PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday, 31 March 2015

Ketua Pembangkang Baru Selepas PRK Permatang Pauh



Pakatan Rakyat (PR) akan mengumumkan pengganti Ketua Pembangkang selepas selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kelak.

Ketua Whip DAP Anthony Loke berkata, sehingga kini Speaker Deewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia masih belum mengumumkan kekosongan kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

""Setakat hari ini kerusi Permatang Pauh belum kosong. Speaker belum umum. Sekiranya diumumkan kosong, berdasarkan konsensus PR, calon akan ditentukan kepimpinan PKR.

"Soal isu ketua pembangkang belum timbul. Keputusan hanya selepas PRK," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan selepas lembaga pengampunan diraja menolak permohonan yang difailkan oleh isteri Anwar sendiri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail serta beberapa ahli keluarganya,

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun ekoran kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Monday, 30 March 2015

Siapa Ganti Anwar Di Permatang Pauh?



 Penafian pengampunan diraja bagi kesalahan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Persoalan kini timbul adalah calon yang akan mengantikan Ketua Pembangkang itu di kawasan keramat PKR sejak Anwar mula mengasaskan PKR pada 1998.

Desas-desus mengatakan PKR akan meletakkan ahli keluarga Anwar seperti sebelum ini sebagai langkah selamat parti itu untuk mengekalkan kedudukan parti di Permatang Pauh.

Nurul Nuha Anwar yang melancarkan kempen 'March To Freedom' dikatakan orang yang akan menggantikan bapanya di Dewan Rakyat.

Walaubagaimanapun, Nuha pernah menafikan akan bertanding menggantikan bapanya.

Sementara itu, ibu Nuha yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikatakan tidak bertanding di kerusi tersebut.

Parlimen Permatang Pauh kekal milik keluarga Anwar sejak sekian lama.

Azizah menduduki kerusi tersebut sehinnga 2008 dan menyerahkannya kepada Anwar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut menyaksikan Ketua Pembangkang itu menang majoriti besar.

Persoalan itu akan terjawab pada hari penamaan calon yang bakal ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

Sunday, 29 March 2015

'Kenapa Perlu Ganggu Majlis Resepsi Anak PM?'



Orang ramai yang ditemui pada hari ini mempersoalkan tindakan pembangkang merancang demonstrasi jalanan untuk mengganggu majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan pada esok hari.
rakyatnews, perdana menteri, najib razak, rosmah mansor, kita lawan, najib undur, anwar liwat, pkr, pas, dap, parti keadilan rakyat, umno, mca, mic,
Menurut Rohaizan Rahman, 59, demonstrasi jalanan itu merupakan satu tindakan yang tidak munasabah dilakukan oleh pihak pembangkang apabila dilihat seolah-olah ingin menyerang majlis perkahwinan tersebut.

"Mengapa kita perlu berdemo dalam perkara kecil seperti itu? Saya ada anak juga, (jika itu berlaku kepada saya) itu merupakan urusan peribadi saya.

"(Mereka) sedangkan tidak munasabah diri sendiri, mereka mahu membantah orang lain punya urusan peribadi pula," katanya ketika ditemubual wartawan Rakyat News di sini, hari ini.

Beliau berkata, demonstrasi yang dijalankan oleh pihak pembangkang langsung tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat negara ini.

"Kita berbalik pada Al-Quran dan Sunnah iaitu sedangkan jika ada duri ataupun ranting dijalanan, kita perlu buang ranting tersebut bagi tujuan untuk tidak menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain.

"Tetapi pada masa sekarang ini, bukan sahaja kita buang ranting dijalanan sebaliknya kita menabur ranting dan duri dijalanan," katanya.
alt
Bagi Yasmin Makmur, 54, menyifatkan demonstrasi itu adalah bertujuan untuk menggangu majlis perkahwinan itu.

"Mereka berdemo semasa majlis itu saya dapat rasakan tujuannya adalah untuk menggangu majlis itu.

"Kalau anda kahwin dan orang lain mengganggu majlis anda, adakah anda tidak marah? Apa yang kamu dapat apabila buat perkara demikian? setiap reaksi ada tindakannya, setiap aksi ada tindak balasnya," katanya.
alt
Selain itu, Pemandu Teksi, Zainal Abidin, 49, berkata tindakan menggangu majlis perkahwinan itu jelas akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu kota.

"Perkara demikian tidak perlulah kita menggangu. Pasal orang lain janganlah orang lain pula jadi mangsa.

"Pada hujung minggu sepatutnya adalah hari untuk orang beriadah bersama keluarga. Tidak perlulah untuk berdemo," katanya.

Tambahnya, pendapatan sebagai seorang pemandu teksi seperti beliau akan tergangu sekiranya demonstrasi jalanan tersebut berlangsung.

"Pergerakan menjadi terbatas menyebabkan apabila kita mahu menghantar penumpang ia menjadi susah," katanya.
Sebelum ini, sebuah portal pro-pembangkang melaporkan Kumpulan Protes #KitaLawan merancang sebuah lagi perhimpunan besar di hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu negara Sabtu ini.
Bagaimanapun, selain menolak pentadbiran Najib dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), mereka turut mahu sama-sama ‘meraikan’ perkahwinan anak perempuan perdana menteri Nooryana Najwa, minggu lepas.
Pemimpin PKR dan ketua NGO Jingga 13 Fariz Musa berkata mereka merancang berarak dari Sogo ke Menara Berkembar Kuala Lumpur pada 28 Mac, tertakluk kepada perubahan akhir.

Saturday, 28 March 2015

Hassan Malek Nafi Laporan Tiada Kenaikan Minyak


Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini menafikan penyebaran gambar paparan skrin yang menunjukkan ‘jaminan’ beliau bahawa tiada kenaikan harga minyak akan berlaku bulan depan.
Beliau menafikan perkara itu melalui laman Facebooknya, hari ini dengan menyifatkan penyebaran itu suatu kebiadaban.
“Satu kebiadaban dan sikap yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Melalui paparan skrin yang menggunakan namanya itu, ia turut menyebut bahawa beliau rela hati meletakkan jawatan sebagai menteri jika harga minyak naik.
Hari ini, kerajaan akan mengumumkan harga minyak baru bagi April 2015 yang bakal terpakai untuk tempoh sebulan.

Friday, 27 March 2015

Kebebasan Bersuara Bukan Untuk Suka-Suka, Kata Shabery



Penahanan warga kerja The Malaysian Insider (TMI) perlu dijadikan contoh kepada warganegara untuk tidak menyebarkan berita palsu bagi mencapai objektif peribadi.

Mengumpamakan situasi kebakaran di dalam panggung wayang, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penyalahgunaan kebebasan bersuara boleh mendatangkan kemudaratan besar kepada orang yang mempercayainya.

"Dalam sebuah panggung yang penuh sesak, tiba-tiba seorang menjerit "API-API"!. Penonton bertempiaran, ada yang terpijak sama sendiri. Rupanya api tak ada.

"Bila ditanya kepada yang menjerit, dia jawab "saja nak berseronok. Lagikan dalam negara demokrasi, inilah kebebasan bersuara, kita boleh cakap apa saje yang kita suka". Sambil ketawa dia berjalan keluar," katanya menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Sebelum ini polis menahan tiga editor TMI, dua eksekutifnya dan pemilik portal tersebut ekoran penerbitan artikel berkaitan pelaksanaan hudud.

TMI minggu lepas melaporkan, Majlis Raja-Raja menolak cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan sekaligus tidak membenarkan PAS membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hukum tersebut di Parlimen.

Thursday, 26 March 2015

Kementerian Siasat Kes Guru Islamkan Pelajar Sekolah di Miri



 Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata, Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh dan rapi mengikut prosedur standard operasi (SOP) berhubung kes dua orang guru di di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong, Miri yang didakwa cuba mengislamkan seorang pelajar Iban berusia 13 tahun, Sabrina Anak Ngumbang.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara telus.

Ia bagi memastikan nasib kedua-dua pihak yang terlibat terbela sepenuhnya dan segala bukti akan dikumpul dan siasatan akan dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh kejadian.

“Laporan perlu disiapkan dalam masa tiga hari selepas insiden berkenaan. Sejurus laporan disiapkan, ada tujuh hari untuk ambil tindakan. Kalau lebih awal lebih bagus,” ujarnya pada sidang media di sini semalam.

Kontroversi ini timbul apabila gambar sepucuk surat aduan yang dihantar kepada pengetua sekolah itu mengenai guru terbabit dan satu salinan laporan polis mengenainya dimuatkan dalam laman Miri Community, laman facebook berasaskan komuniti untuk berkongsi maklumat tentang Bandar Raya Miri, yang mendakwa guru berkenaan memaksa murid itu memeluk Islam.

Gambar itu segera tersebar dengan meluas dan banyak pengguna internet berkongsinya serta telah mengundang pelbagai kritikan tidak berasas, tuduhan melulu dan komen yang tidak sewajarnya sama sekali.

Sebuah portal berita Sarawak pula melaporkan, dua guru wanita sekolah berkenaan yang bimbang dengan keselamatan diri mereka dikatakan membuat laporan polis bagi menafikan laporan awal yang mengandungi unsur fitnah yang telah dibuat oleh Sabrina.

Fatimah yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap hal pendidikan Sarawak turut menyatakan usaha dua guru berkenaan yang cuba menukar agama pelajar itu tanpa kebenaran ibu bapanya adalah satu kesalahan.

“Daripada siasatan yang dijalankan, tindakan lanjut akan diambil terhadap guru terlibat mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan 2002). Pihak kementerian sendiri yang akan ambil tindakan selepas meneliti laporan yang diterima,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, setakat ini, kedua-dua guru terlibat telah dibawa keluar dari lokasi oleh pihak kementerian dan ditempatkan sementara di Pejabat Pelajaran Daerah Miri sepanjang proses siasatan.

Katanya, tindakan tersebut bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah dan situasi tegang antara pihak berkaitan termasuk pihak sekolah, keluarga mangsa dan masyarakat setempat.

Fatimah turut mendapat maklumat menerusi pengakuan pelajar terlibat dalam satu pertemuan Jumaat lepas yang mengakui berminat untuk memeluk agama Islam.

"Namun dari segi undang undang, pelajar berkenaan perlu mendapatkan kebenaran dari kedua-dua ibu bapanya untuk menukar agama meskipun beliau dijaga oleh datuk dan neneknya sejak dilahirkan.

"Kedua, guru berkenaan juga harus mengetahui bahawa soal penukaran agama bagi mereka yang masih di bawah umur, adalah perlu untuk mendapat persetujuan ibu bapa mereka," ujarnya.

Fatimah turut menyeru kepada semua guru agar sentiasa peka dan bijak dalam menangani isu sensitif berkaitan kaum dan agama di negeri berkenaan.

Wednesday, 25 March 2015

Johari Abdul Puas Hati : Anwar Diberi Layanan Istimewa di Penjara



Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi layanan istimewa sepanjang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Ketua Whip Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pihak penjara telah menyediakan katil dan tilam khas yang sesuai serta tandas duduk untuk Anwar setelah dimaklumkan menghidap penyakit tulang belakang yang dihidapinya selama ini.

"Selain itu, Anwar juga mendapat rawatan pakar daripada empat pakar perubatan untuk memantau keadaan kesihatannya.

"Pengarah penjara juga bersetuju untuk memberikan Anwar bahan bacaan yang telah disahkan tidak terlarang selepas disemak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di penjara Sungai Buloh di sini hari ini,

Turut hadir termasuk Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid dan Ahli Parlimen Sepang, Hanifah Maidin.

Anwar menjalani hukuman penjara selama lima tahun setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.

Johari turut berpuas hati dengan penjelasan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Narender Singh berhubung jadual dan rutin Ketua Umum PKR itu sepanjang tempoh menjalani hukuman tersebut.

"Kami diberi penerangan semua aktiviti beliau dalam penjara.

"Ahli Parlimen tidak diberikan akses melawat kerana peruntukkan undang-undang negara, yang dibenarkan adalah ahli keluarga, peguam dan Menteri Besar Selangor kerana Datuk Seri masih penasihat ekonomi negeri," katanya.

Tuesday, 24 March 2015

Ibrahim Ali Ramal PR Tawan Putrajaya pada PRU14



 Pakatan Rakyat (PR) mungkin bakal menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengawal kenaikan harga barang sujurus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Kerajaan Pusat perlu mengawal orang tengah seperti pemborong dan pengilang yang mungkin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang selepas GST.

“Kita tahu cabaran kerajaan adalah sama ada mampu atau tidak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani kesempatan orang tengah ini.

“Kalau kita lihat semasa kenaikan harga minyak, tidak mudah untuk KPDNKK mengawal kenaikan harga barang ketika itu. Sebab kakitangan KPDNKK ini bukan ramai pun,” ujar beliau dalam satu sidang media semalam di Pejabat Perkasa, di sini.

Beliau menjelaskan, rakyat Malaysia dilihat masih terkeliru dengan perlaksanaan GST menyebabkan mereka mudah beremosi apabila mendapat maklumat yang kurang tepat.

“Masyarakat akan membuat perbandingan yang mana lebih baik, sama ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau GST. Namun, apa-pun yang terjadi selepas perlaksanaan GST ini, rakyat harus mendapat hasilnya.”

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, kerajaan harus membuat pertimbangan dengan kadar segera untuk meningkatkan gaji pekerja melalui skim gaji minima bagi mengatasi risiko kos sara hidup tinggi rakyat.

Katanya, kerajaan perlu meneliti semula tahap pendapatan gaji di Malaysia yang secara puratanya masih pada paras terendah.

"Daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia, bahagian gaji dari ekonomi di Malaysia hanya satu per tiga atau lebih kurang 30 peratus. 70 peratus yang lain adalah keuntungan atau pendapatan modal.

"Di negara-negara maju pembahagian antara gaji dan keuntungan adalah terbalik iaitu 70 peratus gaji dan 30 peratus keuntungan peniagaan.

"Jelas daripada data ini menunjukkan bahawa ada ketidakadilan dan keseimbangan berlaku dalam negara kita.

Beliau juga berkata, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya mampu menampung perbelanjaan kira-kira RM50 sebulan dan dasar jumlah pendapatan rakyat perlu seiring dengan kos sara hidup yang sedia ada.

"Untuk mengatasi gejala kos sara hidup yang tinggi dengan gaji rendah, PERKASA mendesak kerajaan dengan segera mengkaji semula dan melaksanakan sepenuhnya dasar gaji minima supaya dinaikkan serta-merta pada tahun ini kepada RM1,200 dari tahap sedia ada RM900 sebulan dan seterusnya kepada paras anggaran RM1,700-RM1,800 pada tahun 2020.

"Hanya melalui cara ini apa yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2015 untuk menaikan tahap nisbah gaji dan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 40% dapat dicapai. Kalau tidak, ianya hanya sekadar retorik," tegasnya.

Monday, 23 March 2015

Shafee Abdullah Saman 3 Ahli Majlis Peguam



Peguam Tan Sri Shafee Abdullah mengemukakan saman terhadap 3 individu didalam Majlis Peguam ekoran pembentangan usul bagi menghalang kelakuannya dibincangkan pada  Mesyuarat Agung Tahunan badan tersebut.

Shafee yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mengemukakan saman fitnah kepada 3 defendan iaitu; bekas Presiden Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George.

"Ya, anak guam saya memfailkan saman fitnah sebagai tindakan terhadap defendan," kata Kamaruddin.

Shafee juga mendapatkan injuksi ex-parte daripada hakim Datuk Asmabi Mohamad bagi menghentikan usul difailkan Thomas dan disokong George yang akan dibincangkan pada AGM 14 Mac.

Mahkamah akan mendengar permohonan hari ini bagi mengetepikan injunksi Shafee itu yang menghentikan perbincangan mengenai kelakuan peguam kanan itu ketika mengambil bahagian dalam road show mengenai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sunday, 22 March 2015

Bekas Tahanan ISA Sertai Militan - Zahid



 Seramai enam orang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disahkan menyertai aktiviti militan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.
Menurut beliau, daripada jumlah itu lima orang menyertai Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan seorang lagi bersama Jemaah Islamiah (JI).
“Jika dulu terdapat desakan yang kuat supaya ISA dihapuskan, dan hasil kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai enam orang tahanan ISA telah menyertai aktiviti militan; lima orang menyertai KMM dan seorang Jemaah Islamiah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh di Dewan Rakyat hari ini.
Susulan daripada itu, Zahid meminta sokongan seluruh Ahli Dewan Rakyat untuk menyokong Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (PoTA) yang baru dibentangkan dan dibaca kali pertama semalam.
Dr Makin di dalam soalannya meminta Kementerian Dalam Negeri untuk menyatakan keberkesanan tindakan yang diambil kerajaan dalam menangani ancaman kumpulan militan seperti IS di negara ini.
Menurut Zahid, setakat 31 Mac seramai 75 orang telah ditahan kerana didapati mempunyai elemen militan Islamic States (IS) yang mana 24 orang telah dihadapkan ke mahkamah.
“25 orang telah dibebaskan dan tujuh orang sedang dalam siasatan polis serta 13 orang warganegara asing telah diusir keluar dari Malaysia.
“13 yang diusir itu telah disiasat, dan oleh kerana terdapat perjanjian ekstradisi, mereka diusir keluar tanpa dikenakan tindakan undang-undang,” jelas beliau bagi menjawab pertikaian Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Dalam perkembangan yang sama, Zahid menyenaraikan beberapa faktor keterlibatan rakyat Malaysia menyertai IS.
Antaranya ialah faktor ketaksuban dan kepercayaan terhadap sesuatu organisasi militan itu dan bukanlah atas dasar ideologi yang disebarkan untuk menyertai IS.
“Keduanya, permasalahan keluarga, kebanyakan yang terlibat mempunyai permasalahan dengan keluarga dan ada juga yang mengalami kesempitan kewangan, walau itu bukan pendorong utama tapi itu adalah salah satu daripada faktor mereka menyertai perjuangan IS,” kata Ahli Parlimen Bagan Datoh itu lagi.

Saturday, 21 March 2015

Politik Janggal Azmin Ali



BLOG BELANTAN - Ibarat beradu silat, Azmin Ali berjaya mengunci langkah pendahulunya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Abdul Khalid yang diangkat oleh pakatan pembangkang sebagai menteri besar paling bersih, cekap dan prorakyat dilayan seperti tidak ada meninggalkan sebarang legasi.

Nol, tiada warisan bernilai yang boleh dibanggakan. Inilah yang sekurang-kurangnya mahu digambarkan. Abdul Khalid yang pernah dipuja dan diagung-agungkan untuk memancing undi rakyat itu mahu dilupakan begitu sahaja, ibarat habis manis sepah dibuang.

Azmin bahkan sanggup 'memukulnya' semasa beliau sudah melangkah keluar daripada kerusi menteri besar. Pentadbiran Azmin mengambil langkah luar biasa apabila menarik balik pampasan RM2.6 juta lapan pegawai kanan Abdul Khalid termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), Faekah Husin.

Kerajaan negeri pimpinan Azmin menggunakan alasan pembayaran wang melalui Skim Pengasingan Bersama (MSS) dibuat secara salah dan tanpa mendapat kelulusan. Isu itu kini diselesaikan mengikut undang-undang.

Dengan kata lain, Azmin seperti mahu menyatakan Abdul Khalid yang menjadi seteru dalam PKR tidaklah bersih seperti diuar-uarkan. Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini dan pegawai-pegawai yang dilantiknya mahu digambarkan sebagai tidak amanah dan sanggup menggunakan wang rakyat untuk kepentingan diri.

Azmin seperti berjaya memberi gambaran itu. Langkah Abdul Khalid dan orang-orangnya terlihat benar-benar terkunci. Menangkis tuduhan pun seperti hilang daya apatah lagi untuk membuat serangan balas ke atas Azmin. Yang ada hanyalah sekali-sekala suara daripada Faekah bagi mempertahankan pentadbiran dahulu.

Yang dulu dianggap seperti bukan kerajaan PKR. Yang dulu dianggap seperti Kerajaan Abdul Khalid. Apa yang dibuat dahulu serba-serbinya salah. Yang dulu perlu diperbetulkan malah sampai ke peringkat dibatalkan.

Ini sama dengan tanggapan yang mereka mahu paksakan ke atas Kerajaan Persekutuan. Apa yang dilakukan Kerajaan Persekutuan semuanya dituduh berbau kronisme dan tidak menguntungkan rakyat.

Inilah yang berlaku ke atas Projek Lebuh Raya Damansara-Kinrara (Kidex) bernilai bilion ringgit yang dibangunkan untuk mengurangkan kesesakan teruk di kawasan itu. Projek kontroversi yang diuar-uarkan politikus pakatan pembangkang ada kepentingan politik UMNO itu dibatalkan.

Sia-sialah usaha Abdul Khalid yang menentang arus politik pakatan pembangkang terutama PKR dan DAP apabila meluluskan projek persekutuan itu. Yang menentang projek ini sebenarnya kelompok kecil tetapi mempunyai pengaruh dan mendapat sokongan ahli politik DAP. Projek ini pun mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Mangsa

Yang majoriti, kumpulan se­nyap akhirnya menjadi mangsa politik Azmin ini. Mungkin se­telah menyedari hal itu dan men­dapat teguran, Azmin se­perti mahu berpatah balik apabila menyatakan projek ber­kenaan tidak dibatalkan.

Hanya kelulusan pembangu­nan yang dibatalkan. Kenyata­an terbaharu Azmin itu me­nye­babkan rakyat biasa ke­­li­ru. Dari satu segi beliau meng­­gambarkan sanggup meng­gotorkan diri demi rakyat te­ta­pi seringkali bertingkah se­baliknya dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa.

Tidak tahulah mungkin ‘run­dingan semula’ sedang diatur. Peliknya kerajaan Azmin tidak pula memberikan alternatif ba­gi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan. Yang me­reka tahu batal sahaja tanpa melihat kesannya. Ada yang tersiratkah?

Isu Kidex belum selesai, Azmin terus mempertontonkan jurus janggal. Lagi-lagi keputusan yang dimuktamadkan antara kerajaan Abdul Khalid dahulu dengan Kerajaan Persekutuan dibatalkan.

Seperti juga Kidex, Azmin bertindak melulu dengan membatalkan perjanjian penstrukturan industri air dengan Putrajaya. Memang dari awal projek ini tidak mendapat sokongan penuh kepemimpinan PKR dan DAP.

Kebijaksanaan Abdul Khalid untuk memuktamadkan penstrukturan air Selangor termasuk mengambil alih syarikat konsesi dianggap sebaliknya oleh ahli politik pakatan pembangkang. Tidak tahulah nasib siapa sebenarnya yang mereka mahu perjuangkan.

Hujah Abdul Khalid bahawa perjanjian itu penting demi rakyat Selangor nampaknya tidak dikongsi oleh kerajaan negeri sekarang. Jika dahulu mereka marah kononnya dasar kerajaan bertukar apabila ada menteri baharu, kini mereka benar-benar melakukan hal berkenaan.

Tetapi di depan rakyat, Azmin menggunakan dalih demi rakyat sebagai hujah membatalkan projek penting berkenaan.

Atas kertas, keputusan ini hanya akan merugikan kerajaan negeri. Ini akan menyebabkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus. Tindakan itu juga bakal menutup peluang kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini didakwa mengaut keuntungan tidak munasabah atas kesusahan rakyat.

Tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, kerajaan Selangor berkemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan yang dilaksanakan sejak Jun 2008 kerana kekurangan dana. Jadi, apakah perhitungan sebenar Azmin? Sekali lagi Azmin mahu melakukan rundingan semula dengan Kerajaan Persekutuan.

Yang dapat kita lihat, ternyata Azmin tidak mahu kehebatan pentadbiran Abdul Khalid membayanginya. Sejarah peninggalan Abdul Khalid seperti lebuh raya dan penstrukturan air mahu ditulis semula.

Beliau mahu memahat nama sebagai menteri besar yang menyelesaikan masalah, punya pencapaian hebat berbanding menteri besar terdahulu. Cuma caranya janggal yakni, dengan menimbulkan masalah.

Friday, 20 March 2015

Drama Pakatan Rakyat Mengelirukan



BLOG SALLEH SAID KERUAK  - Pada tahun 1999, penyokong Anwar Ibrahim memulakan sebuah parti baru dipanggil Parti Keadilan Nasional (PKN). Beberapa bulan kemudian, parti baru ini membentuk satu gabungan yang dengan DAP, PAS dan PRM dipanggil Barisan Alternatif.

Tidak lama selepas itu, Barisan Alternatif runtuh apabila PAS lulus pindaan kepada Rang Undang-Undang Syariah di Dewan Undangan Negeri Terengganu termasuk undang-undang jenayah hudud.

Pada pilihan raya umum 2004, PKR (penggabungan kononnya antara PKN dan PRM), DAP dan PAS memeterai satu pakatan pilihan raya untuk memastikan bahawa mereka dielakkan pertandingan tiga penjuru. Di sesetengah kawasan perjanjian ini rosak apabila calon 'bebas' yang mencabar arahan pihak mereka masih bertanding.

Saya berkata "penggabungan yang dipanggil antara PKN dan PRM" kerana ia tidak benar-benar penggabungan tetapi lebih bahawa beberapa ahli PRM pindah untuk menyertai PKN dan PKN kemudian menukar namanya kepada PKR.

Kemudian, pada tahun 2008, mereka membentuk satu gabungan yang baru yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Tidak seperti Barisan Nasional, bagaimanapun, Pakatan Rakyat bukan parti berdaftar. Ia hanya pemahaman atau pakatan.

Dan itulah sebabnya kita melihat begitu banyak pertengkaran dan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Pakatan mereka tidak mengikat sehingga setiap parti menjaga kepentingan sendiri pertama dan kepentingan gabungan kedua yang longgar.

Kedua masalah yang paling jelas yang dihadapi Pakatan Rakyat adalah keengganan untuk membentuk Kabinet Bayangan seperti Barisan Alternatif lakukan pada tahun 1999.

Jika mereka boleh melakukannya pada tahun 1999 mengapa mereka tidak boleh melakukannya sekarang juga?

Di kebanyakan negara, termasuk England, negara-negara yang mengamalkan sistem Westminster British Parlimen mempunyai Kabinet Bayangan. Walau bagaimanapun, manakala Pakatan Rakyat tidak mempunyai Kabinet Bayangan, ia mempunyai seorang Perdana Menteri Bayangan, Anwar Ibrahim, yang secara rasmi adalah Ketua Pembangkang di Parlimen.

Sebab Pakatan Rakyat tidak mampu untuk membentuk Kabinet Bayangan adalah kerana mereka tidak dapat mencapai persetujuan atas barisan Kabinet. Sekiranya Pakatan Rakyat mendapat untuk membentuk kerajaan persekutuan, ini Kabinet Bayangan akan menjadi Kabinet kerajaan memerintah.

Dan Pakatan Rakyat tidak mahu rakyat Malaysia tahu lagi yang akan berada di dalam Kabinet ini.

Dalam demonstrasi di hadapan Sogo di Kuala Lumpur semalam, nama Tun Dr Mahathir Mohamad dan gambar dipaparkan pada poster dan kain rentang.

Gambaran mereka mewujudkan ialah Dr Mahathir kini di belakang pembangkang dan bahawa dia juga mahu Anwar dikeluarkan dari penjara dan untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.

Adakah ini mesej pembangkang sedang menghantar kepada rakyat Malaysia: bahawa Dr Mahathir mengambil alih daripada Anwar sebagai de facto Ketua Pembangkang?

Thursday, 19 March 2015

PM : Ada Sebab Kerajaan Tidak Isytihar Darurat Banjir



Kerajaan tidak mengisytiharkan darurat ketika banjir besar melibatkan beberapa negeri tahun lepas kerana tidak mahu dipertanggungjawab sepenuhnya terhadap implikasi bencana itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sesi perbahasan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini berkata, kerajaan Pusat dan negeri harus bertanggungjawab membaiki, membaik pulih serta meningkatkan lagi infrastruktur di negeri yang terlibat dengan banjir besar tersebut.

Tambahnya lagi, pengisytiharan darurat hanya akan memberi implikasi kepada syarikat tuntutan insurans.

"Kerajaan tidak mahu isytihar darurat baru-baru ini kerana kerajaan mahu ini (pasca banjir) sebagai tanggungjawab bersama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

"Kerajaan tidak mahu diletakkan dalam situasi bahawa ini tanggungjawab penuh kerajaan Pusat semata-mata" katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).

Bercakap mengenai usaha kerajaan Pusat dalam pasca banjir, Najib berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta untuk membaik pulih negeri terlibat banjir dan menghadapi banjir pada masa akan datang.

"Ini termasuk caruman tambahan seperti baik pulih pusat pemindahan mangsa banjir. Jika pusat pemindahan tersebut sebuah sekolah, kita akan bina asrama dan bilik air tambahan untuk keselesaan mangsa banjir.

"Kita juga akan buat perancangan pemindahan pencawang elektrik ke kawasan yang lebih tinggi demi keselamatan dan kemudahan orang ramai, serta tempat pendaratan helikopter," katanya lagi.

Wednesday, 18 March 2015

UMNO Takkan Berjaya Jika Ahli Berpecah-Belah - Najib



UMNO tidak akan berjaya pada pilihan raya umum akan datang sekiranya ahli parti itu bersengketa dan berpecah-belah, kata Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Perdana Menteri, berkata untuk itu, ahli UMNO seharusnya mengamalkan solidariti, kesepakatan dan bekerja sama sesama mereka.

Beliau turut mengingatkan ahli UMNO supaya mengurangkan permasalahan dalaman dan cantas-mencantas antara satu sama lain selain mengelakkan daripada mewujudkan dua pasukan dalam bahagian parti itu.

"Sentiasa pastikan kita tidak lupa tugas utama kita, iaitu pastikan UMNO terus berkuasa memimpin dan memperjuangkan hak rakyat yang sentiasa dekat di hati," katanya dalam tulisan menerusi blognya, NajibRazak.com, hari ini.

Najib turut melahirkan rasa syukur dengan semangat baharu dalam kalangan anggota UMNO Kedah yang hadir pada Konvensyen UMNO Kedah 2015 bertemakan 'UMNO Tonggak Transformasi' semalam.

"Alhamdulillah saya lihat sebuah semangat baharu dalam kalangan ahli UMNO Kedah yang hadir, dan mudah-mudahan pada konvensyen akan datang kita akan lihat semangat ini kekal subur dan dijadikan suatu punca inspirasi untuk kita terus berjuang," katanya.

Najib berkata, ahli UMNO negeri itu perlu menjadikan faktor kejayaan merampas Kedah daripada pembangkang sebagai iktibar dalam perjuangan.

"Tahniah kepada jentera UMNO Kedah kerana Alhamdulillah kita bertemu di Konvensyen UMNO Kedah pagi semalam dalam keadaan kita sebagai parti pemerintah negeri Kedah.

"Kita perlu mengambil kegagalan Kerajaan Kedah sebelum ini dan apa yang menjadi faktor kejayaan kita memenangi Kedah sebagai iktibar untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang," katanya.

Najib berkata, antara faktor penyumbang kemenangan itu adalah permuafakatan dan semangat sepasukan.

Tuesday, 17 March 2015

Kes Saman PM Terhadap Malaysiakini Didengar 6 Mei ini




Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Mei untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh untuk membuang beberapa perenggan daripada kenyataan tuntutan balas dan bela diri Malaysiakini serta dua yang lain berhubung satu saman fitnah.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, mewakili Najib dan Ab Rauf, memberitahu pemberita Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norfauzani Mohd Nordin menetapkan tarikh itu apabila perkara berkenaan dibawa kepada beliau untuk pengurusan kes.
  
Nor Hazira berkata, permohonan yang difailkan pada 28 Januari itu, antara lain, dibuat dengan alasan tuntutan balas dan bela diri itu bersifat remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.
  
Najib dan Ab Rauf memohon membuang lebih 50 perenggan daripada kenyataan tuntutan balas dan bela diri itu.
  
Perdana menteri memfailkan saman itu pada 30 Mei tahun lepas atas kedudukan peribadi beliau, manakala Ab Rauf, bagi pihak Umno, terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, ketua pengarang Malaysiakini.com Steven Gan dan ketua ketua editor Fathi Aris Omar.
  
Mereka mendakwa defendan telah melaporkan, menerbitkan dan membenarkan tersiarnya pada 14 Mei dua artikel berkenaan dalam ruangan 'Yoursay' www.malaysiakini.com.
  
Najib dan Ab Rauf berkata, defendan secara sengaja membenarkan penyiaran artikel itu, walaupun mengetahui ia mengandungi tuduhan tidak berasas dan tidak benar.

Mereka mendakwa perkataan berbaur fitnah, yang terkandung dalam artikel itu, mencemar nama baik Najib sebagai ahli politik, presiden Umno dan perdana menteri.

Kedua-dua plaintif berkata komen yang disiarkan membayangkan secara sarkastik bahawa Umno tidak mempunyai kecekapan sebagai sebuah badan politik dan tulang belakang Barisan Nasional (BN).
  
Mereka mendakwa, akibat tersiarnya artikel itu, nama baik mereka tercemar teruk apabila Umno dikutuk, terutama dalam media sosial dan media massa.
  
Mereka menuntut ganti rugi teruk, melampau, am dan khas, faedah serta satu perintah bagi menghalang defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan.

Plaintif juga memohon agar defendan membuat permohonan maaf secara bertulis melalui akhbar, dan kos.

Monday, 16 March 2015

Nurul Izzah Ditahan Reman di bawah Akta Hasutan



Naib Presiden PKR,  Nurul Izzah Anwar telah ditahan reman di bawah Akta Hasutan berhubung ucapan ‘Ketua Pembangkang’ yang dibuat pada Selasa lalu.

Perkara itu disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil sebentar tadi.

“Dia telah ditahan dan akan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nurul Izzah hari ini hadir bersama aktivis, Safwan Anang ke IPD tersebut untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan baru-baru in.

Sebelum itu, beliau memaklumkan, telah diberikan notis oleh pihak polis berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Hasutan 1948.

“Yang mengejutkan adalah kehadiran ASP Muniandy berserta dua kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediamaan ayahanda di Bukit Segambut.

“Siasatan untuk kes hasutan juga untuk hari hari ini,” katanya.

Nurul Izzah dalam sesi bahas di Parlimen yang yang memetik ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikatakan mempertikai sistem kehakiman negara.

Setakat ini, enam orang telah ditahan berhubung kes berkenaan iaitu aktivis Adam Adli, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Sunday, 15 March 2015

Pertandingan Joran Bagan Datoh Harap Jadi Daya Penarik:- Dr Nik Mohammad Azli Nik Ariffin



Menerusi penganjuran Pertandingan Memancing DR Joran 2015, ia diharap dapat menjadi salah satu daya penarik untuk orang ramai dari luar Bagan Datoh untuk menyertainya.
Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Dr Nik Mohammad Azli Nik Ariffin berkata penganjuran program berkenaan juga adalah selaras dengan hasrat untuk memperkenalkan pantai di Bagan Datoh sebagai salah satu tempat pilihan untuk kaki pancing.
“Insyallah satu hari nanti akan diminati oleh warga luar dari Bagan Datoh untuk datang ke sini memancing,” demikian yang diharapkan.
Dr Nik Mohammad Azli yang turun bersama-sama memeriahkan pertandingan berkenaan yang berlangsung semalam, memberitahu bahawa dari segi jumlah penyertaan yang diterima adalah amat positif dan menggalakkan.
“Alhamdulillah sasaran hari ini mencapai target iaitu 600 orang. Seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi (ahli parlimen Bagan Datoh), ingin melaksanakan program ini pada tahun hadapan. Insyallah,” ulas beliau mengenai program tersebut kepada media.
Sementara itu, menjawab perkembangan lain, Dr Nik Mohammad Azli menyatakan pandangan beliau mengenai penganjuran Majlis Konvensyen UMNO Perak yang diadakan baru-baru ini.
Katanya inisiatif itu bukan sahaja dapat mengumpulkan semua pemimpin UMNO daripada pelbagai sayap tetapi ianya perlu untuk memastikan maklumat didengari sehingga ke peringkat akar umbi.
“Ini antara satu konvensyen UMNO negeri yang amat baik untuk Pemuda terutamanya; ia supaya maklumat sampai ke peringkat akar umbi,” katanya.


Saturday, 14 March 2015

Pertandingan Memancing DR.Joran 2015









Alhamdulillah syukur kepada allah swt kerana memberikan kelancaran program pertandingan memancing di persisiran pantai kampung pasang api sebentar tadi amin.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini.

Friday, 13 March 2015

Hak Untuk Tidak Berdemo



BLOG BANGKIT! - Nampaknya setelah sekian lama aman dan tenang, Kuala Lumpur akan bergolak lagi dengan laungan suara ‘keadilan’ dan dentuman kaki-kaki yang akan bergerak ke sebuah pasaraya yang menjadi tumpuan warga Kuala Lumpur, terutamanya orang Melayu, untuk bersenggang sambil membeli-belah setelah penat lelah bekerja sepanjang minggu.

Pasaraya yang sering menjadi tumpuan warga marhaen untuk berehat-rehat itu sambil menikmati muzik jalanan daripada ‘buskers’ tempatan akan diserbu mereka-mereka yang dikhabarkan bakal mendapat elaun harian sebanyak RM150 seorang untuk ‘menghuru-harakan’ hujung minggu warga Kuala Lumpur yang lain.

Kumpulan yang akan memakai baju serba hitam itu katanya mahu menzahirkan rasa ketidak-puasaan hati mereka apabila pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ mereka dipenjarakan atas kesalahan meliwat seorang anak muda, ‘si pembacuh kopi’ yang sering dibawa majikannya ke luar negara dengan elaun lumayan seorang eksekutif kanan.

Golongan semi anarkis ini sememangnya tidak menghiraukan kesusahan yang bakal mereka hadiahkan kepada warga Kuala Lumpur yang lain, yang mahu berehat bersama keluarga setelah penat bekerja atau mereka-mereka yang mahu bekerja di pasar raya tersebut yang sememangnya tidak mahu terlibat langsung dengan siri demonstrasi #Kitalawan yang mereka perjuangkan.

Pernahkah mereka ini yang didukung sebuah parti politik pseudo sosialis (tidak ada apa yang sosialis tentang pemimpin-pemimpin atasan parti ini, kecuali beberapa siri hemburan retorik marhaen kosong yang sering dipopularkan pemimpin numero uno mereka!) mahu berfikir sejenak tentang hak warga Kuala Lumpur untuk tidak berdemo?

Hak untuk warga Kuala Lumpur keluar bersenggang bersama keluarga mereka dalam keadaan selamat dan aman? Hak untuk seorang kawan bertemu seorang kawan yang lain pada masa yang dijanjikan? Hak untuk seorang pekerja pergi dan balik kerja dengan selamat tanpa sebarang kelewatan? Hak untuk warga OKU bergerak dengan selamat tanpa sebarang gangguan? Hak untuk seorang ibu tidak risaukan akan anak perempuannya yang belum pulang kerana terdapat rusuhan? Hak untuk peniaga-peniaga kecil mencari sedikit rezeki semasa cuti hujung minggu?

Sememangnya sudah terang lagi bersuluh, gerakan yang didukung sebuah parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua itu hanya sekadar retorik kosong, kerana acap kali telah dibuktikan oleh masa, sama seperti sebab musabab parti tersebut ditubuhkan dulu, mereka nampaknya sekali lagi hanya akan memperjuangkan nasib seorang pesalah laku undang-undang negara.


‘Kesian’ dengan mereka. Kesian juga dengan kita!