PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday, 23 November 2014

Hishammuddin : UMNO Sentiasa Terbuka terhadap Generasi Muda


 Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein memberitahu bahawa parti UMNO sentiasa terbuka buat semua generasi muda untuk menganggotai dan ianya dialu-alukan oleh Presiden parti iaitu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hishammuddin Hussein berkata, perkara ini telah dibuktikan dimana kebanyakkan pemimpin didalam UMNO pada masa ini sebelumnya hadir semasa mereka masih lagi muda.

"Usaha peremajaan didalam parti ini berterusan dimana saya sendiri telah melihat dimana hadirnya Menteri Besar Perak, Menteri Besar kedah, Menteri Johor semuanya datang daripada kaedah kita dan ini bermakna kita sedang memperluaskan lagi usaha kita untuk membuka parti ini kepada generasi muda.

"Kita jangan lupa bahawa sebelum ini kita telah melakukannya dan tidak termasuk mereka yang berada di dalam kabinet, contohnya Khairy Jamaluddin sebelum ini sebagai Naib Ketua Pemuda dan Datuk Seri Mukhriz sudah menjadi Menteri Besar dan juga merupakan exco kita," katanya kepada pemberita di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Tambah beliau lagi, banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk melibatkan golongan muda bersama kita seperti mana usaha yang kita lakukan pada hari ini golongan peguam dimana ramai anak-anak muda dan ianya merupakan satu usaha yang boleh dibanggakan.

"banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk melibatkan golongan muda bersama kita dan saya cuma minta kepada anak-anak muda ini supaya pandai bawa diri, pandai melaksanakan dan membuktikan bahawa amanah yang telah diberikan dapat ditunaikan dan pastikan bahawa pertimbangan dan keutamaan mereka bukannya pada jawatan, wang ringgit supaya mereka mudah melihat dalam konteks undang-undang dan guaman.

"Ada diantara anak muda ini mendapatkan pendidikan tinggi sama ada dalam mahupun luar negara dan pendidikan mereka diiktiraf tidak semestinya mereka menjadi peguam, itu semua diambil kira secara terperinci oleh UMNO.
"Melalui usaha ini supaya kita dapat mendekati setiap lapisan masyarakat muda yang meletakkan harapan tinggi supaya nasib mereka terbela malah saya turut meminta mereka untuk tampil kehadapan bersama kita dalam meneruskan perjuangan," katanya lagi.

Hishammuddin menegaskan bahawa generasi muda yang telah menganggotai parti UMNO ini supaya boleh belajar dengan tokoh-tokoh atau pemimpin parti yang telah berjaya bagi memajukan diri mereka pada masa hadapan.

"Seperti mana yang saya tegaskan tadi, perlu pandai bawa diri.

"Kita hendak sekat orang daripada melakukan sesuatu atau menyekat mereka adalah satu perkara yang mustahil. Saya hendak mengingatkan supaya kita belajar daripada mereka yang telah pun berjaya seperti Muhkriz, Dr. Mahathir, Khairy Jamaluddin di mana mereka ini hadir daripada golongan-golongan muda.

"Apa sebab ada yang mengatakan mereka ini dapat membawa diri dengan mengatakan bahawa latar belakang mereka. Sebenarnya perkara ini bergantung kepada diri mereka sendiri untuk berjaya bukannya berdasarkan latar belakang terhadap individu terbabit," katanya lagi.

Program Perdana Berkhatan 2014






















Hari ini Pegerakkan Pemuda umno Bagan Datuk telah melancarkan Program Perdana Berkhatan 2014 di mana telah menarik seramai 60 orang adik-adik kecil untuk menyertai program ini.Alhamdullilah program ini adalah usahasama gerakan pemuda untuk memberi perkhidmatan percuma kepada adik-adik ini sempena musim cuti sekolah.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.


Saturday, 22 November 2014

Wanita Tumpu Isu Keselamatan, Keamanan & Perpaduan Pada #PAU2014


Isu keselamatan, keamanan dan perpaduan negara adalah antara perkara yang akan dibangkitkan oleh Pergerakan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU 2014) yang bermula Selasa depan.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pergerakan itu memandang serius soal keselamatan dan keamanan yang menjadi faktor kepada masa depan negara yang cemerlang.
"Kalau tiada keselamatan dan keamanan, jangan cakap soal pembangunan kerana pembangunan masa depan dan kejayaan rakyat berbilang kaum berpaksi kepada perkara ini," katanya di sini, hari ini.
Isu lain yang menjadi tumpuan pergerakan itu dalam PAU 2014 adalah berkaitan Akta Hasutan, katanya.
Terdahulu Shahrizat menerima kunjungan hormat daripada Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob di ibu pejabat pergerakan itu di Menara Dato Onn di sini.
Dalam kunjungan itu, 23 anggota delegasi republik berkenaan diberi penerangan mengenai struktur dan program Pergerakan Wanita UMNO.

#PAU2014 : Perwakilan Diingat Tidak Sentuh Isu Sensitif



Para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ke 68 (PAU2014) diingatkan supaya tidak menyentuh isu-isu sensitif.
Menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, antara usul-usul yang bakal dibahaskan dalam persidangan tersebut ialah ucapan dasar Presiden, ekonomi dan agama serta pendidikan.
"Kita nak nasihatkan pembentang usul, mereka bebas untuk mengutarakan apa sahaja isu, hanya kita tak nak mereka menyentuh masalah-masalah peribadi, perkara sensitif di antara kaum dan di antara ahli-ahli UMNO," katanya pada sidang media sempena PAU2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusof.
Terdahulu Tengku Adnan memberitahu bahawa sebanyak 106 buah agensi media melibatkan media cetak, elektronik dan media sosial telah berdaftar bagi membuat liputan untuk PAU2014 yang dijadualkan berlangsung pada 25 - 29 November ini.

Friday, 21 November 2014

Shabery Ajar MP DAP Beza Hari Merdeka Dan Hari Malaysia


 Sindiran Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng (DAP) yang cuba mengaitkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Sambutan Hari Kebangsaan disindir oleh ahli parlimen lain.

MP Segambut itu dilihat keliru apabila mendakwa  kerajaan menumpukan sambutan lebih kepada Hari Kebangsaan yang disambut pada 16 Ogos berbanding Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

“Saya sedih dengan Yang Berhormat sebab yang ada ialah Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.  (Lim menyebut Hari Kebangsaan). Saya percaya Yang Berhormat keliru dan ini menggambarkan sikap dan pandangan parti yang diwakili Yang Berhormat,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurutnya, ahli parlimen pembangkang itu tidak faham pasal GST dan hal berkaitan kenegaraan terutama mengenai sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di negara ini.

Shabery turut mengulangi kisah ahli parlimen DAP Kuching Chong  Chieng Jen yang mengecam lagu NegaraKu yang dinyanyikan dalam pawagam ketika sambutan Hari Kemerdekaan dalam Facebooknya pada 16 September lalu.

Menurut Shabaery, perkara itu sudahpun dilaksanakan tahun lalu.

Lim cuba mencelah setelah terkena sindiran tersebut tetapi ditegur oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Jangan ada soalan yang sinis, jika tidak mahu dijawab sinis,” katanya.

Jom Semua!!!!



Salam semuanya,jangan lupa esok datang ke Program Berkhatan Perdana 2014 anjuran Pergerakkan Pemuda Umno dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bagan Datoh.Jangan lupa esok bawak anak-anak yang masih belum berkhatan lagi.

Thursday, 20 November 2014

Sultan Pahang Murka Penerokaan Cameron Highland Berleluasa


 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini.

Baginda yang menyifatkan kegiatan itu sebagai penyakit yang melarat turut menitahkan supaya segala aktiviti penerokaan haram berkenaan dihentikan segera.

Sultan Ahmad Shah juga mengakui bahawa kegiatan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng.

“Perkara ini telah lama berlaku, sejak zaman British lagi. Beta sudah penat dengan semua ini, beta tidak dapat menghentikan (kegiatan) kerana mereka menggaji kumpulan samseng.

“Mereka (peneroka haram) melakukannya di dalam negeri beta, sudah tiba masanya kegiatan haram ini dihentikan serta-merta. Semua tertakluk kepada undang-undang, beta sebagai pemerintah juga tertakluk kepada undang-undang.

“Dalam hal ini, beta berharap kerajaan Pusat akan membantu kerajaan negeri mengatasi masalah ini kerana mereka mempunyai kelengkapan secukupnya menerusi agensi-agensi sedia ada,” titah baginda.

Menjawab soalan pemberita mengenai pengeluaran ‘surat kuning’ dari istana yang kononnya membenarkan aktiviti penerokaan tanah di daerah ini untuk tujuan pembangunan dan pertanian, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak tahu menahu mengenainya.

Baginda juga menafikan bahawa pihak istana sewenang-wenangnya mengeluarkan surat berkenaan dan meminta pihak berkuasa tempatan memeriksa terlebih dahulu dengan kerajaan negeri sekiranya ada kontraktor atau syarikat yang mengemukakannya.

“Beta tidak tahu-menahu mengenai perkara ini. Kalau beta tahu, beta pukul dia (orang yang guna surat kuning),” titah baginda.