PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday, 12 March 2016

Kesatupaduan Bantu Perkukuhkan Parti – DS Ahmad Zahid


IPOH: Kesatupaduan yang terbentuk dalam kalangan barisan kepimpinan UMNO dapat memperkukuhkan parti untuk menghadapi sebarang permasalahan yang mendatang.
Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesatupaduan yang ditunjukkan sama ada daripada akar umbi atau barisan kepimpinan dapat membantu seorang pemimpin untuk menghadapi cabaran dalam landskap politik di negara ini.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun terdapat satu gerakan yang membuat deklarasi untuk menjatuhkan pemimpin sedia ada, namun ia mampu diselesaikan dengan cara terbaik.
“Apabila perpaduan dalaman itu diselesaikan dengan cara baik dan masalah dalaman parti dirungkaikan kekusutannya, maka apapun halangan yang akan datang, insyaAllah kita yakin ianya akan jadi sesuatu yang baik akhirnya nanti,” katanya.
PERAK TODAY 2
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Empat Peringkat Negeri Perak 2016 di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Turut hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO.
Ahmad Zahid turut meminta agar semua pihak bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka tidak lama lagi.
“Itu juga sebabnya kita meminta rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakan yang bukan dalam BN tetapi merupakan rakan BN agar sama-sama dengan kita sebab perjalanan kita tidak terlalu jauh dari sekarang untuk menghadapi hari besar kita, PRU 14,” katanya lagi.
PERAK TODAY 8
Dalam pada itu, beliau berkata, keterujaan pembangkang untuk menentang kepimpinan sedia ada bukan hanya penentangan terhadap individu, malah terhadap sebuah institusi yang menjadi puncak kepada kepimpinan UMNO dan BN yang membentuk kerajaan.
“Jika institusi ini digugat, ertinya ia menggugat institusi kepimpinan semua peringkat dalam UMNO dan BN diseluruh negara terutamanya di peringkat negeri Perak,” tegasnya lagi.
Sementara itu, beliau berkata, rasa hormat terhadap pemimpin terdahulu boleh hilang disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh mereka.
“Bukan kita yang merungkaikan rasa hormat itu harus dipadamkan kepada seseorang atau sesuatu kumpulan, tetapi perbuatan seseorang itu sendiri yang menyebabkan rasa hormat itu hilang dalam kalangan rakyat dan pelbagai latar belakang,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment