PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 3 July 2014

Berjudi di bulan Ramadan, lima ditahan di Tawau




TAWAU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) hari ini menahan lima individu termasuk tiga wanita dalam satu operasi bersepadu Ramadan di sekitar bandar ini.
Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau, Abdul Imam Basirun berkata, mereka yang berumur di antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 10 pagi di sebuah pusat perjudian.
"Mereka diitahan ketika sedang leka berjudi tanpa menyedari kehadiran penguatkuasa JHEAINS yang sedang menjalankan operasi bersepadu sempena bulan Ramadan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 90 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah yang boleh membawa denda sebanyak RM3,000 dan penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Abdul Imam berkata, dalam operasi tersebut pihaknya juga telah memeriksa beberapa buah premis makanan dan mengedarkan risalah yang berkaitan dengan kesalahan menjual makanan dan tidak berpuasa di bulan Ramadan. 

RM500 Bonus Aidilfitri Penjawat Awam



KUALA LUMPUR  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan kewangan persiapan menjelang Aidilfitri sehingga RM500 kepada penjawat awam pada tahun ini.

Bonus tersebut turut dinikmati 684,000 pesara yang akan menerima RM250 sebagai insentif Aidilfitri.

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Ujar beliau, bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya

Wednesday, 2 July 2014

Pemain Islam tetap berpuasa




Tunai kewajipan ibadah di bulan Ramadan lebih utama 

Rio De Janeiro: Pemain Islam yang mengharungi saingan peringkat kalah mati Piala Dunia ketika ini berdepan situasi sukar apabila terpaksa mengerah kudrat biarpun sedang berpuasa. 
Bagi pasukan yang mempunyai pemain Islam, mereka perlu mengimbangkan antara tanggungjawab terhadap agama serta kesan puasa kepada prestasi perlawanan. 

Bagi kapten Algeria, Djamel Mesbah (gambar), situasi itu bukan perkara asing kepada pemain Islam yang bermain untuk kelab Eropah.

Jalan Imbi Runtuh Tiada Kaitan Dengan Projek MRT



KUALA LUMPUR - Insiden tanah runtuh di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi yang runtuh tengah hari tadi tidak mempunyai kaitan dengan Projek Transit Rapid Massa (MRT).

Menurut MRT, Jalan tersebut tidak termasuk dengan laluan Projek MRT antara Sungai Buloh-Kajang.

"MRT Corp ingin menegaskan insiden (tanah runtuh) tersebut tidak terlibat dengan Projek MRT," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

MRT kemudiannya menasihati pengguna jalan raya mematuhi arahan pihak polis yang mengawasi lokasi tersebut dan meminta para pengguna memandu dengan cermat terutama bagi penunggang motosikal.

Sehingga jam tiga petang tadi, pihak berkuasa masih lagi menjalankan aktiviti pengorekan tanah susulan terdapat saluran gas, air dan kabel yang mungkin boleh mencetuskan letupan akibat tekanan tinggi.

Siasatan awal pihak berkuasa turut mendapati kemungkinan punca tanah runtuh akibat daripada saluran air dalam tanah pecah.

Rakyat Tidak Perlu Sertai Peperangan Di Syria





KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam di Malaysia tidak perlu melibatkan diri dalam peperangan di Syria atas nama jihad.

Bagaimanapun, umat Islam digalakkan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada golongan yang terjejas dengan peperangan itu, katanya.

"Janganlah kita membuat keputusan untuk melibatkan diri tanpa mengkaji adakah peperangan itu dianggap jihad,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Malah, golongan yang terlibat dalam peperangan itu juga tidak mengharapkan rakyat Malaysia turut serta dalam konflik tersebut, kata Jamil Khir.

"Banyak pandangan daripada mujahidin di sana tidak mengharapkan rakyat Malaysia turun dalam peperangan sebaliknya membantu dari sudut kemanusiaan, pakaian dan sebagainya," katanya.

Jelasnya, umat Islam perlu mendapat maklumat dari kerajaan sebelum menyertai kumpulan tertentu yang berperang di negara Arab.

"Keadaan di setiap sesuatu negara itu berbeza. Jadi saya berharap kita perlu membuat keputusan, sama ada mahu berpihak kepada mana-mana pihak dalam kancah peperangan itu, maka perlu mendapat pandangan dan maklumat daripada berwajib seperti pejabat menteri, kementerian luar," katanya.

Kenyataan itu timbul selepas polis mendedahkan gambar lima orang rakyat Malaysia yang dikehendaki, tiga daripadanya kerana disyaki merekrut anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Islamic State of Iraq and Levant (ISIL).

Sementara itu, Jamil Khir ketika ditanya berkata beliau masih belum dapat mengulas sama ada peruntukan dalam Rang Undang-Undang Keharmonian akan menjejaskan kedudukan Islam, seperti yang dibimbangkan oleh para pemimpin NGO pro-Melayu.

Katanya, beliau masih menunggu rang undang-undang tersebut dikemukakan ke Kabinet sebelum dapat mengulas mengenainya.

"Sebagaimana sedia maklum, Akta Keharmonian belum dibawa ke kabinet, jadi kita tak tengok lagi kerangka yang dibuat.

"Tunggu di bawa ke kabinet dulu," katanya dalam sidang medianya di Pejabatnya di Putrajaya.

Tuesday, 1 July 2014

Mah Siew Keong turut melawat Tuan Haji Hadi Awang di Hospital.



Selepas PM melawat Tuan Guru haji hadi awang,datuk Mah Siew Keong Pun turut melawati beliau,Walaupun berbeza agama dan bangsa atas semangat usahakawan terjalin persahabatan antara mereka.Mana perginya kawan-kawan dalam DAP ye???

Pesanan khidmat masyarakat..!



Orang Johor, anda kenal?

Tolong sesiapa yg kenal housemate aku ni... baru meninggal kat hospital klang td , 28 june 2014 ( 6pm)... aku dan 2 anggota polis dh selongkar bilik dia tp xde maklumat yg dijumpai... suma kawan2 xde contact sedara mara dia... dia seorang pendiam... aku sorg kt rumah kene uruskan suma ni... lusa aku de final presentation... mana satu aku nak cekau ni??? Ujian ramadhan,... tolong tag mana yang kenal... plezz...

masalah bertambah apabila beliau dh lama hilang ic, tp xrenew... kt employment form kerja xde detail family, boss dia pun cari sy,cmne??? totally maklumat sal dia xde sekarang...
hubungi saya dengan segera :
013-5321224... Haffiz...
ikuti perkembangan lanjut di :
fb - https://www.facebook.com/aku.pelik