PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 3 October 2014

Mengapa PAS Hilang Maruah?



BLOG APA YANG TERSIRAT - Pas kini hilang maruah. Kenyataan Lim Kit Siang semasa kemelut MB Selangor, bahawa empat exco Kerajaan Selangor yang menyokong Khalid Ibarhim sebagai pengkhianat, tidakpun merisaukan Pas, hanya dua pemimpin parti itu bersuara Hassan Tantawi yang juga MP Temerloh dan juga Nik Abduh anak kepada Dato Seri Nik Aziz Nik Mat. Pemimpin lain, semuanya mandul, malah Khalid Samad MP Shah Alam, seolah-olah minat sangat dengan kenyataan Kit Siang itu.

Terbaru pemecatan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Iszuree Ibrahim daripada Pas, juga tidak mendapat pembelaan daripada Pas.

Pas hanya berani bercakap soal Umno, sedangkan parti tunjang Bn itu tidakpun mencampuri urusan Pas, Umno dan Pas adalah parti yang berlawan dalam memikat rakyat. Umno tidak membuli Pas, juga Umno tidak menghilangkan maruah parti itu.

Dalam perlantikan exco negeri Selangor, Pas dikurangkan jumlah exconya, malah sebelum perlantikan itu, Zuraida Kamaruddin Pemimpin wanita PKR, dengan lantang meminta agar jumlah exco Pas dikurangkan sebagai hukuman kerana tidak menyokong Wan Azizah.

Apa kah hilangnya maruah Pas, menyebabkan penyokongnya berpatah arang? jika keadaan demikian berlaku, apa kah menguntungkan Umno? kerana penyokong Pas adalah kaum melayu dan islam, sama dengan penyokong Umno.

Jika kaum melayu dan islam penyokong Pas mengambil iktibar bagaimana DAP membuli Pas yang membawa erti membuli kaum melayu dan islam, maka sudah tiba masanya, mereka perlu bermuhasabah diri.

Azmin Arah Beku Akaun SMUE Pelabuhan Klang Dan Bandar Tun Razak



SHAH ALAM  - Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bukan sahaja menghukum bekas penyandang jawatan yang disandangnya kini, malah turut mensasarkan rakyat Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak, kata Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang Faekah Hussin.
Faekah mendakwa Azmin secara sengaja meminta bank membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada kawasan yang diwakili Tan Sri Khalid Ibrahim, pada 25 September lalu.
"Nampaknya Menteri Besar baru mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
"YAB Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri," kata Faekah yang juga bekas ketua pegawai eksekutif MBI.
Dalam kenyataannya Faekah menganggap tindakan itu sebagai "tindakan keras dan politik dendam" kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
"Ternyata segala jasa-jasa Tan Sri Khalid selama lebih enam tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh menteri besar baru," katanya.
SMUE diperkenalkan oleh pentadbiran Khalid pada 2008 sebagai bantuan dan khairat kematian kepada keluarga warga tua yang meninggal dunia bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga.
Ia terbuka kepada semua warga Selangor atau rakyat yang lahir di Selangor termasuk Kuala Lumpur sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1974.
Tahun lalu skim itu diluaskan pula kepada program 'Jom Shopping' memberi belanja RM 100 kepada warga tua sekitar Selangor.
Sehingga kini lebih RM 11 juta telah diberikan di bawah SMUE.

Thursday, 2 October 2014

Kenyataan Menghina Di Facebook : Penyelia Hotel Didakwa



SUNGAI PETANI  - Seorang penyelia hotel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan melalui laman sosial Facebook pada 25 Ogos lalu.
A Rajaretinam, 52, didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghina kaum mamak dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sehingga membangkitkan kemarahan pihak berkenaan.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 25 Ogos lalu kira-kira jam 10.34 pagi di kedai makan sebelah kuil di persiaran Maybank di Kuala Lumpur.
Tertuduh yang diwakili peguam bagaimanapun tidak mengaku salah dan meminta dibicarakan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Ahmad Zaki Mohd Daud, di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk S Ganesan.
Mahkamah menetapkan wang jaminan RM4,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin, manakala 16 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mat Sabu dikejarkan ke Hospital



KUALA LUMPUR  - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu telah dikejarkan ke hospital hari ini setelah dikenalpasti menghidap demam denggi.

Perkara itu disahkan beberapa pemimpin PAS termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Saya diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau," katanya.

Khalid mendakwa, Mohamad kini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Beberapa rakan dan pemimpin PAS turut menyebarkan gambar  di laman sosial sejak pagi Khamis mempamerkan Mat Sabu sedang diperiksa oleh seorang doktor.

Beliau yang berkemeja hitam kelihatan berada dalam keadaantidak bermaya.

Wednesday, 1 October 2014

Azmin Arah Beku Akaun SMUE Pelabuhan Klang Dan Bandar Tun Razak



SHAH ALAM  - Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bukan sahaja menghukum bekas penyandang jawatan yang disandangnya kini, malah turut mensasarkan rakyat Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak, kata Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang Faekah Hussin.
 
Faekah mendakwa Azmin secara sengaja meminta bank membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada kawasan yang diwakili Tan Sri Khalid Ibrahim, pada 25 September lalu.
 
"Nampaknya Menteri Besar baru mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
 
"YAB Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri," kata Faekah yang juga bekas ketua pegawai eksekutif MBI.
 
Dalam kenyataannya Faekah menganggap tindakan itu sebagai "tindakan keras dan politik dendam" kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini.
 
"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
 
"Ternyata segala jasa-jasa Tan Sri Khalid selama lebih enam tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh menteri besar baru," katanya.
 
SMUE diperkenalkan oleh pentadbiran Khalid pada 2008 sebagai bantuan dan khairat kematian kepada keluarga warga tua yang meninggal dunia bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga.
 
Ia terbuka kepada semua warga Selangor atau rakyat yang lahir di Selangor termasuk Kuala Lumpur sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1974.
 
Tahun lalu skim itu diluaskan pula kepada program 'Jom Shopping' memberi belanja RM 100 kepada warga tua sekitar Selangor.
 
Sehingga kini lebih RM 11 juta telah diberikan di bawah SMUE.
 

DAP Cuba Tutup Mulut Saya - Iszuree



PULAU PINANG  - Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan DAP negeri itu menyingkirkan beliau daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) seolah-olah cuba menutup mulutnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuktikan kerajaan negeri berjiwa besar dalam membela rakyat dan mengamal demokrasi.

"Apa yang dilakukan terhadap saya ini seolah-olah cuba menutup mulut saya yang jelas bukan cara terbaik dalam amalan demokrasi. Perkara yang dibangkitkan adalah demi rakyat dan bukan niat saya untuk menimbulkan provokasi kepada kerajaan negeri,'' katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.

Tindakan ke atas Iszuree itu dilakukan selepas beliau mengkritik pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 baru ini-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Fadzil Kemi berkata, kerjaan negeri sepatutnya lebih terbuka dalam menerima cadangan yang disampaikan Iszuree.

Katanya, apa yang dinyatakan itu adalah suara Pas negeri yang mahu melihat nasib rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam isu pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan terus terbela.

"Sehingga kini sebanyak 25 buah kampung telah menjadi mangsa kepada pembangunan, jadi sudah sampai masanya satu mekanisme dirangka bagi menangani masalah pengusiran penduduk kampung di negeri ini dari terus berlaku.

"Siapa yang akan bertanggungjawab terhadap nasib penduduk kampung yang diusir ini? Kita kalau tiada bekalan elektrik sehari pun sudah kalut, ini pula kehilangan rumah," katanya.

Tambah beliau, pemecatan Iszuree itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana yang lebih penting adalah isi usul yang dibawa dalam menjamin kepentingan rakyat negeri ini.

Katanya, Pas negeri hanya merupakan suara minoriti dalam MPPP memandangkan daripada 24 ahli majlis yang dilantik hanya dua diwakili parti itu termasuk Iszuree.

Malah katanya, Pas juga tiada wakil dalam Exco kerajaan negeri.

Harga Petrol RON95 dan Diesel Naik 20 Sen



KUALA LUMPUR - Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik sebanyak 20 sen bermula jam 12 tengah malam ini.

Berikutan itu harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

KPDNKK dalam kenyataannya hari ini menyatakan walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi tahun 2014.

Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

KPDNKK berkata pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.

Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak.