PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Friday, 5 June 2015
Al-Fatihah
Al-Fatihah Kepada Adik Shidee Yang Merupakan Ketua Pemuda Cawangan Kunci Air Sungai Lancang Yang Merupakan Pak Cik Sedara Kepada Dr.Nik Telah Kembali Ke Rahmatullah Sebentar Tadi Kerana Mengalami Kemalangan Di Selekoh Rungkup.Sama-samalah kita doakan beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman amin.
Program PeTurBa(Pemuda Turun Bawah)
Alhamdullilah Program PeTurBa(Pemuda Turun Bawah)Berlangsung dengan baik.Dimana Dr Nik Bersama Ketua Pemuda Cawangan-Cawangan beramah mesra serta mengiratkan silaturrahim antara mereka.
Thursday, 4 June 2015
Menghadiri Kenduri Di Kawasan
Alhamdullilah Terima kasih kepada Pengantin serta Tuan Rumah kerana Menjemput Dr.Nik serta kawan-kawan pemuda umno bagan datoh untuk hadir ke Kenduri Anda,Semoga Pasangan Pengantin kekal bahagia selamanya amin..
Menghadiri Kenduri kawin Anaknda Kepada Abang normeDr
Dr.Nik Menghadiri Kenduri kawin Anaknda Kepada Abang norme.Semoga berkekalan Dan bahagia Sehinga ke akhir hayat Amin....
Wednesday, 3 June 2015
Melawat Dan Menziarah Serta Memeriksa Opah kepada Saudara Along
Hari ini Dr.Nik Bersama Exco Pemuda Umno Bgan Datuk Melawat Dan Menziarah Serta Memeriksa Opah kepada Saudara Along.Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan baik serta Terima Kasih kepada semua yang memberi pertolongan sama,semoga Opah sentiasa sihat dan dilindungi Allah Amin.
Tuesday, 2 June 2015
Kisah Bangsa Melayu yang Dimanja
BLOG JIWA PARADOX - Kedengaran dari sebuah negeri di sebelah utara sana berbunyi mendesah-desah bagaikan tidak puas hati apabila RMK ke-11 yang dibentang baru-baru ini di Dewan Rakyat dikatakan tidak menyebut mengenai ‘lapangan terbang idaman’ yang dicanang meluas ke serata pelosok negeri tersebut.
Meskipun dihadiahkan dengan pengumuman projek pembinaan keperluan asas yang lebih penting demi rakyat, suara-suara sumbang dari utara itu meroyan-royan merengek-rengek meminta ‘lapangan terbang istimewa’ itu walaupun negeri itu sudah mempunyai dua lapangan terbang.
Begitulah reaksi anak-anak yang tidak dapat apa yang mereka kehendaki. Merengek mahukan pistol mainan, tapi bila tidak diberikan pistol yang dia mahu dan sebaliknya menghadiahkan buku tulis untuk dia membuat latihan matematik, maka mengamuklah dia. Dasar anak manja!
Mungkin dari kecil dia sudah dimanjakan bapanya. Mahu itu dan ini, semua diberikan. Maklumlah, dia lahir di atas katil empuk dan bukannya di atas jerami padi atau di atas tikar mengkuang. Maka lebih mengada-ngadalah jadinya.
Cuma bila sudah dewasa, dia tidaklah merengek seperti kanak-kanak ‘kanyaq’. Dia hanya mendiamkan diri saja di sebalik tabir sambil memerhatikan soldadu-soldadu buah catur permainannya meroyan-royan di Facebook dan sebagainya, merengek meminta-minta.
Diberi amanah untuk mentadbir sebuah negeri, ramai yang mengharapkan dia mampu menggalas tugas dengan baik. Malah ramai yang mengharapkan yang terbaik darinya, termasuklah menunaikan semua manifesto pilihanraya yang berlangsung genap tiga tahun dulu.
Lain yang diharap, lain yang dia buat. Soldadu-soldadunya ada jugalah merengek tentang sebuah litar lumba yang dijanjikan dulu. Tapi entah kenapa sampai tiga tahun pun litar berkenaan tidak dibina hingga sekarang. Mungkin dia malas mahu mengadap Menteri Belia dan Sukan untuk meminta peruntukan untuk litar berkenaan. Maklumlah, bukankah dia yang dulu lantang hantar surat pada bapa mentua Menteri KBS suruh letak jawatan. Malulah…
Penulis mempunyai beberapa orang rakan yang sememangnya anak jati di negeri utara itu. Khabarnya, dia sering berulang alik dari negeri tersebut ke ibu negara setiap minggu untuk bertemu keluarga. Rupanya, dia tidak angkut anak isterinya tinggal di negeri tersebut. Begitu rupanya…
Kenapa agaknya tidak membawa anak isteri sekali tinggal di negeri tersebut? Sebab tiada butik-butik mewah untuk membeli belah? Tiada international school untuk anak-anaknya bersekolah? Atau malas untuk mendengar leteran isteri yang membingitkan telinga? Padanlah sudah kedengaran ‘soksek-soksek’ kurang enak mengenai keluarganya di sana…
Khabarnya juga, dia dikelilingi oleh panglima-panglima yang kalah perang dan orang luar. Panglima paling kanannya tiada kekuatan politik di peringkat bahagian sekalipun. Malah hulubalang-hulubalangnya entah apa jasa mereka ketika cuba merampas negeri itu dari menteri PASola.
Malah kini, dikatakan ramai yang teringatkan pemimpin sebenar yang benar-benar mengepalai pasukan perang, yang disepak terajang selama lima tahun, berhempas pulas mengatur pasukan perang, yang ketandusan dana, dan akhirnya berjaya merampas Kedah pada tiga tahun dulu.
Mereka kata, dia hanya pula untuk mengambil kredit di saat akhir dengan mengadakan perhimpunan baju merah di sebuah empangan. Kononnya, dengan peristiwa itu dan nama yang dia bawalah maka tiba-tiba dia dianggap punca utama menteri kerajaan PASola berjaya dijatuhkan. Benarkah begitu?
Marah dengan tulisan ini? Jika marah, sila marah dulu pada ayahanda yang terlebih dahulu mengada-adakan cerita persepsi tidak benar tentang pemimpin negara. Sila marah dulu pada ayahanda yang bertindak luar matang apabila bercerita mengenai isteri dan keluarga pemimpin negara.
Sila tegur dulu yang di depan mata sebelum berbunyi dengan lebih lanjut. Sila tegur dulu pihak yang tunjuk ego tidak bertempat menghentam membuta tuli. Sila tegur dulu pihak yang meminta-minta itu dan ini, dan kemudian mengisytiharkan ‘perang’ apabila pemimpin negara enggan menjadi bonekanya.
Dewasalah sedikit memandangkan usia yang lebih separuh abad. Sampai bila mahu bertongkatkan ayahanda tercinta? Buanglah sifat anak manja yang ada kerana ramai yang mahu melihat ketokohan dan kehebatan sebenar yang digembar-gemburkan sebelum ini. Sampai bila?
Monday, 1 June 2015
Bersihkan PAS dari Ultra Kiasu
BLOG RIDHUAN TEE - Pas mendesak ketua ultra kiasu memohon maaf di atas kenyataan celuparnya, mengkritik hudud ketika berceramah di pentas Pas Kota Bharu. Peliknya, kenyataan tersebut dikeluarkan dalam majlis Pas sendiri. Apa motif Ketua Pas Kota Bharu menjemput ketua ultra kiasu itu sedangkan Pas sudah tahu pendiriannya terhadap hudud? Tidak mungkin Pas buta? Seluruh dunia tahu pemimpin ultra kiasu dan majoriti pengikutnya adalah penentang tegar hudud?
Lebih pelik lagi, kenyataan ketua ultra kiasu turut dipertahankan oleh pemimpin ultra kiasu dalam Pas sendiri atas alasan ketua ultra kiasu tersebut tidak faham Islam. Sekian lama berkawan, apakah ultra kiasu masih tidak faham lagi tentang hudud yang diperjuang Pas? Apa yang ultra kiasu Pas lakukan selama ini? Sibuk berpolitik hingga lupa berdakwah?
Ultra kiasu sangat faham. Tetapi sengaja buat tidak faham. Sudah menjadi dasar mereka menentang apa juga program berkaitan Islam. Pendek kata, mereka adalah musuh Islam dan tidak mahu ikhtiraf keistimewaan Islam dalam perlembagaan.
Ultra kiasu turut memberi alasan, lawatan mereka ke Jordan dan Mesir membuktikan negara yang seratus peratus Islam pun tidak melaksanakan hudud, kenapa Pas mahu melaksanakannya dalam negara berbilang kaum?. Kenapa tidak melawat Brunei yang dihuni lebih 20 peratus orang Cina?
Lawatan mereka ke Timur Tengah, bukan semata untuk menghasut dan mempengaruhi pelajar-pelajar kita di sana, tetapi mencari hujah untuk memperlekehkan perjuangan Pas. Apakah ini sifat seorang rakan sepakatan?
Pemimpin ultra kiasu Pas yang menyokong ketua ultra kiasu itu ada agenda lain. Mereka mahu dilantik menjadi menteri apabila ultra kiasu berjaya merampaskan Putrajaya suatu masa nanti.
Justeru, saya harap pimpinan tertinggi Pas dapat membersihkan ultra kiasu Pas yang semakin menjadi barah dalam Pas. Pas mesti buang ultra kiasu Pas ini. Pastikan mereka akan kalah dalam pemilihan Pas akan datang. Jika tidak, Pas tidak akan dihormati lagi.
Islam bukan lagi menjadi keutamaan kepada pemimpin ultra kiasu Pas. Selain agenda peribadi, matlamat mereka adalah untuk membalas dendam terhadap Umno. Sebab itu, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan ultra kiasu akan kekal dalam PR dan menang dalam PRK dan PRU, meskipun terpaksa menggadaikan prinsip, termasuk berbaik dengan penentang tegar Islam.
Tuan Guru Haji Hadi, janganlah berharap akan dilantik menjadi menteri kanan, kalau ditakdirkan ultra kiasu berjaya merampas Putrajaya. Mungkin sekadar menteri hal ehwal Islam sahaja.
Ultra kiasu tidak pernah percaya kepada Pas. Mereka berbaik dengan Pas semata-mata untuk kuasa dan undi. Ditakdirkan, tidak ada PKR, saya yakin sudah lama Pas ditendang keluar dari PR.
Justeru, sebelum Pas tersingkir, lebih baik Pas singkirkan dahulu ultra kiasu Pas yang menjadi duri dalam daging. Selama ini, tanpa sokongan ultra kiasu, Pas masih boleh bertahan. Paling tidak di Kelantan. Apakah Pas sanggup berkawan dengan musuh yang jelas musuh?. Tetapi tidak langsung menghulur tali untuk bersama saudara sendiri, seperti Umno?
Saya harap pemimpin dapat merenung sejenak artikel saya ini. Amaran demi amaran telah dikeluarkan oleh ultra kiasu agar Pas keluar dari PR jika masih mahu perjuangkan hudud. Sebelum ultra kiasu berbuat demikian, saya sarankan ultra kiasu tanya dulu kepada PKR, apakah PKR rela melepaskan Pas dari PR.
Saya amat yakin mati hidup balik pun, PKR tidak akan sanggup melepaskan Pas, walaupun apa cara sekalipun. Ini kerana, PKR sedar, tanpa sokongan Pas, mereka akan putih mata untuk memerintah Selangor. Sebab itu, setiap kali, ultra kiasu mahu Pas disingkirkan, PKR terus merayu agar krisis dalaman ini diselesaikan secara baik.
Terbaharu, salah seorang Exco ultra kiasu Selangor menyarankan agar Pas tidak menganjurkan sebarang program di Selangor kerana negeri itu yang tidak melaksanakan hudud. “Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?
Ini tamparan yang amat hebat, bukan sahaja kepada Pas, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang bukan ultra kiasu. Apakah ultra kiasu menganggap negeri Selangor negeri bapaknya?
Saya juga tinggal di Selangor, ingin memberitahu ultra kiasu, bahawa walak kami bukan kepada kerajaan Selangor, tetapi kepada Sultan Selangor. Kami tinggal di Selangor, sebab kami masih ada Sultan.
Yang sepatutnya tidak datang ke Selangor, adalah ultra kiasu, kerana Sultan adalah ketua agama Islam dan sentiasa mendaulatkan Islam yang selalu dikotori ultra kiasu.
Kepada pemimpin ultra kiasu dalam Pas, ingatlah pesan Haron Din, Mursyidul Am Pas, musuh Islam sentiasa akan mencari ruang untuk menyebut perkara negatif tentang Islam. Kalau kita ingin lihat Islam dihormati maka kita yang memberikan penjelasan, tidak boleh membiarkan musuh Islam campur tangan dalam perkara besar.
*Penulis merupakan Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA

* Ini adalah pendapat peribadi penulis blog 'Ridhuan Tee' dan tidak semestinya mewakili pandangan Rakyat News.
Subscribe to:
Posts (Atom)