PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday, 2 June 2015

Kisah Bangsa Melayu yang Dimanja



BLOG JIWA PARADOX - Kedengaran dari sebuah negeri di sebelah utara sana berbunyi mendesah-desah bagaikan tidak puas hati apabila RMK ke-11 yang dibentang baru-baru ini di Dewan Rakyat dikatakan tidak menyebut mengenai ‘lapangan terbang idaman’ yang dicanang meluas ke serata pelosok negeri tersebut.

Meskipun dihadiahkan dengan pengumuman projek pembinaan keperluan asas yang lebih penting demi rakyat, suara-suara sumbang dari utara itu meroyan-royan merengek-rengek meminta ‘lapangan terbang istimewa’ itu walaupun negeri itu sudah mempunyai dua lapangan terbang.

Begitulah reaksi anak-anak yang tidak dapat apa yang mereka kehendaki. Merengek mahukan pistol mainan, tapi bila tidak diberikan pistol yang dia mahu dan sebaliknya menghadiahkan buku tulis untuk dia membuat latihan matematik, maka mengamuklah dia. Dasar anak manja!


Mungkin dari kecil dia sudah dimanjakan bapanya. Mahu itu dan ini, semua diberikan. Maklumlah, dia lahir di atas katil empuk dan bukannya di atas jerami padi atau di atas tikar mengkuang. Maka lebih mengada-ngadalah jadinya.

Cuma bila sudah dewasa, dia tidaklah merengek seperti kanak-kanak ‘kanyaq’. Dia hanya mendiamkan diri saja di sebalik tabir sambil memerhatikan soldadu-soldadu buah catur permainannya meroyan-royan di Facebook dan sebagainya, merengek meminta-minta.

Diberi amanah untuk mentadbir sebuah negeri, ramai yang mengharapkan dia mampu menggalas tugas dengan baik. Malah ramai yang mengharapkan yang terbaik darinya, termasuklah menunaikan semua manifesto pilihanraya yang berlangsung genap tiga tahun dulu.

Lain yang diharap, lain yang dia buat. Soldadu-soldadunya ada jugalah merengek tentang sebuah litar lumba yang dijanjikan dulu. Tapi entah kenapa sampai tiga tahun pun litar berkenaan tidak dibina hingga sekarang. Mungkin dia malas mahu mengadap Menteri Belia dan Sukan untuk meminta peruntukan untuk litar berkenaan. Maklumlah, bukankah dia yang dulu lantang hantar surat pada bapa mentua Menteri KBS suruh letak jawatan. Malulah…

Penulis mempunyai beberapa orang rakan yang sememangnya anak jati di negeri utara itu. Khabarnya, dia sering berulang alik dari negeri tersebut ke ibu negara setiap minggu untuk bertemu keluarga. Rupanya, dia tidak angkut anak isterinya tinggal di negeri tersebut. Begitu rupanya…

Kenapa agaknya tidak membawa anak isteri sekali tinggal di negeri tersebut? Sebab tiada butik-butik mewah untuk membeli belah? Tiada international school untuk anak-anaknya bersekolah? Atau malas untuk mendengar leteran isteri yang membingitkan telinga? Padanlah sudah kedengaran ‘soksek-soksek’ kurang enak mengenai keluarganya di sana…

Khabarnya juga, dia dikelilingi oleh panglima-panglima yang kalah perang dan orang luar. Panglima paling kanannya tiada kekuatan politik di peringkat bahagian sekalipun. Malah hulubalang-hulubalangnya entah apa jasa mereka ketika cuba merampas negeri itu dari menteri PASola.

Malah kini, dikatakan ramai yang teringatkan pemimpin sebenar yang benar-benar mengepalai pasukan perang, yang disepak terajang selama lima tahun, berhempas pulas mengatur pasukan perang, yang ketandusan dana, dan akhirnya berjaya merampas Kedah pada tiga tahun dulu.

Mereka kata, dia hanya pula untuk mengambil kredit di saat akhir dengan mengadakan perhimpunan baju merah di sebuah empangan. Kononnya, dengan peristiwa itu dan nama yang dia bawalah maka tiba-tiba dia dianggap punca utama menteri kerajaan PASola berjaya dijatuhkan. Benarkah begitu?

Marah dengan tulisan ini? Jika marah, sila marah dulu pada ayahanda yang terlebih dahulu mengada-adakan cerita persepsi tidak benar tentang pemimpin negara. Sila marah dulu pada ayahanda yang bertindak luar matang apabila bercerita mengenai isteri dan keluarga pemimpin negara.

Sila tegur dulu yang di depan mata sebelum berbunyi dengan lebih lanjut. Sila tegur dulu pihak yang tunjuk ego tidak bertempat menghentam membuta tuli. Sila tegur dulu pihak yang meminta-minta itu dan ini, dan kemudian mengisytiharkan ‘perang’ apabila pemimpin negara enggan menjadi bonekanya.

Dewasalah sedikit memandangkan usia yang lebih separuh abad. Sampai bila mahu bertongkatkan ayahanda tercinta? Buanglah sifat anak manja yang ada kerana ramai yang mahu melihat ketokohan dan kehebatan sebenar yang digembar-gemburkan sebelum ini. Sampai bila?

No comments:

Post a Comment