PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 22 August 2014

Perak Lakukan Persiapan Sambut Jenazah Mangsa MH17:- DSD Dr Zambry Abd Kadir



Kerajaan Perak sedang membuat persiapan bagi menyambut kepulangan jenazah mangsa pesawat MH17 menjelang tengah hari esok.
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata upacara sambutan kesemua jenazah ke negeri itu akan turut dihadiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
“Kita telahpun mendapat maklumat terkini daripada pihak kerajaan berkaitan persiapan terakhir untuk membawa pulang mangsa-mangsa pesawat MH17.
“Dan kita sedang membuat persiapan bagi menyambut jenazah dimana Sultan Perak juga dijangka akan hadir ke lapangan terbang.
“Kita menjangkakan ketibaan mereka pada tengah hari tapi ia belum dipastikan lagi,” katanya pada sidang media di Ipoh.
Menurut Zambry, sebelum ini kerajaan Perak dimaklumkan seramai 4 jenazah akan dibawa pulang ke negeri itu.
Bagaimanapun jelas beliau, maklumat terkini menyatakan seramai 7 jenazah akan dijangka tiba ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.
“Setakat ini yang kita dimaklumkan oleh pihak kerajaan pusat ialah seramai 7 orang setakat ini.
“Kita di peringkat negeri perak telah diumumkan oleh kerajaan pusat untuk bertafakur di seluruh negeri dan bagi acara sambutan,” katanya lagi.

PR Sedang Perangkap Sultan Selangor?



BLOG SEKADAR PANDANGAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengidamkan DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, di lantik terus sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

PKR dan PR mahu mengelakkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan kerana perancangan boleh berubah.  

PKR sudah melengkapkan dokumen Surat Akuan Bersumpah Sokongan daripada 43 ADUN PKR, DAP dan PAS. Tan Sri Khalid kini keseorangan bersama 12 ADUN daripada BN. Dokumen ini akan di persembahkan ke Bawah Duli Tuanku apabila Tuanku berangkat pulang pada 23 Ogos 2014 nanti.

Jesteru itu, andaikata Sultan Selangor menerima nasihat Tan Sri Khalid untuk membubarkan Dewan, Tuanku kena memberikan alasan yang bernas dan `legal' untuk di adakan pembubaran dan piliharaya negeri. Kita tidak mahu sesuatu keputusan akan di `contest' di Mahkamah kelak.

Selain daripada itu, gerakan menekan Sultan Selangor secara sulit sedang dijalankan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai pertukaran MB PAS Perak, DS Nizar Jamaluddin kepada MB BN, DS Zambery Kadir, di mana Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak perlu di adakan kerana DS Zambery sedang mendapat majoriti Dewan.

Prinsip yang sama sedang di cadangkan di gunapakai di Selangor.

PKR dan PR juga sedang bermain dengan Sultan Selangor agar menerima DS DrWan Azizah sebagai MB yang baru kerana hanya seorang penama sahaja yang di usulkan atau dipersembahkan kepada Tuanku Sultan.

PKR dan PR cuba melakar sejarah sebagai negeri yang pertama di Malaysia mendapat MB seorang wanita.

Di samping itu, Anwar Ibrahim ingin mengukuhkan kedudukan beliau dan PKR serta PR menuju Putrajaya.

Inilah `perangkap samar' yang sedang di pasang oleh PKR dan PR supaya ia menjadikan Sultan Selangor berhati hati membuat keputusan dan keputusan itu mengikut rencana PKR dan PR.

Andaikata Sultan Selangor mengambil jalan yang berbeza, `bom perangkap samar' akan meletup. Hanya jalan yang `bersih' akan menyelamatkan Baginda Sultan.

Thursday, 21 August 2014

Majlis Terbuka di klinik kesihatan sungai sumun hutan melintang









Hari ini KP serta barisan exco pemuda telah hadir ke Program Majlis Terbuka Hari Raya di Klinik Kesihatan Sungai Sumun Hutan Melintang.Terima Kasih Kepada Mereka Yang Telah Sudi menjemput kami datang.....

Khalid Samad : 'Sultan Tidak Patut Diberi Hak Mutlak Lantik MB'



KUALA LUMPUR  - Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sekali lagi mengkritik peranan Institusi Raja apabila mendakwa Sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Beliau berkata, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita tidak sepatutnya memberikan kuasa mutlak kepada Sultan untuk menentukan menteri besar, kerana ini sistem raja berperlembagaan," katanya ketika ditanya mengapa PR tidak menyerahkan dua nama calon menteri besar kepada sultan.

"Pengguna Internet, ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kata seperti ini," dakwanya memetik laporan The Malaysian Insider hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjelaskan, meskipun mereka menghantar lebih daripada satu nama kepada sultan, pemerintah itu tetap hanya akan memilih satu nama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) memutuskan menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sedangkan sebelum itu PAS mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Parti gabungan DAP, PKR dan PAS itu kemudiannya sepakat mencalonkan Dr Wan Azizah selepas Azmin memutuskan menarik diri demi memberi keutamaan kepada keputusan parti.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa Sultan Selangor masih memperkenan beliau memegang jawatan yang disandang beliau selama dua penggal itu.

Wednesday, 20 August 2014

Suhu Politik Era Mahathir Berbeza Dengan Najib



KUALA LUMPUR  - Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad perlu sedar 'suhu' politik pada era pemerintahannya amat berbeza dengan corak arena politik di zaman pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, Najib kini berhadapan dengan arus permodenan teknologi dimana pihak pembangkang boleh memanipulasi maklumat dengan mudah dan pantas.

"Suhu politik tidak sama ketika Mohd Najib mengambil alih baton transisi penukaran kepimpinan di mana ketika itu beliau berhadapan dengan keadaan politik tidak menentu, peraduan antara etnik yang rapuh dan kegawatan ekonomi," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, Najib bertindak cemerlang dengan mengemukakan pelbagai pelan dan tindakan efektif termasuk memperkenalkan Konsep 1Malaysia bagi menyegarkan keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia.

"Semua dasar dan program yang diperkenalkan oleh Mohd Najib memeberikan manfaat demi kesejahteraan rakyat di negara ini.

"Kerana itu Mohd Najib sebagai 'Bapa Transformasi Negara' perlu disokong untuk terus memegang amanah mengemudi negara ke alam yang jauh lebih baik dari keadaan hari ini,", katanya.

Pandangan sama turut dikongsi, Ketua Pergerakan UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii menyeru rakyat menilai kewibawaan Perdana Menteri menaikkan martabat negara di mata dunia.

"Kesilapan lalu bukan terjadi dengan sendirinya tetapi akibat daripada kerja-kerja tidak bertanggungjawab orang kita sendiri yang lupa akan kepentingan rakyat.

"Walaupun ianya tampak sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil jika ditangani secara perlahan-lahan akan membuahkan hasil yang baik," ujarnya.

Tambahnya, kejayaan negara dapat dilihat saban tahun dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan mengimbangi pembangunan dalam dan luar bandar.

"Sekiranya mahu diceritakan di sini, terlalu banyak perkara sudah diperbaiki oleh YAB Presiden UMNO (Najib).

"Ada di antara racangan kerajaan hari ini  pasti tidak menampakkan hasil dalam tempoh terdekat tetapi mungkin mengambil tempoh jangka masa 10 tahun akan datang," jelasnya lagi.

Jemputan Rumah Terbuka KP Bagan datuk



Salam Kepada Semua Saya KP bagan Datuk serta sekeluarga ingin menjemput rakan-rakan,saudara mara,sahabat handai juga kenalan kami untuk hadir ke majlis rumah terbuka aidilfitri pada 23/08/14 (sabtu) bertempat di kediaman ayah dan bonda saya yang beralamat no 71,taman sri ishak,36400 hutan melintang,perak.Majlis akan bermula pada jam 8.30mlm dan mengharapkan agar kehadiran anda dapat memeriahkan lagi suasana pada malam tersebut .......