PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday, 7 January 2015

Kad Pengenalan Untuk Mangsa Banjir – KDN



KUALA KANGSAR :Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyalurkan bantuan  berbentuk kad pengenalan baharu buat mangsa banjir yang terjejas di seluruh Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak berjaya membantu kira-kira 40 mangsa banjir untuk memperolehi kad pengenalan baharu.
“Dalam masa 24 jam kita akan menyiapkan kad pengenalan mereka dan selepas ini akan cuba bergerak ke kawasan lain yang boleh dimasuki bagi penyerahan kad pengenalan tersebut,” katanya.

PERAKTODAY4
Tambahnya lagi bantuan ini tidak mengenakan sebarang bayaran dan pengesahan juga boleh dilakukan ramai pihak.
“Pusat perpindahan mangsa banjir dapat mengumpulkan maklumat seliakan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara telah dikerahkan ke lokasi berkenaan,” katanya lagi.
Ujarnya dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sayong, hari ini.
Tambahnya lagi, pasca banjir telah menimbulkan banyak masalah dan mesyuarat bersama Kerajaan diadakan bagi menilai bentuk bantuan yang bakal disalurkan  kepada mangsa iaitu berbentuk membaik pulih kemudahan infrastruktur yang perlu seperti rumah kediaman dan premis.
Tegasnya lagi, Kerajaan Persekutuan tidak berupaya membantu seperti sediakala akan berusaha sedaya upaya yang boleh bagi membantu rakyat yang terjejas.
PERAKTODAY5

Bantuan berbentuk pakaian, termasuk bantuan makanan seperti roti dihasilkan oleh banduan daripada Penjara Tapah dan Klang turut diedarkan kali ini.
“Para banduan juga mempunyai keperhatinan bagi membantu mangsa banjir biarpun dibelakang tembok besi,”katanya.
Ujarnya lagi, edaran roti berkenaan akan dilakukan kesemua kawasan yang terlibat dengan banjir.
“KDN telah mengarahkan sukarelawan dan skuad muda seramai 24,700 orang daripada KDN dimoblisasi di kawasan banjir,” katanya.
Tambahnya lagi sebanyak RM1 juta sumbangan berjaya dikumpul daripada semua badan kerajaan dan badan bukan kerajaan telah disalurkan kepada semua yang terlibat secara beransur-ansur.
Sementara itu, mengulas pula mengenai penangkapan terbaru individu disyaki terlibat dengan kumpulan militan Negara Islam (IS), Zahid menegaskan Kerajaan Malaysia sentiasa memantau perkara tersebut.
“Kita akan sentiasa memerangi mereka yang boleh dikatakan sebagai penjenayah ini. Kita memang tidak pernah berkompromi dengan perkara-perkara sebegini.
“Berkaitan kes seorang wanita yang melangsungkan perkahwinan melalui media sosial, ia sebenarnya bukan kes pertama malah ia merupakan kes keempat dan kita akan terus pantau,” katanya.

Bencana Banjir : Puak Munafik Masih Tak Sedar Diri



BLOG TAIPING MALI - Bencana banjir yang melanda negeri-negeri pantai Timur sehingga hari ini masih belum reda dan dikhuatiri akan berlaku gelombang kedua pula. Bagaimana pun diharapkan ia tidak akan berlaku lagi. Sama-sama lah kita berdoa agar dijauhkan bala bencana.

Banjir dan air pasang besar adalah fenomena biasa. Cuma kali ini ia amat luar biasa sehingga memberi musibah kepada lebih 200 ribu manusia seluruh negara terutama di Pantai Timur.

Taipingmali cukup terharu dengan rintihan seorang mangsa banjir yang bersyukur kerana nyawa dan rumahnya tidak selamat, katanya lagi mungkin ini pembalasan atas dosa-dosa yang beliau lakukan di atas bumi ini. Akhir sekali beliau minta dimaklumkan kepada saudara maranya di Sarawak yang beliau dan keluarga dalam keadaan selamat.

Apabila keadaan banjir semakin buruk Perdana Menteri Dato Seri Najib yang dalam percutian terpaksa bergegas balik kerana ia menjadi tanggung jawab beliau sebagai ketua negara.

Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau terus ke seluruh pelusuk kawasan banjir untuk melihat sendiri, menilai kerosakan dan memberi sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir.

Sewaktu ditemu ramah oleh media, jelas sekali terdapat kelainan dalam intonasi suara beliau.

Namun segala keperitan dan kesakitan disembunyikan beliau dan terus bersama sama rakyat sehingga beliau dijangkiti bakteria e coli. Taipingmali yakin jika tahap kesihatan beliau baik nescaya bakteria tersebut tidak akan mengancam kesihatan beliau.

Sedihnya keikhlasan Najib memaklumkan kepada rakyay bahawa beliau terkena jangkitan ecoli, beliau terus dicemuh dan dihina oleh pihak yang tidak berfikiran waras. Gambar wajah Najib diphotoshop menyerupai seorang wanita yang sakit.

Pelik! Dalam bencana dan musibah yang melanda pun mereka masih belum berasa bersalah, belum ada rasa untuk bermuhasabah.

Begitu juga dengan setengah-setengah pemimpin negeri seperti Husam Musa dengan lantang menuduh TNB dan empangan di Kenyir sebagai punca musibah berlaku.

Sepatutnya mereka bermuhasabah dan melihat kembali kenapa Allah menurunkan bencana, cuba cari jawapan nya bukan nya menuding jari kepada pihak lain.

Begitu jugalah mangsa-mangsa banjir, jangan lah sombong dan riak.

Cuba fikirkan apakah dosa-dosa yang mereka lakukan sebelum ini.

Pelik dan hairan, dalam bencana dan musibah yang melanda pun, mulut mereka masih sedap mengkritik dan mencela orang yang ikhlas memberi bantuan.

Apakah bila mereka ditelan bumi baru nak insaf?

Tuesday, 6 January 2015

UMNO, PAS Perlu Ketepikan Politik



UMNO dan Pas disaran mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk satu jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bagi merancang pembangunan semula negeri itu selepas bencana banjir.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, jawatankuasa itu boleh dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau mana-mana menteri kanan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

“Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak semestinya melibatkan penggabungan antara UMNO dengan Pas, seperti yang dibimbangi oleh sesetengah pihak dalam kedua-dua parti itu sendiri.

“Kewujudan dua entiti parti politik berbeza yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO dan Pas sememangnya sukar untuk digabungkan ketika ini, tetapi perbezaan itu tidak sewajarnya menjadi halangan kepada Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO dan kerajaan negeri oleh Pas untuk duduk bersama-sama merancang pembangunan semula Kelantan selepas bencana banjir baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan perlu mengambil langkah berani dan berjiwa besar dengan mengetepikan perbezaan politik demi kebajikan seluruh rakyat Kelantan.

“Sekiranya ikhtiar ini berjaya diusahakan, tidak mustahil negeri dan rakyat Kelantan bangkit semula dengan lebih hebat selepas bencana banjir kali ini, sebagaimana kebangkitan rakyat Jepun selepas Perang Dunia Kedua dan penduduk Acheh yang dilanda tsunami besar 10 tahun lalu,” ujarnya.

Tambahnya, kerjasama untuk kepentingan rakyat itu bukan sahaja sesuai dengan semangat persekutuan, malah dituntut dalam ajaran Islam sebagaimana firman Allah SWT pada ayat kedua surah al-Maidah: ‘Bertolong-tolonglah kamu pada perkara kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan’.

“Hari ini semua pihak bercakap tentang politik baharu, maka ketika rakyat sangat mendambakan kerasionalan pimpinan politik dan situasi selepas bencana banjir ini benar-benar menuntut mereka merealisasikan wajah politik tersebut,” katanya.

Menziarahi Haji Sanusi Yang Mengidap Cancer











KP Bagan Datoh bersama Exco pemuda umno Menziarahi Haji Sanusi Yang Mengidap Cancer.Semasa Lawatan KP juga membuat pemeriksaan kesihatan kepada Haji Sanusi walaupun kami melihat keadaan beliau yang tidak bermaya kami tetap memberi kata-kata semangat kepada beliau.Kami berdoa kepada allah semoga beliau cepat sembuh dan di rahmati oleh allah amin.

Monday, 5 January 2015

Anwar Berjaya 'Beli' Bekas Menteri Kabinet?



BLOG AIDC - Maklumat dalaman yang kami perolehi menyatakan bahawa Ketua pembangkang telah ‘membeli’ beberapa bekas menteri kabinet dan bekas Ketua Pengarang media arus perdana sebagai taktik terbaharu untuk menjatuhkan UMNO.

Mereka tidak dipelawa menyertai PKR sepertimana modus operandi yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya dikekalkan imej asal untuk memudahkan mereka melemahkan UMNO dari dalam.

Modus operandi kumpulan ini adalah menyerang kepimpinan UMNO yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Teori mereka, apabila Najib sebagai Presiden UMNO berjaya dilemahkan, maka dengan sendirinya UMNO akan kalah pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Taktik terbaharu Anwar itu dibuat selepas gagal menawan Putrajaya untuk merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri pada Pilihanraya ke-13 (PRU13).

Sebelum ini, Anwar menggunakan modus operandi mengunakan aktivis-aktivis PKR dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggulingkan kerajaan, namun keputusan PRU 13 menunjukkan taktik itu kurang berkesan.

Pertandingan Sepak Takraw (Tertutup)4 Cawangan Tahun 2015











Hari ini KP Bagn Datoh hadir ke Pertandingan Sepak Takraw (Tertutup)4 Cawangan Tahun 2015.Alhamdullilah terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini walaupun sederhana tetapi amat meriah sekali.

Sunday, 4 January 2015

DAP Akhirnya Akur Penganjuran Maulidur Rasul Di P.Pinang



Akur dengan desakan pelbagai pihak, Kerajaan DAP Pulau Pinang akhirnya memasukkan acara perbarisan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri hari ini yang bermula di Vision Park Ke Masjid Abdullah Fahim, di Kepala Batas, semalam.

Sambutan kira-kira pukul 8 pagi itu disertai kira-kira 2,000 orang dan dimulakan dengan perarakan melibatkan 41 kontinjen mewakili agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta.

Bagaimanapun, acara perarakan berasingan turut diadakan oleh Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTNPP) yang disertai kira-kira 5,000 orang di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas mengumumkan akan menggugurkan acara perarakan dalam sambutan Maulidur Rasul kali ini bertujuan menggantikannya dengan pengisian lain.

Tindakan itu sama seperti keputusan kerajaan negeri tahun lalu yang turut menggugurkan acara perarakan dalam sambutan tersebut dan peserta hanya berjalan dari Padang Kota Lama ke Dewan Sri Pinang di sini, yang terletak bersebelahan serta tidak membawa sepanduk.

Keputusan itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim sebagai langkah 'penambahbaikan' oleh kerajaan negeri untuk kebaikan semua pihak.

Keputusan kerajaan negeri itu mengundang rasa kurang senang masyarakat Islam di negeri ini memandangkan acara perarakan sambil berselawat ke atas Rasulullah merupakan acara tradisi dalam sambutan Maulidur Rasul di negeri ini sejak 20 tahun lalu.