PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 27 March 2015

Kebebasan Bersuara Bukan Untuk Suka-Suka, Kata Shabery



Penahanan warga kerja The Malaysian Insider (TMI) perlu dijadikan contoh kepada warganegara untuk tidak menyebarkan berita palsu bagi mencapai objektif peribadi.

Mengumpamakan situasi kebakaran di dalam panggung wayang, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penyalahgunaan kebebasan bersuara boleh mendatangkan kemudaratan besar kepada orang yang mempercayainya.

"Dalam sebuah panggung yang penuh sesak, tiba-tiba seorang menjerit "API-API"!. Penonton bertempiaran, ada yang terpijak sama sendiri. Rupanya api tak ada.

"Bila ditanya kepada yang menjerit, dia jawab "saja nak berseronok. Lagikan dalam negara demokrasi, inilah kebebasan bersuara, kita boleh cakap apa saje yang kita suka". Sambil ketawa dia berjalan keluar," katanya menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Sebelum ini polis menahan tiga editor TMI, dua eksekutifnya dan pemilik portal tersebut ekoran penerbitan artikel berkaitan pelaksanaan hudud.

TMI minggu lepas melaporkan, Majlis Raja-Raja menolak cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan sekaligus tidak membenarkan PAS membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hukum tersebut di Parlimen.

No comments:

Post a Comment