PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday, 20 January 2014

Chong Wei juara kali ke-10

Najib Tun Razak mengalungkan pingat kepada Lee Chong Wei yang menewaskan Tommy Sugiarto dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. - Utusan/Aizzul A.Majid

KUALA LUMPUR - Pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya memenuhi matlamatnya untuk merangkul gelaran Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia buat kali kesepuluh semalam, tetapi kemudian memberi isyarat dia mungkin bersara pada Disember depan.
Skuad negara mengutip dua kemenangan pada hari terakhir Siri Super Premier yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. Satu lagi kejayaan diraih oleh pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Khim Wah, tetapi peminat badminton terpaksa bermuram apabila Chong Wei menyatakan hasratnya untuk bersara ketika sidang akhbar.

Chong Wei tidak mempunyai masalah untuk merangkul kemenangan selepas mudah mengalahkan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-19, 21-9 dalam tempoh 47 minit tetapi kenyataannya ingin bersara lebih mencuri tumpuan.
"Mungkin ini Terbuka Malaysia terakhir yang saya sertai, selepas Sukan Asia 2014 di Incheon (Korea Selatan) Oktober ini, saya tidak tahu akan terus bermain atau tidak. Jika keadaan saya tidak bagus saya akan bersara tahun ini pada Disember," katanya kepada wartawan.

Katanya, dia akan menilai prestasinya di Sukan Asia dan juga Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark dan jika masih bebas daripada kecederaan mungkin dia akan meneruskan karier seperti biasa.
"Saya akan cuba dan fikirkannya semula kerana kita tidak tahu bagaimana prestasi saya selepas itu. Saya juga mempunyai banyak masalah peribadi, saya akan cuba sebaik mungkin tetapi tunggu hingga Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia berakhir.

"Tidak ada tekanan, bagi saya mungkin lebih kepada masalah peribadi, saya akan habiskan dulu aksi di beberapa kejohanan besar tahun ini kerana sebelum ini saya memang tertekan. Sekarang saya sudah mempunyai keluarga. Saya meninggalkan isteri (Datin Wong Mew Choo) dan anak (Kingston Lee) berbulan-bulan untuk menyertai kejohanan," katanya.
"Saya akan cuba untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku kerana tiga tahun dari sekarang adalah tempoh yang lama, biar saya habiskan kejohanan besar yang bakal ditempuhi terlebih dahulu," katanya.

Ditanya mengenai kejuaraan Terbuka Malaysia semalam, Chong Wei berkata, dia berasa agak tertekan sepanjang seminggu kejohanan berlangsung kerana sangat teringin untuk muncul juara buat kali kesepuluh.
"Selepas menang saya berasa teruja. Walaupun pada set pertama Tommy mendahului, tetapi selepas menang set pertama saya sudah fikir akan menang mudah di set kedua. Bukan mudah untuk meraih kejuaraan kesepuluh, tambahan pula tahun ini (Terbuka Malaysia berstatus) Siri Super Premier.
"Isteri dan ibu saya melihat sendiri bagaimana muka saya begitu tertekan untuk muncul juara Terbuka Malaysia, saya sudah cuba yang terbaik dan selepas menjadi juara saya berasa bahu ini sungguh ringan kerana hilang tekanan," katanya.

Chong Wei membawa pulang AS$37,500 (RM123,637) manakala Tommy pula meraih AS$19,000 (RM62,643). Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, pemain China, Li Xuerui muncul juara perseorangan wanita selepas menumbangkan rakan senegara, Wang Shixian 21-16, 21-17 untuk membawa pulang RM123,637. Dalam acara beregu wanita, gandingan Bao Yixin-Tang Jinhua juga dari China mengetepikan pasangan Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi 21-19, 14-21, 21-13 untuk meraih AS$39,500 (RM115,424).
Penguasaan negara Tembok Besar dilengkapkan dengan kemenangan beregu campuran, Xu Chen-Ma Jin yang menumpaskan gandingan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christinna Pedersen 21-11, 17-21, 21-13 untuk meraih hadiah wang tunai RM115,424.

KJ kongsi rahsia tarik pengundi


REMBAU – Sentiasa bergerak mendekati masyarakat dan cepat menyelesaikan masalah dihadapi merupakan cara dilakukan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam menambat hati pengundi, termasuk bukan Melayu pada PRU13 lalu.

Menurut Khairy, tidak ada masalah untuk BN menang di kawasan majoriti Cina sekiranya pemimpin konsisten bersama masyarakat serta selesaikan masalah mereka dengan cepat dan berkesan.

“Kita bukan mahu cakap kita yang terbaik tetapi kita ingin kongsi pengalaman kita sendiri di mana apa yang kita buat di Parlimen Rembau sejak PRU12 lalu, kita sudah bergerak bersama pemimpin masyarakat, parti komponen dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam mendekati masyarakat.

“Malah, kejayaan kita di Dun Chembong iaitu melalui dua peti undi di Ulu Pedas dan Pekan Pedas merupakan satu terjemahan daripada perasaan puas hati rakyat dan pengundi di sini atas cara kita (BN) bersama mereka,” katanya pada Majlis Menyalakan Lampu Tanglung Sempena Menyambut Tahun Baharu Cina di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Pedas, dekat sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr Awaludin Said.

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, sejak Parlimen Rembau menang dengan majoriti selesa dalam PRU13 lalu, beliau sering diminta untuk berkongsi rahsia serta pengalaman dalam menarik undi daripada pengundi bukan Melayu.

Sementara itu, Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata, pada PRU13 lalu, majoriti Cina yang menyokong BN melebihi 40 peratus di Pekan Pedas, sekali gus merupakan peratusan tertinggi undian orang Cina kepada BN di seluruh negara.

Sunday, 19 January 2014

Hormati hak eksklusif umat Islam


ALOR SETAR 19 Jan. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah, kalimah Allah merupakan hak eksklusif umat Islam dan penggunaannya dilarang dalam kalangan penganut agama lain.
Seri Paduka bertitah, ketetapan itu sudah jelas dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 dan perlu dihormati.

"Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlulah dihormati.
"Kekeliruan serta kontroversi boleh dielakkan jika peruntukan undang-undang dan keputusan penghakiman dipatuhi.

"Inilah resmi dan amalan seluruh masyarakat majmuk selama ini yang menjadi penyumbang kestabilan dan keharmonian seluruh rakyat negara ini," titah Seri Paduka.
Titah Seri Paduka itu dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 di Istana Anak Bukit di sini hari ini.
Yang turut berangkat pada istiadat itu ialah Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Panglima Besar, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah; Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Seramai 114 menerima darjah serta bintang kebesaran sempena hari Keputeraan Sultan Kedah dan dalam majlis itu Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat DiHormati (S.P.M.K) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Yang di-Pertuan Agong bertitah, tanpa kestabilan, perancangan pembangunan tidak boleh dijayakan dan tanpa adanya keharmonian hidup pasti negeri Kedah dan negara ini akan huru-hara.

"Dikhuatiri musuh-musuh dalam selimut beroleh peluang untuk melaksanakan agenda mereka, lantaran itu beta suka menyeru agar isu-isu agama, sensitiviti kaum yang berupaya menjadi ancaman wajar dielakkan.
"Asas Perlembagaan wajib dipatuhi selain Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dihormati," titah Seri Paduka.
Seri Paduka juga menasihatkan agar fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman Syiah wajar ditolak demi memelihara kepentingan ummah.
"Ini bagi memastikan permusuhan serta peperangan sesama umat yang menghantui banyak negara misalnya di Iraq dan Syria dapat dielakkan," titah Seri Paduka lagi.

Pemeriksaan kesihatan di kampung kebun Bahru, sungai keli,kampung kota



























Hari ini ketua pemuda serta jkkk, Ketua Pemuda Cawangan, ketua Wanita Cawangan dan AJK Pemuda UMNO yang telah melakukan pemeriksaan kesihatan di kampung kebun bahru,sungai keli dan kampung kota di bahagian bagan datuk.Program ini bermula pada pagi dan berakhir sampai petang.Program kesihatan ini memang di lakukan tiap-tiap hari bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat di kampung yang mempunyai masalah kesihatan.

Alhamdulilah program ini berjalan dengan lancar dan mendapat perhatian kepada semua pihak kerana tugas yang di lakukan oleh ketua pemuda serta barisan umno bagan datuk adalah tugas yang mulia dan menjadi tanggungjawab pemuda untuk membantu mereka yang memerlukan..........

Dan Jutaan terima kasih kepada JKKK, Ketua Cawangan, Ketua Pemuda Cawangan, ketua Wanita Cawangan dan AJK Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh yang telah memberi kerjasama menjayakan program ini..

Gotong royong pembersihan tanah perkuburan oleh jkkk dan pemuda kg tanah lalang





hari ini ketua pemuda dan barisan exco umno bagan datuk telah melakukan gotong-royong di tanah perkuburan oleh jkkk di kampung lalang,terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program gotong royong ini

Saturday, 18 January 2014

UMNO Sasar Empat Juta Ahli Muda Menjelang PRU14

UMNO mensasarkan untuk mendaftarkan sekurang-kurangnya empat juta daripada enam juta di kalangan pengundi muda sebagai ahli parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
 
tarik ahli3Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pada PRU14, dijangka 12.5 juta akan menjadi pemilih di mana enam juta daripadanya adalah golongan muda.
 
Beliau berharap sasaran empat juta itu terdiri di kalangan generasi muda untuk berupaya membantu mengubal dasar-dasar parti yang sedia ada.
 
“Mereka seharusnya lantang bersuara dan bertindak untuk mengatur dan merancang hala tuju parti,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kempen Keahlian Puteri UMNO di Taman Tasek, Taiping hari ini.
 
Hadir sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin, Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan dan Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.
 
Menurut Shafie, Perak dipilih sebagai negeri pertama Karnival Kempen Keahlian Puteri UMNO dan akan disusuli negeri-negeri lain negeri dengan sasaran penambahan 500,000 ahli bagi tempoh tiga tahun akan datang.
 
“Program seperti ini bertujuan menambah seramai mungkin ahli, bukan sahaja   dari segi kuantiti, malah turut mengambil kira kualiti mereka,” katanya.
 
Menurut beliau, setakat ini Puteri UMNO mempunyai 191 Bahagian, 9,998 cawangan dengan 368,481 ahli di seluruh negara.
 
Ditanya mengenai keahlian Puteri UMNO secara automatik dari umur 18 tahun hingga 35 tahun, beliau berkata, perkara tersebut boleh diselaraskan untuk meramaikan lagi ahli dalam setiap sayap parti.
 
Sehubungan dengan itu, beliau mengesa setiap sayap UMNO agar lebih fokus kepada usaha untuk mencari dan mengesan seramai mungkin ahli untuk menambah bilangan ahli mengikut sasaran yang ditetapkan.

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN NEGERI KALI KE -37 GERAKAN 4B MALAYSIA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN











Hari ini KP Bagan datuh dan barisan exco pemuda telah hadir ke mesyuarat agung perwakilan tahunan negeri kali ke-37 Gerakan Belia 4b Malaysia Negeri Perak di dewan  Dewan Serbaguna Greentown Jalan Hospital @ Ashby......,Program ini telah di rasmikan oleh Y.B DATUK SHAHRUL ZAMAN BIN DATUK YAHYA (Pengerusi jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak).