PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Friday, 13 March 2015
Hak Untuk Tidak Berdemo
BLOG BANGKIT! - Nampaknya setelah sekian lama aman dan tenang, Kuala Lumpur akan bergolak lagi dengan laungan suara ‘keadilan’ dan dentuman kaki-kaki yang akan bergerak ke sebuah pasaraya yang menjadi tumpuan warga Kuala Lumpur, terutamanya orang Melayu, untuk bersenggang sambil membeli-belah setelah penat lelah bekerja sepanjang minggu.
Pasaraya yang sering menjadi tumpuan warga marhaen untuk berehat-rehat itu sambil menikmati muzik jalanan daripada ‘buskers’ tempatan akan diserbu mereka-mereka yang dikhabarkan bakal mendapat elaun harian sebanyak RM150 seorang untuk ‘menghuru-harakan’ hujung minggu warga Kuala Lumpur yang lain.
Kumpulan yang akan memakai baju serba hitam itu katanya mahu menzahirkan rasa ketidak-puasaan hati mereka apabila pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ mereka dipenjarakan atas kesalahan meliwat seorang anak muda, ‘si pembacuh kopi’ yang sering dibawa majikannya ke luar negara dengan elaun lumayan seorang eksekutif kanan.
Golongan semi anarkis ini sememangnya tidak menghiraukan kesusahan yang bakal mereka hadiahkan kepada warga Kuala Lumpur yang lain, yang mahu berehat bersama keluarga setelah penat bekerja atau mereka-mereka yang mahu bekerja di pasar raya tersebut yang sememangnya tidak mahu terlibat langsung dengan siri demonstrasi #Kitalawan yang mereka perjuangkan.
Pernahkah mereka ini yang didukung sebuah parti politik pseudo sosialis (tidak ada apa yang sosialis tentang pemimpin-pemimpin atasan parti ini, kecuali beberapa siri hemburan retorik marhaen kosong yang sering dipopularkan pemimpin numero uno mereka!) mahu berfikir sejenak tentang hak warga Kuala Lumpur untuk tidak berdemo?
Hak untuk warga Kuala Lumpur keluar bersenggang bersama keluarga mereka dalam keadaan selamat dan aman? Hak untuk seorang kawan bertemu seorang kawan yang lain pada masa yang dijanjikan? Hak untuk seorang pekerja pergi dan balik kerja dengan selamat tanpa sebarang kelewatan? Hak untuk warga OKU bergerak dengan selamat tanpa sebarang gangguan? Hak untuk seorang ibu tidak risaukan akan anak perempuannya yang belum pulang kerana terdapat rusuhan? Hak untuk peniaga-peniaga kecil mencari sedikit rezeki semasa cuti hujung minggu?
Sememangnya sudah terang lagi bersuluh, gerakan yang didukung sebuah parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua itu hanya sekadar retorik kosong, kerana acap kali telah dibuktikan oleh masa, sama seperti sebab musabab parti tersebut ditubuhkan dulu, mereka nampaknya sekali lagi hanya akan memperjuangkan nasib seorang pesalah laku undang-undang negara.
‘Kesian’ dengan mereka. Kesian juga dengan kita!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment