PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday, 20 July 2014

Pemeriksaan kesihatan di sungai tiang











Hari ini KP serta barisan Exco mengadakan pemeriksaan kesihatan ke rumah Bonda PSU cawangan sungai Tiang Baruh di bagan datuk.Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat dalam program pemeriksaan ini.Insyaallah kami pemuda bagan datuk akan sentiasa membantu dan merawat penduduk yang sakit serta yang memerlukan bantuan untuk mereka yang kurang mampu dan miskin.Hasil semua sumbangan adalah dari Datuk Zahid hamidi terima kasih kepada beliau yang prihatin dengan penduduknya di bagan datuk.

Siasatan Telus Nahas MH17 Akan Dilakukan - Hishammuddin



SEPANG  - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberitahu bahawa pihaknya akan memastikan bahawa siasatan terperinci serta telus dapat dilakukan bagi merungkai tragedi pesawat MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia.
Hishammuddin berkata, beliau telah menghubungi beberapa pihak dari negara lain untuk mengadakan kerjasama bagi memastikan siasatan di kawasan kejadian dapat dijalankan dengan baik serta selamat daripada sebarang ancaman.
"Ia amat jelas apa yang paling penting untuk kami(Kementerian Pertahanan) adalah memastikan semua pasukan yang telah dihantar ke tempat kejadian berada dalam keadaan yang selamat.
"Dan yang kedua kita mahu memastikan siasatan yang dilakukan merupakan siasatan yang sangat telus dan sempurna tentang apa yang telah terjadi.
"Untuk itu kita perlu mendapat kerjasama antarabangsa yang baik dan saya telah bercakap dengan beberapa pihak antaranya pimpinan dari Amerika Syarikat, China dan United Kingdom," katanya di Lobi Hotel Sama-Sama di sini hari ini.
Beliau dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Hishammuddin turut memberitahu, maklumat sebenar mengenai kejadian tersebut termasuk dalang yang didakwa telah menembak jatuh pesawat tersebut belum dapat diketahui.

Isteri Pemimpin DAP Biadap Perlekeh Negara



PULAU PINANG  - "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

Itulah peribahasa yang sesuai dan tepat ditujukan kepada Tan Poh See, isteri kepada bekas 'orang kanan' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Ng Wei Aik.

Dalam keadaan semua rakyat negara ini khususnya ahli keluarga mang­sa nahas pesawat milik Malaysia Airlines (MAS), MH17 yang terhempas di Ukraine terkejut dan bersedih atas insiden berkenaan, Poh See atau Yuki Tan seperti dipetik laman blog http://novandri.blogspot.com dan http://panggungopera.blogspot.com memuat naik status di laman Facebook miliknya yang disifatkan langsung tidak sensitif.

Petikan status Facebook Yuki Tan itu berbunyi: "Malaysia begitu menggerunkan, apakah jenis negara yang tak berguna ini".

Status berkenaan dipercayai dimuat naik Yuki Tan sebaik sahaja menerima perkhabaran berhubung insiden yang menimpa MH17.

Menyedari keceluparan itu, dan selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Yuki Tan kemudiannya memuat naik satu lagi status di laman Facebooknya yang berbunyi:

"Saya ingin meminta maaf di atas kenyataan peribadi saya dalam menggambarkan Malaysia mengikut insiden malang MH17. Bukan niat saya untuk menyakiti hati ramai rakyat Malaysia. Maaf! mari berdoa untuk MH17! (I would like to apologize over my personal statement describing Malaysia following the unfortunate incident of MH17. It is not my intention to hurt the feeling of a lot of Malaysians... Sorry! Let's pray for MH17!)

Bagaimanapun, tindakan memohon maaf Yuki Tan itu dilihat tidak memadai dan pelbagai pihak mendesak pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap wanita berkenaan yang disifatkan langsung tidak patriotik serta biadab.

Ketua Wanita UMNO negeri, Norliza Abdul Rahim berkata, tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada isteri wakil rakyat itu supaya tidak lagi mengulangi perbuatan sama pada masa depan serta lebih sensitif dalam menggunakan laman sosial.

Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia, Yuki Tan tidak sepatutnya bertindak sedemikian yang jelas menjatuhkan nama baik negara di saat semua pihak sedang bersedih atas kejadian tersebut.

"Tiada siapa mahu kejadian buruk seperti itu terjadi dan sebagai rakyat Malaysia dan isteri wakil rakyat, dia sepatutnya lebih sensitif sebelum memuat naik sebarang status di laman sosial.

"Kita kesal dengan apa yang dilakukan oleh Yuki Tan dan mahukan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri atau mana-mana kementerian yang mempunyai bidang kuasa berhubung isu ini segera mengambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Saturday, 19 July 2014

Program tadarus dan khatam Al-quran di sg hj mohd













Program tadarus dan khatam Al- quran semalam di sungai haji mohd yang telah di sempurnakan oleh KP bagan datuk.Syukur dan alhamdulillah seramai 40 lebih anak-anak bawah 12 tahun menyertainya.Tahniah kepada warga masjid yang terlibat dan memberikan sokongan yang sangat baik untuk mengimarahkan masjid di kampung-kampung bersama anak-anak muda di sini.Semoga allah memberkati dan merahmati semuanya.amin yra

Program jom sahur pemuda umno bahagian bersama pemuda-pemuda 4 cawangan di sg tiang baruh Bagan Datuk










Hari ini KP bersama barisan exco pemuda menjayakan program jom sahur bersama pemuda di 4 cawangan sungai Tiang bagan datuk.Terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini bersama...


MH17: Malaysia kecam keras tindakan tembak pesawat awam



SEPANG 18 Julai - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya sebarang tindakan menembak jatuh pesawat awam dan pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia juga merakamkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine malam tadi dipercayai akibat ditembak.
"Kerajaan juga akan berkongsi maklumat siasatan terkini dengan keluarga mereka," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini hari ini yang turut mengorbankan 44 warga negara Malaysia.
Malaysia Airlines menyatakan terdapat 298 orang , termasuk 15 anak kapal berada dalam pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Friday, 18 July 2014

MH17: 295 penumpang, anak kapal terbunuh



KIEV, Ukraine - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas, dipercayai ditembak pelancar peluru berpandu di pekan Shakhtarsk di timur negara ini lewat petang ini.
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko dalam akaun Facebooknya berkata, pesawat MAS itu terbang pada ketinggian 10,000 meter dan dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan daripada pelancar Buk.
Pelancar serupa pernah dilihat oleh wartawan Associated Press dekat bandar Snizhne di timur Ukraine awal hari ini.

Sementara itu, MAS dalam kenyataannya mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
Menurut MAS, pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi esok waktu Malaysia.

MAS dalam Twitternya berkata, syarikat penerbangan itu 'gagal berhubung dengan pesawat MH17' ketika berada di ruang udara Ukraine.

Pesawat itu kali terakhir dikesan berada di ruang udara Ukraine, wilayah yang kini bergolak sejak beberapa bulan lalu akibat campur tangan Rusia dalam konflik politik di negara tersebut.
Malah dalam perkembangan terbaharu hari ini, Rusia didakwa menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Ukraine SU25 di timur negara itu bagaimanapun dinafikan Kementerian Pertahanan Rusia.
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesej Twitternya berkata, beliau terkejut dengan laporan kejadian itu.

"Kita akan menyiasat dengan segera kejadian tersebut," katanya.
Ini adalah kejadian kedua yang menimpa pesawat MAS dalam tempoh 132 hari selepas insiden kehilangan pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Pesawat yang membawa 239 penumpang itu sehingga kini tidak diketahui nasibnya walaupun operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran membabitkan pelbagai negara dan aset canggih dilakukan.