GPN.

Tambah Khir, SPM 2013 juga menyaksikan lapan calon berkeperluan khas mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) membuktikan semua calon tanpa mengira kekurangan mereka berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM.
"Kementerian menggunakan khidmat pakar pentaksiran luar negara yang terlibat dalam SPM 2013 antaranya Cambrige International Examinations (CIE), United Kingdom bagi memastikan peperiksaan yang dikendalikan kami mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Pakar pentaksiran terlibat berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen pentaksiran, pemeriksaan skrip jawapan calon dan penentuan standard yang telah dilaksanakan secara profesional dan memiliki kredibiliti tinggi.
"Kesemua proses tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan keputusan peperiksaan adalah tinggi," katanya.

Thursday, 20 March 2014

Objek Pesawat MH370 : PM Australia Telefon Najib


KUALA LUMPUR, 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 10 pagi hari ini untuk memberitahu beliau mengenai pengesanan kemungkinan objek yang ada kaitannya dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan di sini hari ini berkata Abbot telah memaklumkan kepada Najib bahawa 'dua objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat MH370 telah dikenal pasti di selatan Lautan Hindi."

Beliau berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Rod Smith juga telah memberikan penerangan kepada beliau mengenai situasi ini.

"Pada peringkat ini, para pegawai Australia masih belum memastikan sama ada objek-objek itu benar-benar ada kaitan dengan pencarian MH370," katanya.

Terdahulu Abbott berkata di Canberra bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada 8 Mac , menurut agensi berita Reuters.

Agensi berita itu memetik Abbot sebagai berkata "Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berasaskan imej satelit mengenai objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian itu."

Penerbangan Malaysia Airlines MH370, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Pesawat itu dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Pengumuman hari ini di Australia bersamaan hari ke-13 misi mencari pesawat itu, menggabungkan kerjasama pelbagai negara, yang berpandukan data satelit telah mengalih operasi dari kawasan pencarian asal di Laut China Selatan ke Lautan Hindi.

Kawasan pencarian telah diperbesar meliputi bahagian luas di sebelah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang selama tujuh jam selepas hilang dari radar.

Operasi mencari itu kemudian memberi tumpuan kepada dua koridor, menjangkaui dari sempadanKazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Foto - CNN