PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 27 December 2013

Himpunan 31 Disember: Pembangkang perlu jelaskan pendirian


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Pakatan pembangkang perlu menyatakan pendirian mengenai Himpunan Guling Kerajaan yang didakwa akan diadakan pada 31 Disember ini sekiranya mereka benar-benar menentang sebarang usaha memperjuangkan nasib kerajaan yang digulingkan di luar negara.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) berkata, penjelasan pakatan pembangkang kepada rakyat mengenai perjuangan mereka yang sering membantah usaha-usaha penggulingan kerajaan di luar negara adalah perlu bagi membuktikan kebenaran.
"Di Parlimen mereka minta isu penggulingan kerajaan Mesir dibahaskan dan sekarang apabila isu itu timbul di negara sendiri, mereka hanya berdiam diri.
"Kita minta mereka menyatakan pendirian apakah mereka merestui perhimpunan ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai rancangan penganjuran Himpunan Guling Kerajaan yang akan diadakan pada 31 Disember ini.
Menurut Reezal Merican, beliau melihat tidak ada mana-mana negara mampu bangkit selepas mengalami proses penggulingan kerajaan sama ada yang pernah berlaku di Mesir atau Libya.
"Oleh itu, apakah penggulingan kerajaan ini merupakan jalan keluar untuk membentuk kerajaan? Mereka seharusnya meletakkan kestabilan sebagai agenda penting untuk kebaikan rakyat bersama," jelasnya.



Wednesday, 25 December 2013

PROGRAM MENGECAT MASJID BERSAMA GERAKAN UMNO BAGAN DATO DAN JKK DI MASJID SG.LANCANG



Hari ini kami telah melancarkan program mengecat masjid bersama gerakan umno bagan dato dan jkk di masjid sungai lancang.Turut hadir ketua pemuda dan naib ketua pemuda bagan dato serta ahli-ahli umno dan orang kampung.

Sumbangan dan bajet untuk mengecat masjid telah di sampaikan oleh dato zahid hamidi dan diwakilkan kepada ketua pemuda untuk membeli cat serta memperbaiki masjid sungai lancang ini.Ini menunjukkan dato zahid amat berat tentang kebajikan keadaan masjid serta surau kerana ianya rumah allah,dan tempat beribadat untuk orang islam.

Oleh itu,penduduk di situ haruslah hargai sumbangan dari pemimpin yang baik untuk rakyat,serta menjaga kebajikan penduduk serta masalah yang di hadapi oleh rakyat bagan dato............

Hidup dato zahid,hidup ketua pemuda jadilah pemimpin yang boleh membimbing kami ke arah kebaikan dan kejayaan untuk masyarakat bagan dato...................

Tiga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bantah Himpunan Haram



Tiga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian iaitu Pasir Salak, Teluk Intan dan Bahagian Bagan Datoh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan hari ini kerana membantah  penganjuran perhimpunan haram untuk mengulingkan kerajaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 31 Disember ini.

Lebih 200 ahli pergerakan Pemuda ketiga-tiga bahagian itu  yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Pasir Salak, Dr. Faizal Datuk Tajudin telah membuat laporan  polis pada jam 4 petang sebelum mengadakan perhimpunan secara aman dipekarangan ibu pejabat polis berkenan sebagai membantah penganjuran perhimpunan  haram itu.

Turut sama membuat laporan polis itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan, Zamanhuri Ya’akob dan Naib Ketua Pemuda Bahagian Bagan Datoh, Aziz Mokhtar.

Perhimpunan secara aman itu turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dalam daerah Hilir Perak termasuk PAKIDA, MAPIN, MAYC, Persatuan Seni Silat Teluk Intan dan Majlis Belia Kampung Gajah.

Ketua Pemuda UMNO Pasir Salak, Dr. Faizal Tajudin semasa bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis mendesak pihak berkuasa berkenaan mengambil langkah pencegahan bagi menghalang perhimpunan haram itu demi keamanan negara.

"Kami dengan rasa penuh tanggungjawab mendesak pihak berwajib mengambil langkah pencegahan segera bagi menghalang perhimpunan  haram itu demi keamanan negara.

"Kerajaan yang sah telah dipilih pada 5 Mei lalu, kita tidak mahu apa yang terjadi di negara-negara Teluk, apa yang terjadi di negara jiran kita iaitu Thailand berlaku di negara kita.’’ Katanya.

Ketua Pemuda UMN O Bahagian  Teluk Intan, Zamanhuri pula meminta pihak penganjur perhimpunan haram itu termasuk pihak pembangkang supaya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat pada pilihan raya umum ke 13 lalu.

"Tolong hormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat pada pilihan raya  lalu, mandat telah diberi dan beri peluang kepada kerajaan untuk mentadbir negara ini, sudah tentu kerajaan mempunyai rancangan tersendiri bagi membantu rakyat,’’ katanya.

Beliau membidas golongan yang masih tidak berpuashati apabila mereka tewas dalam pilihan raya lalu tetapi masih mahu menunjukkan bahawa mereka kononnya lebih layak untuk memimpin negara.

"Sudah tentu ini akan memberi impak buruk kepada negara-negara luar bila mana melihat keputusan pilihan raya  sudah jelas namun ibarat kata pepatah, rumah sudah siap pahat masih berbunyi ,’’ katanya.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh, Aziz Mokhtar pula menganggap tindakan pihak penganjur perhimpunan haram itu sebagai satu tindakan yang sia-sia dan boleh mengancam keselamatan negara.

Beliau turut mendesak pihak berkuasa berkenaan termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah tegas terhadap penganjur dan mereka yang menyertai perhimpunan haram ini yang dianggap sebagai petualang negara.

"Sepatutnya golongan ini  harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan  kerana selama ini mereka menikmati segala kemewahan dan keselesaan hidup berbanding rakyat di negara-negara lain seperti Mesir dan Syria  yang terpaksa hidup dalam suasana tidak aman,’’ katanya.


PEMUDA BAGAN DATO,TELUK INTAN DAN PASIR SALAK BANTAH ISU PERHIMPUNAN HARAM YANG MAHU GULINGKAN KERAJAAN


Hari ini pemuda bagan dato,teluk intan dan pasir salak telah pegi ke Ipd Teluk intan untuk membuat laporan polis berkenaan isu perhimpunan haram yang ingin di lakukan oleh pihak tertentu untuk mengulingkan kerajaan kita.Kami sebagai pemuda menolak sekeras-kerasnya perhimpunan ini kerana ia akan menjatuhkan imej kita,bangsa kita serta agama dan akan berlaku perpecahan di antara kita nanti.

Oleh itu saya harap pihak polis akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya kepada mereka yang berkenaan supaya mereka jangan cabar kerajaan yang sedia ada ini......

Inilah ayat-ayat seorang lelaki bertopeng berkata




kami sebagai pemuda umno bagan dato akan menolak sekeras-kerasnya perhimpunan ini,kami harap orang ramai jangan terpengaruh dengan benda-benda mengarut ini,dan kami berjanji akan mempertahankan bangsa,agama dan keluarga kita semua................
Hidup melayu,hidup melayu kami tak akan benarkan bangsa lain pijak kami..........

Program turun padang bertemu kawan2 pemuda dari cwgn parit 1,2,5 dan 7 di bahagian bagan datuk





Program turun padang bertemu kawan-kawan pemuda dari cawangan parit 1,2,5 dan 7 di bahagian bagan datuk.
Tujuan perjumpaan adalah untuk mengiratkan silaturrahim dan membincangkan masalah-masalah pemuda di cawangan masing2.Selain itu juga,kami membincangkan program2 yang akan dijalankan bagi menarik minat pemuda di bahagian datuk menyertainya..

Pemuda yang hadir pada malam itu amat memberasangkan dan bagus,ini menunjukkan pemuda2 di bahagian datuk sangat aktif dan merupakan pasukan yang baik....

Dengan ada sokongan daripada Datuk zahid,kami disini sebagai pemuda akan melakukan tanggungjawab yang di berikan oleh datuk zahid untuk membantu masyarakat yang memerlukan supaya kebajikan penduduk terjamin......

kami pemuda akan terus berkhidmat untuk masyarakat yang memerlukan.............

Hidup umno,hidup umno bagan dato,hidup pemuda..........terbaik

BN kekal parti paling popular atasi pembangkang




KUALA LUMPUR 24 Dis. - Barisan Nasional (BN) kekal sebagai parti paling popular di negara ini dan dijangka menang jika pilihan raya umum diadakan dalam tempoh enam bulan dari sekarang.
Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (Umcedel) pada 6 hingga 8 Disember lalu terhadap 1,676 responden seluruh Semenanjung menyaksikan BN mendapat sokongan sebanyak 32 peratus berbanding pakatan pembangkang, 29 peratus.

Sebanyak 35 peratus kaum Melayu dan 21 peratus kaum Cina didapati menyokong BN manakala 28 peratus kaum Melayu dan 33 peratus kaum Cina menyokong pakatan pembangkang.
Dalam pada itu, sebanyak enam peratus kaum Melayu dan 10 peratus kaum Cina menyatakan mereka tidak pasti sementara 31 peratus kaum Melayu dan 36 peratus kaum Cina tidak mahu menjawab apabila diajukan perkara tersebut.

Pecahan status mengundi pula menyaksikan 42 peratus daripada pengundi yang telah mengundi lebih dari empat kali pada pilihan raya umum paling ramai menyokong BN dan hanya 26 peratus daripada kumpulan itu mengundi pembangkang.
Kalangan pengundi luar bandar turut menyumbang 37 peratus daripada penyokong BN berbanding pembangkang hanya 29 peratus.

Berhubung kecenderungan responden terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tinjauan menunjukkan Najib jauh lebih popular.

Najib yang juga Pengerusi BN mendapat sokongan 46 peratus berbanding Anwar hanya 32 peratus dengan responden Melayu sebanyak 48 peratus dan Cina 43 peratus.
Pengarah Umcedel, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, perkara tersebut menunjukkan imej Najib dan BN tidak terjejas malah lebih baik berbanding Anwar dan pembangkang pada enam bulan selepas pilihan raya umum lepas.

"Boleh dilihat di sini bahawa orang Melayu masih memegang teguh kepemimpinan BN di negara ini. Mereka terus yakin BN dapat mempertahankan kebajikan kaum dan kesucian agama Islam daripada diganggu-gugat sebarang ancaman.

"Walau bagaimanapun, BN perlu peka mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan peningkatan tarif elektrik kerana ketiga-tiga perkara ini dapat memberi kesan kepada sokongan tersebut," katanya semasa membentangkan tinjauan itu di Universiti Malaya hari ini.

Monday, 23 December 2013

Majlis sumbangan kepada anak2 yatim seluruh parlimen bagan datoh





Di majlis sumbangan kepada anak2 yatim seluruh parlimen bagan datoh yang dirasmikan oleh hj khairudin.
Sumbangan diberikan oleh datuk zahid dan di sampaikan oleh Timbalan ketua bahagian,pemuda-pemuda,wanita serta ahli umno bagan dato kepada anak-anak yatim bagan dato.

Ini menunjukkan datuk zahid hamidi menitikberatkan kebajikan anak yatim di kawasan bagan dato serta kebajikan masyarakat.Walaupun beliau sibuk tapi kebajikan masyarakat di kawasan beliau tetap di utamakan.

Terima kasih juga kepada pasukan umno bagan dato terdiri daripada Timbalan,pemuda,wanita dan putri,tanpa dorang program ini pasti tak menjadi,Dengan adanya pasukan ini semua masalah masyarakat bagan dato pasti dapat di selesaikan.............

Terbaiklah umno bagan dato