PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday, 6 May 2015

Sultan Nazrin Mahu Ikut Resmi Padi



Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada Sabtu bertitah akan mengikuti resmi padi iaitu semakin berisi semakin tunduk dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Sultan ke-35 memerintah negeri Perak.
Baginda turut akan sentiasa beringat akan pesanan orang-orang tua - ‘mati semut kerana gula’ dan memohon Tuhan supaya dijauhkan diri baginda daripada terjerumus dalam sifat riak.
Sultan Nazrin bertitah demikian di majlis pelancaran buku “His Royal Highness Sultan Nazrin Shah Reflections and Recollections’ oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sebuah hotel di ibu negara pagi Sabtu.
Turut berangkat ke majlis pelancaran itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan bonda Sultan Nazrin, Tuanku Bainun.
Baginda merakamkan penghargaan kepada penulis-penulis yang banyak melemparkan ungkapan-ungkapan pujian terhadapanya menerusi tulisan mereka namun ianya tidak akan menengelamkannya malah akan dijadikan cermin untuk melihat ketidaksempurnaan yang masih ada.
“Ulasan, pandangan, unjuran dan saranan yang terkandung dalam esei-esei yang dihimpunkan di dalam penerbitan ini, akan jadikan cermin untuk melihat ketidaksempurnaan yang masih ada, baik atas diri peribadi begitu juga kepada institusi agar langkah pembetulan dan tindakan penambahbaikan dapat dirintis,” titahnya.
Baginda mengakui tidak akan dapat melaksanakannya berseorangan kerana sedar akan harapan tinggi yang disuarakan selain amanah amat berat yang perlu digalas.
Dalam memastikan dirinya tidak tersasar, Baginda memohon perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin yang jauh lebih berpengalaman untuk membimbing serta memberi tunjuk ajar sewajarnya.
"Paduka Adinda amat insaf bahawa Paduka Adinda sedang menempuh satu perjalanan yang panjang untuk merentasi laluan yang penuh dugaan - penuh cabaran, sedangkan Paduka Adinda adalah seorang hamba Allah yang serba kekurangan.
Dengan ilmu panjang sejengkal dan pengajian yang belum khatam, Paduka Adinda masih memerlukan didikan serta asuhan. Oleh itu Paduka Adinda mohon mendapat nasihat bimbingan daripada Paduka Kakanda secara berterusan, memandu Paduka Adinda agar langkah tidak tersalah – agar arah tidak tersasar untuk membolehkan Paduka Adinda selamat sampai ke destinasi yang dituju,” titahya.
Di kesempatan itu, Baginda turut merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada bondanya Tuanku Bainun yang menurut baginda merupakan sumber kekuatan dalaman sepanjang hayatnya.
Penerbitan buku tersebut dihasilkan khusus sebagai persembahan kenangan daripada 28 penulis terdiri daripada kenalan peribadi Sultan Nazrin, ahli akademik, para wartawan, penggiat sosial dan mereka yang pernah berurusan dengan baginda, bersempena pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35.
Buku terbitan RNS Publications setebal 265 muka surat ini mengandungi 30 esei. mengandungi artikel dihasilkan penulis dari dalam dan luar negara yang mengenali Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Tuesday, 5 May 2015

1MDB : 'Barulah Pak Cik Faham Kenapa Fakta dan Auta'



BLOG TUN FAISAL - Ada orang kampung di Permatang Pauh tanya saya pasal 1MDB. Dia kata dia tak faham maksud tulisan saya tentang 1MDB dalam posting fb saya sebelum ni. Dia minta saya permudahkan supaya dia boleh faham. Saya bagitahu dia:-

2. Pertama, saya kata, katalah pak cik berhutang beli rumah kedai harga RM 100,000, tiba-tiba orang tanya ke mana hilang duit RM 100,000 yang pak cik hutang tu pak cik pelik tak? Pak cik tu cakap, tentulah pelik sebab hutang RM100,000 tidak hilang sebab pak cik berhutang untuk beli rumah kedai tadi.

3. Kedua, katakan jika pak cik mohon pinjaman untuk beli rumah kedai untuk buat kedai makan. Tentulah dalam permohonan pak cik tu disenaraikan tujuan pinjaman, nilai pasaran rumah kedai tadi, semua perbelanjaan tambahan, unjuran keuntungan dan macam-macam lagi. Tentulah bank yang nak bagi pinjam ini akan semak dan kaji permohonan pak cik terlebih dulu. Bila bank dah puas hati yang pak cik ada boleh bayar pinjaman dan cadangan ini menguntungkan barulah pinjaman diluluskan. Samalah bila pinjam guna bon dan sukuk. Tentulah orang yang nak melabur akan tengok dan kaji semua sudut sebelum melabur. Bank dan pelabur takkan senang-senang bagi duit jika cadangan perniagaan tak bagus dan rumah kedai tu tidak bernilai.

4. Ketiga, bila pak cik buat pinjaman untuk beli rumah kedai sebab nak jadikan restoran, tentulah pinjaman pak cik bukan setakat untuk bayar harga rumah kedai, tetapi termasuk ubah suai, beli kerusi meja, periuk belanga dan pinggan mangkuk, kos operasi harian dan macam-macam lagi. Kalau pak cik buat pinjaman untuk beli rumah kedai, tanah dan kilang untuk perniagaan, tentulah pinjaman tu bukan setakat nak beli bangunan atau tanah, tapi untuk bangunkan perniagaan. Tidakkah pak cik rasa pelik dan agak tidak bijak jika ada pihak yang hanya kira harga bangunan dan aset, tanpa masukkan kos-kos pengembangan perniagaan yang lain dan selepas tu kata kenapa jumlah hutang itu lebih rendah dan tanya pak cik ke mana hilangnya duit baki pinjaman yang lain?

5. Keempat, katalah pak cik ada sebidang tanah di bawah satu syarikat, syarikat A. Tapi pak cik ada masalah nak kembangkan perniagaan guna syarikat A mungkin sebab rekod terdahulu atau sebab syarat-syarat pegangan tanah. Jadi pak cik tubuhkan satu syarikat lain, syarikat B untuk beli tanah tu supaya lebih mudah dapat pinjaman dan ubah syarat pemilikan supaya boleh dibangunkan. Kedua-dua syarikat A dan B, kepunyaan pak cik. Adakah pak cik akan jual dengan harga yang tinggi dari syarikat A kepada syarikat B? Adakah perbezaan harga jualan tu dengan harga pasaran dianggap kerugian pak cik?

6. Kelima, katalah atas tanah tadi tu ada surau dan sekolah pondok. Bila syarikat B ambil alih tanah tu untuk tujuan pembangunan, syaratnya adalah untuk syarikat B cari tanah lain untuk bangunkan semula surau dan sekolah pondok yang baru. Adakah kos pembelian tanah tadi hanya harga tanah atau harga tanah campur kos untuk bangunkan surau dan sekolah pondok tadi?

7. Keenam, kalau pak cik ada syarikat dan pak cik gajikan seorang pengurus untuk jalankan operasi syarikat. Adakah pak cik percaya 100% pengurus tersebut? Pak cik tu jawab, tak lah 100%. Ada juga yang penyamun. Betul lah tu. Dalam syarikat kerajaan, GLC, kementerian dan agensi pun ada penyamun. Jika ada penyamun, adakah pak cik minta surat khabar siasat penyamun ni atau minta polis siasat? Adakah pak cik minta surat khabar siasat akaun pakcik atau akauntan dan auditor siasat? Pak cik tu jawab tentulah bukan surat khabar.

8. Ketujuh, saya tanya pak cik tu, jika pak cik nak kembangkan lagi syarikat dan perniagaan lain, adakah pak cik nak penyiasat siasat atau nak hebahkan kepada akhbar setiap hari yang dalam syarikat pak cik ada penyamun dan duit sentiasa hilang? Pak cik tu jawab, orang tak guna akal je yang buat macam tu sebab akan menakutkan bank dan pelabur.

9. Kelapan, saya maklumkan kepada pak cik tu, daripada RM42 bilion hutang 1MDB, sebahagian besarnya terjamin dalam bentuk bon dan sukuk serta disandar kepada aset. Hanya RM5.8 yang dipinjamkan oleh konsortium 5 institusi kewangan dan dipersoalkan ketelusannya. Jumlah ini yang dikatakan dilabur dalam Petrosaudi dan didakwa digelapkan oleh Jho Low. Saya maklumkan Petrosaudi sudah maklumkan bahawa kesemua pelaburan ini telah dipulangkan bersama keuntungan. RM2 bilion daripada hutang ini juga telah dibayar sepenuhnya dan bakinya telah ditukar kepada hutang berjangka untuk tempoh 10 tahun sehingga tahun 2024. Jika betul ada salah guna pinjaman dan penggelapan wang, siasatlah. Perdana Menteri juga dah minta Ketua Audit dan Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) siasat. Selepas siasatan, jika ada yang didapati bersalah, ambillah tindakan mengikut undang-undang. Tetapi biarlah perbicaraan dan hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, bukan media.

10. Saya tanya pak cik dah faham pasal 1MDB? Pak cik tu kata, baru la saya faham. "Patut lah hang kata ada yang fakta dan ada yang auta. Awat tak dak yang habaq macam ni?"

Nanti pak cik tolong pi habaq kat khairuddin batu kawan tu naa... dia tu penin hat lama tak habih lagi tu :)

BN Menang, Hasan Tewaskan PAS Di #PRKRompin



Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kedudukannya di parlimen Rompin diatas kemenangan calonnya Datuk Hasan Arifin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan ini.

Hasan yang memungut 23,796 undi berbanding lawannya Nazri Ahmad dari PAS dengan kutipan undi sebanyak 14,901

Jumlah majoriti adalah 8,895.

Kemenangan Hasan diraikan bersama Penyelaras BN PRK Rompin Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Timbalan Pengerusi badan perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mohd Shakar Shamsuddin, serta penyokong dan jentera BN.

Sehingga tamat tempoh pengundian jam 5 petang tadi, sejumlah 73% daripada 53,294 pengundi berdaftar keluar mengundi.

Penganjuran PRK Rompin diadakan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis akibat kemalangan helikopter awal tahun lalu.

Jamaluddin mengekalkan kerusinya di Parlimen rompin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan menewaskan calon PAS Nuridah mohd Salleh dengan keputusan 30,040 berbalas 14,926 dengan majoriti 15,114.

Monday, 4 May 2015

Adakah Tsunami Melayu Bakal Berlaku?



BLOG APA YANG TERSIRAT - Tajuk di atas mungkin dianggap karut dan tidak masuk akal bagi penyokong Umno, namun ianya bakal berlaku, sepertimana tsunami cina pada PRU-12 dan PRU-13.

2. Satu pengalaman pahit Umno-BN, pada PRU-12, dengan mengambil mudah perasaan rakyat, hanya kerana menang besar pada PRU-11, di mana UBN bukan sahaja mendapat kuasa 2/3 di dewan rakyat akan tetapi kuasa 3/4. Pada PRU tersebut, hampir sahaja parti-parti pembangkang tidak mendapat kerusi, malah PKR hanya tinggal Parlimen Permatang Pauh, itupun Wan Azizah hanya menang 560 undi.

3.Akibat keputusan yang sungguh hebat itu, Perdana Menteri masa itu Dato Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun), sangat merasa yakin, bahawa beliau mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat, atas sebab itu berani menaikkan harga minyak, yang menyebabkan semua harga barangan naik berlipat ganda, dan tidak pernah turun-turun lagi sehingga kini. Malah dalam satu pejumpaan Umno di PWTC, di mana kebetulan ada demonstrasi Hindraf, PM dengan suara lantang dan mencabar, dengan kenyataan "SAYA PANTANG DICABAR" dan kalau mahu mencabar "GUNAKAN PETI UNDI" bukan demostrasi jalanan.

4. Oleh kerana banyak perancangan sebelum Pak Lah mengambil alih jawatan dibatalkan, makan mantan Perdana Menteri, turun padang membantah dan mengeritik Perdana Menteri. Malah Tun Dr Mahathir dipulau, termasuk kekalahan memalukan pada pertandingan perwakilan di Bahagian Kubang Pasu, di mana Tun Dr Mahathir menjadi Ketua Bahagian bermula tahun 1974.

5. Pak Lah menganggap enteng kritikan Tun Dr Mahathir, sehingga pada PRU-12, Pak Lah tidak mengeluarkan manifesto kepada rakyat. Kita tahu, bahawa keputusan PRU-12 tersebut, UBN kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, julung kalinya pada era Malaysia moden.

6. Akibat kehilangan kuasa itu, desakan agar Pak Lah meletakkan jawatan, dan akhirnya pada 2/4/2009, Pak Lah meletakkan jawatan.

7. Najib sebagai pengganti, mengubah pendekatan, dengan menjenamakan dirinya sebagai maskot kepada UBN, kerana menganggap bahawa Umno, bukan lagi sebagai bahtera yang boleh diharap sangat untuk menentukan kemenangan. Sebelum PRU-13, para penyokong Najib lebih menononjolkan jenama Najib, termasuk AJIBGhor, slogan I Lov PM dan lagu IM4U.

8. Benar juga, Umno menambah kerusi di Parlimen daripada 79 kepada 88, kerana semua kawasan majoriti kaum melayu yang ditandingi kompnen BN, diambil alih oleh Umno. Dan jangan lupa sebahagian kerusi itu di sumbangkan oleh Umno Sabah yang menang 100 peratus.

9. Kini, apa yang berlaku terhadap Pak Lah berlaku lagi. Mantan PM- Tun Dr Mahathir mengeritik kepimpinan Najib hanya kerana isu 1MDB- syarikat yang dicetuskan Najib, namun kini berdepan dengan berbagai masalah termasuk hutang RM42 bilion. Tun Mahathir, bukan mempermasalahkan jumlah hutang, akan tetapi "kehilangan" wang yang sukar dijawab.

10. Tun Dr Mahathir juga mempersoalkan, kerana kewujudan 1MDB negara/rakyat mengalami kerugian sehingga RM25bilion, kerana aset/tanah kerajaan dijual kepada syarikat itu dengan harga yang sangat rendah. Tanah TRX dijual pada harga RM60skp, berbanding harga pasaran RM7,000.00skp, Tanah bekas lapangan terbang Sungai Besi, dijual pada harga RM90skp berbanding harga pasaran RM5,000.00skp.

11. Walaupun UBN hanya menang 133 kerusi Parlimen, lebih buruk daripada kemenangan yang dicapai Pak Lah 140, namun Najib membuat keputusan selari dengan perjuangan pembangkang, menghapus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad. Selain itu, beliau mencetuskan percukaian baru GST, yang dianggap mencabar rakyat.

12. Pengurangan subsidi berbagai barangan termasuk petrolium, telah mendorong kenaikan barangan keperluan rakyat, namun diimbangi dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kononnya untuk mengimbangi kenaikan harga barangan yang dihadapi golongan sasar.

13. Namun, BR1M, tidakpun berimpak positif kepada UBN, malah kehilangan undi popular, kalaulah sistem pemilihan negara seperti di Indonesia, sudah tentu UBN sudah kehilangan kuasa.

14. Najib tidak mengambil iktibar pada keadaan itu, malah semakin membuat tindakan yang mencabar emosi rakyat, termasuk bermain golf semasa negara dilanda bencana banjir luar biasa penghujung tahun lalu.

15. Memang benar, sejak tahun 2009, defisit negara berkurang daripada 6.7 peratus ke 3.2 Tahun 2015 (jangkaan), namun itu bukan persoalannya. Persoalan kini, adalah RAKYAT kehilangan keyakinan terhadap kerajaan. Sebagai contoh, semasa harga minyak turun, rakyat beralih ke RON 97 yang lebih mahal. Masih ramai rakyat berkunjung ke restoran-restoran, pasar-pasar raya, melawat luar negara, ertinya rakyat mempunyai wang untuk dibelanjakan, tetapi mengapa bantahan luar biasa kepada GST yang hanya 6 peratus?

16. Apapun ceritanya, bayangan kepada Tsunami melayu itu bakal dilihat pada dua PRK Permatang Pauh dan Rompin. Jika di PRK Permatang Pauh, tidak mampu mengurangkan majoriti Anwar semasa PRU-13 yang berjumlah lebih sedikit daripada 11,000, dan pada PRK Rompin, jika UBN menang dengan majoriti kurang daripada 15 ribu, maka UBN perlu muhasabah diri dan mengambil iktibar bagi berdepan dengan PRU-14. Namun, palis-palis, jika UBN kalah di Rompin, itu menandakan tsunami melayu sudah bermula.

Sunday, 3 May 2015

Rasa Hormat Najib Berdepan Serangan Tun M



BLOG SALLEH SAID KERUAK - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak punya hak sama ada memilih tindakan berdiam diri atau bersuara terhadap kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Speaker Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, rakyat negara ini tidak boleh sewenangnya mempersoalkan tindakan Najib yang memilih berdiam diri bagi menjawab kritikan Dr Mahathir.

Jelasnya, Najib bukan tidak mampu membalas serangan Dr Mahathir, sebaliknya cuba menunjukkan contoh terbaik bagi kehidupan masyarakat sivil dalam tindakannya.

“Ini bukan gerak kerja dalam negara demokrasi dan masyarakat sivil.

"Beliau (Najib) terus tenang walaupun beliau dituduh mengabaikan isu tersebut dan tidak menjawab semua dakwaan yang dilontarkan kepadanya kerana rasa hormatnya kepada Dr Mahathir.

“Bagaimanapun bila beliau tidak menjawab kritikan Dr Mahathir, beliau kini dituduh memprovokasi dan memanjang isu yang dikemukan pula,” katanya menerusi petikan blognya sskeruak.blogspot.com, semalam.

Katanya lagi, sebagaimana rakyat diberi peluang untuk mengkritik, masyarakat negara ini juga harus memberi peluang untuk Najib menerima dan membalas kritikan yang dilontarkan.

"Tidak syak lagi rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengkritik.

"Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka yang dikritik juga mempunyai hak untuk menjawab kritikan tersebut. Hak itu berfungsi dalam dua cara.

"Kita tidak boleh mengkritik beliau (Najib) kerana berdiam diri, dan kemudian,kita kritik beliau kerana beliau 'buka mulut'," katanya lagi.

Saturday, 2 May 2015

Tun M Perlu Tahu Bunga RM3 Juta, Wang Rakyat, Kazakhstan, Najib & Rosmah



BLOG SIR AZRI - Saya rasa terpanggil untuk menjawab berita yang disebarkan ini kerana saya melihat YAB PM dan juga isteri serta keluarganya terus terusan dilemparkan fitnah jahat oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.
Cerita - Cerita yang disebarkan :

1) "Bunga  Majlis persandingan RM 3 juta"

Ini yang turut dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir bahawa kos bagi bunga dalam majlis persandingan anak YAB PM Najib Razak dan Rosmah Mansor berjumlah RM3 juta. Adalah tidak masuk akal  untuk menghabiskan RM3 juta bagi kos bunga sahaja dalam majlis persandingan anak PM. Malah dakwaan RM3 juta yang dihangatkan itu juga merupakan satu fitnah jahat dalam menghasut kebencian kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Sejak majlis tersebut hingga ke hari ini tidak ada langsung mana mana pihak yang tampil mengesahkan kos bunga RM3 juta. Malah Tun Mahathir sendiri juga menyatakan "entah benar atau tidak" yang mana menunjukkan Tun Mahathir juga sendiri tidak pasti kesahihan tersebut.
2) "Majlis Pernikahan anak YAB PM Najib Razak menggunakan Wang Rakyat"

Anak Najib Razak dan Rosmah Mansor adalah seorang perempuan bernama Nooryana Najwa manakala suaminya bernama Daniyar Kessikbayev  warganegara Kazakhstan.

Daniyar Kessikbayev adalah berugama Islam dan negara Kazakhstan adalah negara Islam sama seperti Malaysia yang merupakan negara Islam. Adat dalam pernikahan umat Islam sama dengan adat di Kazakhstan yang mana lelaki membayar mas kawin dan juga hantaran bagi majlis pernikahan serta persandingan.

Ambil contoh di Malaysia apabila seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki maka pihak lelaki akan menyediakan wang belanja dan segala yang telah dipersetujui oleh kedua dua belah pihak sebelum berlangsungnya majlis. Ambil contoh mudah:

Amran nak memperisterikan Bedah maka keluarga Bedah meminta pihak lelaki wang hantaran berjumlah RM10,000 bagi menguruskan majlis pernikahan dan persandingan. Pihak pengantin lelaki Amran setuju dan menyediakan wang hantaran bagi majlis yang akan berlangsung. Bagi keluarga Bedah setelah menerima wang hantaran maka dibuat sebaik mungkin mengikut belanja dan juga keputusan yang telah mereka kedua dua pihak persetujui.

Adakah pengantin perempuan yang mengeluarkan duit belanja bagi majlis pernikahan ini? Adakah kita di Malaysia lumrah nya pengantin perempuan yang keluar duit belanja kawin?

Begitulah juga dengan pernikahan anak Najib Razak & Rosmah Mansor yang mana segala perbelanjaan disediakan oleh pihak pengantin lelaki. Tidak ada langsung YAB PM sekeluarga menggunakan Wang Rakyat. Malah ianya ditanggung oleh pihak lelaki dan juga pihak pihak yang memberikan sponsor kepada kedua pasangan.
3) "PM buat majlis persandingan di Kazakhstan guna Wang Rakyat?"

Majlis pernikahan dibuat di Malaysia yang mana Nooryana Najwa anak kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Majlis persandingan dibuat oleh pihak perempuan dan menjadi lumrah mana mana sekalipun bahawa majlis akan bermula disebelah pihak perempuan. Sebagai contoh:

Bedah gadis dari Johor manakala Amran jejaka dari Kelantan. Majlis Bedah dibuat oleh pihak keluarga perempuan di negeri Johor dan selepas itu majlis disebelah pihak lelaki pula dibuat di negeri Kelantan. Segala wang perbelanjaan bagi majlis disebelah pihak lelaki dibiayai oleh keluarga pihak lelaki dan ini kebiasannya orang kita panggil "Majlis sambut menantu".

Dalam hal persandingan anak Najib Razak dan Rosmah Mansor majlis persandingan pihak lelaki dibuat di Kazakhstan yang mana merupakan tempat tinggal keluarga pengantin lelaki Daniyar Kessikbayev.  Segala kos perbelanjaan bagi majlis tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak lelaki.

Malah rombongan pihak pengantin perempuan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Almaty Kazakhstan juga ditanggung oleh keluarga sebelah pihak lelaki. Ada juga tetamu dari Malaysia yang hadir ke Kazakhstan menggunakan perbelanjaan sendiri menaiki pesawat Air Astana dan Malaysia Airlines. Tidak ada satu sen pun Wang Rakyat digunakan bagi majlis persandingan anak YAB PM di Kazakhstan kerana segala galanya ditanggung oleh keluarga pengantin lelaki.
4) "PM Najib Razak dan Rosmah Mansor menari dalam majlis persandingan di Kazakhstan."

Ini budaya dan bukan sahaja di Kazakhstan malah di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Apabila majlis pihak lelaki dibuat di Kazakhstan maka majlis tersebut mengikut budaya Kazakhstan sendiri. Sebagai tetamu yang juga merupakan keluarga bagi pihak pengantin perempuan maka adalah tidak sopan dan beradap jika Najib Razak dan Rosmah Mansor ibu dan bapa pengantin perempuan mengendahkan jemputan menari keluarga pihak pengantin lelaki untuk bersama sama dalam majlis tersebut. Menghormati budaya dan adat merupakan satu pekara yang mana kita di Malaysia juga melakukannya apabila berada ditempat tempat lain.

Malah saya difahamkan bukan sahaja majlis tari menari tetapi Najib Razak dan Rosmah Mansor juga terpaksa meminum susu kuda & makan daging kuda bagi menghormati budaya dan adat negara Kazakhstan keluarga pihak pengantin lelaki.
5) "Kenapa anak Najib Razak & Rosmah Mansor kawin orang Kazakhstan?"

Kalau dah jodoh nak buat macam mana? Kena kalau dah jodoh Afrika kita pun tak tahu. Ni dah tertulis dan takdir menentukan maka berserahlah kepada Allah yang maha Esa. Siapa kita nak sekat kuasa Allah SWT? Takkan lah jodoh anak Najib Razak dan Rosmah Mansor dah dari Kazakhstan maka kita pula kata tak boleh?

Saya harap penjelasan saya sedikit sebanyak ini dapat membantu memberikan penjelasan berhubung isu isu Fitnah dan rekayasa jahat yang sedang berlegar waktu ini bagi menanam kebencian kepada YAB PM Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor serta keluarganya. ✌️
Dan jangan lupa apa kata pengantin lelaki dan perempuan Anak Menantu YAB PM Najib Razak dan Rosmah Mansor ini apabila majlis mereka berlangsung tempoh hari :-

"Tetamu kenamaan (VIP) majlis perkahwinan anak perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak digalakkan menghadiahkan cenderahati berbentuk sumbangan wang kepada badan kebajikan dan pendidikan.

Nooryana Najwa Najib, 26, dan  Daniyar Kessikbayev, 27, memohon tetamu yang ingin berbuat demikian menyerahkan dana dalam bentuk cek atas nama satu daripada organisasi-organisasi yang disenaraikan.

1) Yayasan Orang Asli.

2) Yayasan Amal Malaysia, NGO yang beribu pejabat di Batu Caves, Selangor.

3) Maahad Tahfiz al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU),

4) Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan (Perkayatim).

5) Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong.

Semoga kekal ke akhir hayat kedua mempelai Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev. Ameen

Friday, 1 May 2015

2 Hari Menjelang #PRKRompin, PAS Terus Kempen Solo



PAS nyata diperlekeh oleh rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang bermula 23 April lalu.

Wakil DAP dan PKR hanya kelihatan pada sesi penamaan calon sebagai syarat 'tunjuk muka' bahawa tahaluf siyasi antara komponen PR masih berjalan.

Walaubagaimanapun, tidak wajar PKR dan DAP membiarkan PAS bermuram durja sepanjang tempoh kempen yang hanya berbaki dua hari lagi.

Mungkin alasannya untuk memberi fokus kepada PRK parlimen Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) yang berjalan serentak dengan PRK Rompin.

Atau mungkin DAP dan PAS masih menyimpan dendam keatas PAS yang juga memboikot PRK Permatang Pauh akibat kelantangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan jawatan?

Pasti jua, PAS yang mencalonkan Nazri Ahmad menentang Datuk Hasan Arifin (BN) juga ketandusan pemimpin utama dari partinya sendiri yang samar-samar bayangnya sepanjang tempoh kempen di sini.

Kempen 'Selamatkan Felda' yang dirancang PAS untuk membawa Hadi dan beberapa pemimpin PAS lain di kawasan Felda sekitar Rompin juga dibatalkan diatas sebab-sebab yang hanya diketahui PAS.

Kelibat Hadi hanya kelihatan sekali pada Himpunan Warga Felda, di Keratong 4.

Maka, kempen solo PAS kini lebih menjurus kepada ceramah di beberapa kawasan Rompin dengan melemparkan isu hangat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bagaimanapun, segalanya terserah kepada pengundi untuk memangkah calon pilihan mereka pada 5 mei ini.