PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 3 April 2014

Status CEC DAP : Karpal Singh Serah Surat Letak Jawatan Kepada 'Mummy Foo'?


KAJANG 3 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh dikatakan akan menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada dua individu bernama 'Mummy Foo' atau Ng Paik Keng.

Menurut bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat, ianya berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum mengiktiraf pemilihan (CEC) sekaligus tiada yang berkuasa secara rasmi di dalam parti itu.

"Karpal Singh sudah nyanyuk. Sebagai Pengerusi dan peguam, beliau seharusnya faham dan menghormati undang-undang. Beliau telah membuat 'public mockery' (penghinaan awam) apabila mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP. Beliau terlupa bahawa ROS masih tidak memperakui dan mengesahkan pemilihan CEC bahkan posisi beliau sebagai Pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung parti itu juga tidak sah.

"Persoalannya Karpal Singh mahu menyerahkan surat perletakan jawatan itu kepada siapa? Adakah 'Mummy Foo' atau Ng Paik Keng kerana sebagaimana kita maklum tiada sesiapa yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung parti selepas pemilihan CEC pada 15 Disember 2012," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Namun yang demikian ketika ditanya siapa individu 'Mummy Foo' ini, Tuan Tat berkata Penasihat DAP Lim Kit Siang lebih mengetahuinya.

Sebelum ini, beberapa buah blog politik pernah menyebarkan khabar angin dengan mendakwa 'Mummy Foo' atau nama sebenar Foo Yueh Chuan merupakan seorang wanita simpanan kepada Kit Siang.

'Mummy Foo' turut dikatakan merupakan salah seorang pekerja di ibu pejabat DAP dan pernah memegang jawatan Setiausaha kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Blog-blog politik itu turut mengaitkan nama Ng Paik Keng sebagai individu yang mempunyai hubungan skandal bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tertinggi DAP ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke turut diminta untuk mengemukakan janji beliau berhubung 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan pada pemilihan semula CEC 29 September 2013.

"Buktikan ia (surat) bukan palsu. Saya cabar jabatan forensik supaya memastikan keaslian surat itu. Kami berpendapat surat berkenaan berada dalam keraguan. Selain itu kami juga mencabar Anthony Loke supaya meletakkan jawatan sekiranya masih gagal menghantar surat tersebut yang lengkap kepada ROS," tegas beliau.

Proses pemilihan semula CEC pada 29 September lepas terus dipersoalkan ahli parti mengenai ketelusannya, sama sebagaimana pemilihan pada 15 Disember 2012 yang didakwa mereka sebagai tidak dijalankan secara telus dan adil.

PBT, PDRM Tangani Judi Kafe Siber




Kerajaan negeri memandang serius salah guna kafe siber sebagai pusat perjudian on-line.Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Saarani Mohammad berkata, walaupun hak perlesenan premis kafe siber terletak di tangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun isu penyalahgunaannya sebagai pusat perjudian adalah isu jenayah yang menjadi tanggungjawab Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Menjawab soalan Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN - Hulu Kinta) dalam Sidang DUN hariini, Saarani memberitahu, PBT dan PDRM sentiasa bekerjasama untuk menangani isu itu di mana beberapa tindakan telah diambil seperti pembatalan lesen, serbuan dan tangkapan.
Mengulas berkenaan peruntukan undang-undang sedia ada, beliau berkata, jumlah undang-undang tidak menjadi hal utama.
Bagaimanapun, kata beliau, penguatkuasaan undang-undang adalah lebih penting daripada jumlah peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Wednesday, 2 April 2014

Isu Raja Bomoh Ceriakan Sidang DUN

Si tenggiri nama ikan,
Ditangkap nelayan di Pulau Angsa,                                                                 
Adun Perak kita satukan,
Wakil-wakil rakyat yang berlainan bangsa.
Cantik sungguh si rama-rama,
Hinggap sebentar diatas bahu,
Berlainan bangsa juga agama,
Bukan penghalang untuk kita bersatu.
 
Begitulah ungkapan pantun oleh ADUN Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali yang berjaya menghidupkan suasana ceria pada sesi perbahasan di persidangan DewanNegeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan yang masuk hari ketiga hari ini.
Abdullah Fauzi yang terkenal sebagai pakar pantun dan peribahasa di kalangan wakil rakyat BN Perak menghidupkan suasana ceria apabila tampil membahaskan titah ucapan Pemangku Raja Perak dengan memperjelaskan isu `Raja Bomoh' yang dibangkitkan ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononnya pengikut bomoh itu dikaitkan dengan orang BN.
Beliau berkata, bomoh yang dikaitkan itu adalah bomoh cari makan yang menggunakan khidmat perbomohan melalui strategipemasaran untuk mengaut keuntungan.
Beliau menolak dakwaan Menteri Besar Perak menjadi pengikut Raja Bomoh itu.
“Bomoh ini ada musim, ada musim dia jadi..ada musim dia tidak jadi kerana berkawan dengan syaitan,” katanya.
Suasana Dewan riuh rendah dengan gelak ketawa apabila ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham bangun mencelah bertanyakan Abdullah Fauzi kononnya bomoh itu mempunyai rumah besar dan difahamkan ramai ahli UMNO menjadi pelanggan bomoh itu.
Speaker Dewan kemudian meminta ADUN Kampung Gajah itu menjawab soalan.
Abdullah kemudian berkata, “Ini bomoh siapapun boleh pakai, kita UMNO tarak pakai..percaya pada Allah SWT”.
ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad kemudian bangun bertanya,adakah Abdullah Fauzi bersetuju bahawa Datuk SeriAnwar Ibrahim juga anak murid bomoh tersebut.
“Anwar Ibrahim bukan bomoh itu aje, bomoh lain pun ada, kalau nak tahu datang Kampung Gajah, saya bagi tahu di mana dia buat ubat ini, nama bomoh ini.
“Yang itu bomoh bukan terbang, itu bomoh terpacak namanya,” kata Abdullah Fauzi ambil memberitahu bahawa bomoh itu sudah meninggal dunia.

CERAMAH PERDANA 2014 Oleh Ustaz Zainuddin Bin Mohamed zaini (Pencetus Ummah Yeop)











Anjuran Masjid Al Quro Bagan Datoh,Perak dan Ahli Jawatankuasa Masjid,Dengan kerja sama Gerakan Belia 4B Kawasan Bagan Datoh

Tuesday, 1 April 2014

PAFA Tekan Butang Panik, Ambil Langkah Drastik

Ekoran prestasi yang merudum sehingga menghuni tangga tercorot Liga Super, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan melakukan tindakan drastik terhadap skuad The Bos Gaurus.
pafa panikSetiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, antara tindakan yang diambil ialah menamatkan serta merta kontrak dua lagi pemain import dan dua pemain tempatan di samping memotong gaji beberapa pemain.
Menurut beliau, dua pemain import itu ialah Martin Kafando dan Eiel DCruz Guardiano manakala dua pemain tempatan ialah Khairi Kiman dan Mohd Haizal Faquan Sadarudin.
Beliau menjelaskan hanya Guardiano sahaja yang ditamatkan kerana prestasi hambar manakala tiga lagi mengalami kecederaan yang dijangka mengambil masa panjang untuk pulih.
"Kita tiada pilihan selain menamatkan kontrak mereka dengan persetujuan kedua-dua belah pihak," katanya padasidang media di pejabat PAFA pada Isnin.
Sebelum ini, PAFA turut menamatkan kontrak seorang lagi pemain import, Zelimer Terkes.
Aziz memberitahu, PAFA telah mengenalpasti beberapa pemain untuk menggantikan tiga pemain import The Bos Gaurus.
Katanya, dua pemain penyerang yang dikenalpasti ialah pemain kebangsaan Lubnan, Imad Ghaddar, 23 dan pemain berasal daripada Brazil, Diego Santos, 26, kedua-duanya bermain untuk kelab Al-Akha Ahly di Lubnan.
Beliau menambah, bagi mengisi tempat yang ditinggalkan Kafando, PAFA telah memilih Marin Con, 26 pemain berasal daripadaCroatia manakala Famirul Asyraf Sayuti dari pasukan Kelantan pula dijangka akan mengisi tempat ditinggalkan pemain tempatan.
Aziz memberitahu, pemotongan gaji akan dibuat ke atas beberapa pemain yang dilihat tidak menyerlah dan tidak berdisiplin.
"Kita juga akan menaikkan gaji tiga pemain yang dilihat telah menunjukkan peningkatan dan komitmen yang tinggi kerana kita mahu mereka bersaing dan menunjukan komitmen yang tinggi," katanya.
Dalam pada itu, kata beliau, bagi mengembalikan semangat dan fokus pemain, satu sesi motivasi akan diadakan yang dikendalikan pakar motivasi Malaysia, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

Nizar Bermati-Matian Pertahan DAP Bukan Komunis

Ketua Pembangkang Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin hari ini berjaya membuktikan beliau adalah pemimpian PAS yang tunduk kepada DAP apabila bermati-matian mahu persepsi rakyat bahawa DAP itu parti komunis dihentikan.
leader-dap-1m copyADUN Changkat Jering itu juga menyeru supaya rakyat tidak lagi dimomok dengan serangan negatif bahawa parti berasakan kaum Cina itu memperjuangkan agenda politik chauvinis untuk menguasai politik Malaysia.
Malah Nizar turut memperbodohkan diri sendiri dengan dakwaan bahawa rakyat tidak diberi pilihan untuk mengundi parti lain selain UMNO semasa pilihan raya menyebabkan UMNO terus memerintah.
Nizar memilih untuk membuat tuduhan tidak berakal itu ketika membahaskan titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah daripada membangkitkan isu-isu tempatan dan keperluan rakyat di hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Dalam perbahasannya itu, Nizar juga menegaskan bahawa DAP tidak akan menjadikan Malaysia negara sosialis seperti digembar-gemburkan dan pemimpin DAP tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya parti itu berkuasa.
Tindakan kurang bijak itu telah mengundang reaksi balas daripada wakil-wakil Dewan Barisan Nasional (BN) yang mempersoalkan rasional disebalik permintaan Nizar mahukan persepsi rakyat bahawa DAP parti komunis dihentikan.
Beliau juga gagal mengemukakan bukti apabila Exco Kanan, Datuk Saarani Mohamad meminta Nizar menunjukkan bukti UMNO bertanggungjawab mewujudkan persepsi bahawa DAP itu parti komunis.
Malah pada satu ketika Nizar dilihat terkelu lidah setelah Saarani bertalu-talu meminta dia membuat pengakuan dalam Dewan supaya PAS berhenti mengkafirkan UMNO sebagai pertukaran kepada usaha menghentikan persepsi DAP itu komunis.
Nizar menjadi bahan ketawa Dewan apabila setelah diasak mengemukan bukti mengaitkan larangan membawa balik abu mayat Chin Peng sebagai bukti menyokong bahawa UMNO telah berjaya melabel DAP komunis.
Nizar juga gagal menyokong kenyataannya bahawa rakyat tidak diberi pilihan mengundi parti selain UMNO dan Barisan Nasional ketika pilihan raya lalu.
"Apakah rakyat tidak ada pilihan apabila BN hanya menang 31 kerusi manakala Pakatan pembangkang menang 28 kerusi? Sekiranya rakyat tidak ada pilihan, sepatutnya semua 59 kerusi jadi milik BN," kata Saarani yang kenyataannya turut disokong ahli Dewan BN.

Kerajaan Negeri Buat Rasionalisasi Caj Pembangunan


DATUK ZAMBRY212
Satu penilaian semula sedang dilakukan kerajaan negeri berhubung perlaksanaan caj pembangunan sebanyak 25 peratus yang dikenakan kepada pemaju, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Katanya penilaian semula itu perlu bagi mencapai rasionalisasi supaya kadar caj pembangunan yang dikenakan kepada pemaju lebih adil dan realistik mengikut kawasan yang dibangunkan.
Kata beliau elemen yang akan dinilai semula adalah daripada segi pengezonan semula dan pertukaran status tanah yang akan menyebabkan caj pembangunan yang terlalu ketara tinggi.
"Saya dapati ada kawasan-kawasan yang dizonkan semula oleh Jabatan Penilaian...misalnya adakala kawasan A itu kadarnya tinggi dan kawasan B itu rendah.
Ada juga beberapa zon yang pertukaran status tanahnya perlu kita lihat semula," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalam tambahan Ngeh Khoo Ham (DAP-Setiawan) yang mendakwa kenaikan caj pembangunan yang dikenakan kerajaan negeri terlalu tinggi sehingga boleh menyebabkan pemaju hilang minat untuk melaksanakan pembangunan.
Kepada soalan tambahan Dato' Mohd Tarmizi Idris (BN-Kenering) mengenai cadangan supaya kerajaan menambah hasil termasuk cukai tanah, katanya, sememangnya kerajaan terus berusaha untuk menambah sumber-sumber hasil negeri.
Katanya, kerajaan sedang mencari ruang -ruang lain dan mesyuarat yang berterusan diadakan termasuklah mengenal pasti sumber-sumber baru sebagai contoh dalam konteks tanah.
Katanya, kerajaan memikirkan bagaimana tanah-tanah yang diluluskan yang telahpun dibayar premium tetapi tidak dikeluarkan hak milik supaya dapat mengutip hasil berterusan.
Katanya kelewatan mengeluarkan hak milik dikenal pasti sebagai antara faktor kerajaan kehilangan sumber hasil.