PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Monday, 3 November 2014
UMNO Perlu Terus Perjuang Hak Melayu, Raja
UMNO tidak boleh lagi berdiam diri dan membiarkan pihak lain lebih terkehadapan dalam mempertahankan asakan yang semakin kuat mencabar kedudukan agama, raja-raja, hak-hak istimewa orang Melayu dan bahasa.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gejala yang meresahkan orang-orang Melayu dalan senario politik yang kini dianggap luar biasa keadaannya, perlu ditangani dengan lebih pantas dan berani.
Muhyiddin membayangkan UMNO kini bersalut dengan imejnya yang dikatakan tidak seperti dahulu apabila ramai yang beranggapan ia sudah mulai longlai, tidak lagi tegas dalam memperjuang dan mempertahankan hak-hak Melayu yang semakin disanggah.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, semua ini berkait dengan isu perkara pokok yang menjadi asas pegangan UMNO sekian lama.
“Orang makin lantang mengkritik dasar-dasar yang dipelopori oleh UMNO dalam kerajaan. Ini dilakukan secara terbuka. Dengan media sosial baharu, keadaan tidak lagi sama apabila asakan (yang dilakukan) tidak dapat disekat dan dihalang.
“Orang Melayu telah rasa resah dan tertanya-tanya kenapa UMNO tidak lantang, tidak mengambil tindakan kerana sememangnya ada undang-undang dan kenapa UMNO mengharapkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan kalangan Melayu yang dikatakan lebih terkehadapan berbanding UMNO,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Konvensyen UMNO Terenganu 2014 di Hotel Primula di sini hari ini.
Konvensyen sehari bertemakan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ itu turut diisi dengan pembentangan kertas kerja Transformasi Politik Terengganu Menjelang PRU-14 oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, UMNO dan Barisan Nasional Terengganu perlu menyasarkan peningkatan kerusi daripada 17 kepada sekurang-kurangnya 22 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi mengukuhkan kedudukan parti dan kerajaan.
Menurut beliau, dalam usaha mencapainya, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan kepada setiap bahagian sepanjang gerak kerja lebih tiga tahun.
“Saya harap dalam tempoh tiga tahun sebelum PRU nanti, kita dapat mengatur draf kerja yang lebih tersusun," katanya.
Nepotisma dan Krisis Politik Selangor : Najib Razak Sindir Anwar Ibrahim
Pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat begitu gah dalam laungan semangat demokrasi dan menolak budaya nepotisma namun ia sekadar 'cakap tak serupa bikin'.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO Selangor seharusnya menggunakan peluang untuk menambat semula sokongan kepada UMNO / Barisan Nasional (BN) apabila rakyat dilihat sudah bosan dengan pemerintahan PR yang sering dipalit dengan krisis politik tanpa berkesudahan.
"Di Selangor ini kita ada banyak 'point'. PR lakukan bermacam-macam perkara yang tidak selari, 'cakap tak serupa bikin'. Mereka mengatakan tentang demokrasi tetapi lebih mementingkan pada isteri (Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail). Suruh wakil rakyat berhenti dan menggelarkannya sebagai 'Kajang Move'. Tidak cukup dengan itu, disuruh pula Menteri Besar (bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) supaya berhenti (letak jawatan).
"Sebab apa? Sebab hendakkan isteri... (ganti Khalid). Mula-mula hendakkan diri sendiri (Anwar). Tidak dapat isteri, anak... (Nurul Izzah Anwar). Apakah ini demokrasi? Nepotisma terbuka, yang dia persalahkan (tuduh) kita sepanjang waktu tetapi dia buat lebih dahsyat daripada kita."
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen UMNO Selangor 2014 : 'Bersama Melaksana Transformasi' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Hadir sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar serta Ketua-Ketua Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Selangor.
Sehubungan itu Najib mendesak jentera parti khususnya di negeri Selangor di setiap peringkat sama ada akar umbi mahupun pimpinan tertinggi agar menyusun semula barisan dengan lebih mantap sekaligus berupaya mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN menjelang pilihanraya akan datang (PRU14).
"Kita perlu tunjuk kepada rakyat Selangor bahawa kepimpinan UMNO lebih baik, lebih bermakna, lebih jujur pada rakyat dan lebih mementingkan perjuangan untuk membela nasib rakyat," tegas beliau.
Sunday, 2 November 2014
Happy Deepavali Peringkat Negeri Di Kompleks Pelancongan Bagan Datoh
Happy deepavali peringkat negeri di kompleks pelancongan Bagan Datoh dan bertambah meriah lagi dengan kehadiran DYMM sultan perak serta turut juga YB dato sri Ahmad zahid hamidi sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh serta pelbagai kaum yang memeriahkan majlis ini.Terima kAsih kepada semua yang hadir,kami pemuda bagan datoh mengucapkkan Happy Deepavali kepada semua yang beragama hindu di seluruh malaysia.Syabas kepada pemuda kerana menjalankan dan menguruskan majlis ini dengan baik.
Syabas Kepada Pemuda Bagan Datoh
Syukur dan sekalung tahniah kepada ketua belia sg.sumun 1 serta rakan-rakan belia yang terlibat.Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan.hj.khairuddin diatas kesudian merasmikan program kami.Dan Terima Kasih juga kepada yang hadir antaranya pegawai ppd,guru besar,ketua kg.sg.sumun 1,s/u bhgn en.Muhammad Nabil Saleh,suk en.Mohd Shahirul Yunasyrik,ketua kg.sg.sumun 2,nkp pemuda en.Aziz Mokhtar,rakan-rakan exco KP Umno Bagan Datoh,belia-belia dan beliawanis,rakan PIBG dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Terima kasih dan syabas semua
Saturday, 1 November 2014
Masa Depan PR Selepas Era Anwar
FederalCourt extended the hearing of Anwar’s sodomy appeal from two to three days due to the voluminous submission by the defence. It will now end on Thursday.
Anwar's lead counsel, retired Federal Court judge Gopal Sri Ram spent the morning making submissions to show that complainant, Mohd Saiful Bukhari Azlan, was not a credible witness.
Other lawyers who would be making submission on Anwar’s behalf are Ramkarpal Singh, Sangeet Kaur Deo and N. Surendran.
Leading the prosecution is Muhammad Shafee Abdullah.

BLOG A.KADIR JASIN - Akan tetapi tanpa keputusan itu pun, kita boleh memperkatakan kepemimpinan dan masa depan Pakatan Rakyat dengan atau tanpa Anwar sebagai ketua.
Pertama sekali, sama ada Anwar bebas atau masuk penjara sekali lagi, hidup kita, seperti kata penulis kanan akhbar The Star, Joceline Tan, akan merasa kesannya.
Menulis dalam edisi Ahad, 26 Oktober, Tan menyimpulkan: “But lives will be impacted again whichever way the court decides next week.”

Ada dua senario kepada situasi ini.
1. Kalau Anwar masuk penjara, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) akan kehilangan ketua yang karismatik, tetapi memperoleh simpati. Setelah bercakaran dan kacau-bilau akibat krisis Menteri Besar Selangor, PR memerlukan simpati dan persefahaman penyokongnya, dan
2. Kalau hukuman salah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan diterbalikkan (overturned) oleh Mahkamah Persekutuan, Anwar akan muncul sebagai makhluk suci yang cuba difitnah oleh musuh-musuhnya. Kedudukan beliau di mata kepemimpinan dan penyokong PR akan bertambah kukuh.
Ramalan PR akan hancur musnah kalau Anwar dipenjarakan mungkin pramasa (premature). Sebaliknya simpati yang tercetus daripada pemenjaraan Anwar akan memberi peluang baru kepada PR untuk memperkukuh dan memperluaskan sokongan. Ia sudah pun sekian lama mempersembahkan liwat 2 sebagai persekongkolan (conspiracy) politik.
Generasi lama sudah semakin lupa dan tidak begitu peduli lagi dengan liwat 1 pada tahun 2000 manakala generasi muda yang kini memegang “trump card” kuasa politik, tidak tahu atau tidak percaya. Pada 8 Ogos 2000 beliau dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan itu.
Akibat pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, BN hilang sokongan dalam PRU 1999 walaupun ia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir yang karismatik dan lincah permainan politiknya. Dr Mahathir mengekalkan majoriti dua pertiga BN.

Ramalan Perlu Berlapik
Ramalan bahawa PR akan berpecah tanpa Anwar perlu berlapik. Ada dua bentuk pemangkin yang membuatkan PR berjaya sejak PRU 2008. Pertama, kemampuan Anwar mencari titik pertemuan di kalangan parti-parti yang berbeza ideologi, khususnya antara DAP dan PAS. Kedua, ia berjaya mengeksploitasi keterdedahan (vulnerability) BN.
Daripada aspek psikologi pula, PR berjaya menjitukan semangat penyokongnya dengan memberikan isyarat yang kuat bahawa mereka boleh mengalahkan BN dan pada masa yang sama mengambil kesempatan daripada kekecewaan penyokong BN terhadap parti mereka sendiri.
Satu lagi faktor yang memihak kepada PR adalah barisan kepemimpinan yang muda. Selain veteran seperti Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti-parti PR, terutamanya PKR dan DAP digerakkan oleh generasi pelapis.
Gabungan kepemimpinan pelapis yang meluas dengan bilangan pemilih muda yang semakin meningkat boleh menjadi dorongan (impetus) kepada parti-parti PR untuk terus berpakat walaupun wujud perbezaan ideologi dan dasar yang ketara.
Mereka boleh memilih untuk berpecah dan kekal pembangkang atau bersatu dalam kepelbagaian dan membina di atas 52 peratus undi majoriti yang mereka peroleh pada PRU lalu.
Sebahagian kekuatan PR berpunca daripada kelemahan BN. Melainkan BN sudah pulih secukupnya daripada bencana Tsunami Cina PRU 2013, ia tidak mungkin boleh meraih apa-apa faedah daripada pemenjaraan Anwar.
Sebaliknya BN mungkin akan menderita beban tuduhan dan kebencian manakala Anwar akan terus “menerajui” PR dari “suite”nya di penjara. Dan seandainya dibuang kes maka jadilah beliau “makhluk suci” yang kalis fitnah.

Pemuda UMNO terus fokus isu kos sara hidup menjelang PAU 2014
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO akan terus memberi penekanan terhadap isu berkaitan kos sara hidup yang melingkari golongan muda menjelang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 bulan depan, kata ketuanya, Khairy Jamaluddin.
Namun, katanya, selain agenda utama memperjuangkan nasib golongan muda bangsa Melayu, sayap itu juga akan menyentuh mengenai isu-isu berkaitan yang membelenggu golongan muda kaum-kaum lain.
"Saya akan adakan taklimat dengan jurucakap perwakilan kita untuk menyentuh mengenai isu kos sara hidup, pendidikan, rumah mampu milik, ekonomi serta isu politik semasa," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata Pemuda Umno mahu komited memperjuangkan bukan sahaja isu berkaitan bangsa Melayu, tetapi juga kaum-kaum lain agar ia dilihat lebih inklusif.
Selain itu, katanya Pemuda akan menganjurkan dua majlis serentak pada 16 Nov ini, iaitu mesyuarat dewan perbandaran dan kongres perumahan, mengenai inti pati pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Khairy turut melahirkan penghargaan kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana menerima idea Pemuda untuk diwujudkan rumah transit bagi golongan muda yang sudah berkahwin.
Beliau berkata, Pemuda akan terus komited membantu kementerian mengenal pasti lokasi tanah yang bersesuaian untuk dijadikan tapak pembinaan rumah transit, di samping memastikan golongan muda yang memenuhi syarat dapat menikmati kemudahan itu, tanpa mengira bangsa dan agama.
Dalam pada itu, Khairy berkata, Program Pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara malam ini bukanlah sesuatu yang harus golongan mahasiswa pertahankan kerana ia lebih bersifat politik peribadi, katanya.
Beliau berkata walaupun kebebasan bersuara mahasiswa harus dihormati, tidak wajar ia dimanipulasikan oleh pihak berkenaan semata-mata untuk meraih simpati menjelang tarikh perbicaraan rayuan kes liwat ketua pembangkang itu esok.
"Tapi apabila mereka menganjurkan program, yang tujuan dia satu sahaja, iaitu untuk menghasut mahasiswa dan untuk menyampaikan mesej yang berat sebelah (politik), tidak diberi peluang kepada pihak lain untuk jawab, saya rasa itu bukanlah majlis yang sesuai," katanya.
Khairy berkata sedemikian apabila diminta mengulas mengenai program itu, yang dikatakan cubaan Anwar untuk meraih simpati pihak luar sebagai benteng terakhir meneruskan kelangsungan politik beliau, terutama menjelang pendengaran rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan selama dua hari bermula esok. - BERNAMA
Sesi Mesyuarat Perkenalan Dan Suai kenal Untuk Memperkemaskan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh
Alhamdulillah syukur pada allah swt.Selesai sudah sesi mesyuarat perkenalan dan suai kenal untuk memperkemaskan pemuda umno bahagian daripada 9 biro kepada 18vbiro melibatkan 42 orang kesemuanya.Semoga allah merestui pertambahan barisan baru untuk Memperkukuhkan umno dan membantu Dato sri Ahmad zahid sebagai ahli parlimen dan ketua bahagian umno bahagian bagan dato.Terima Kasih juga kepada AJK bahagian yang banyak membantu dan menasihati pemuda bahagian dalam pelbagai program dan arah tuju kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)