PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Friday, 24 January 2014

Halang kalimah Allah digunakan Kristian di Semenanjung - Tun M




KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu kembali kepada perjanjian asal yang hanya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja.
Bekas Perdana Menteri berkata, sebarang permohonan oleh pihak tertentu untuk menggunakan kalimah tersebut di Semenanjung mesti dihalang kerana hampir semua penduduk yang menggunakan bahasa Melayu di sini adalah orang Melayu beragama Islam.
Menurut beliau, cubaan pihak berkenaan untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung dilihat lebih kepada rancangan untuk menarik orang Melayu dan Islam di sini kepada agama Kristian.
"Saya berpendapat, kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam kerana kalimah itu tidak ada di dalam Bible atau terjemahannya di dalam mana-mana bahasa sebelum kedatangan Islam.
"Di zaman pemerintahan British dahulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang ada usaha untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Kebangsaan dan Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini, hari ini.

Thursday, 23 January 2014

Anwar Berdolak Dalik Jawab Isu Bakar Bendera Jepun

KUALA LUMPUR 22 Jan - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap berdolak dalik dalam menjawab isu tindakan memijak dan membakar bendera Jepun yang dilakukan oleh pengikut Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anwar turut enggan mengulas tindakan yang akan diambil terhadap Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menganjurkan bantahan di hadapan kedutaan Jepun semalam.

"Cukuplah... Saya dah kata tak setuju, cukuplah tu

"Saya setuju hak ketua AMK membantah keputusan kerajaan Jepun. Tapi saya tak setuju tindakan memijak bendera Jepun," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Ibu Pejabat Pas selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR disini, hari ini.

Semalam, para pendemo yang mahu memboikot barangan daripada Jepun dilihat memijak bendera negara berkenaan yang menandakan protes daripada isu yang tidak membenarkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu daripada dibenarkan masuk ke negara tersebut.

Dalam demonstrasi itu, turut kelihatan beberapa poster bendera Jepun dipijak oleh peserta demonstrasi.
alt


Ianya berlaku ketika penyerahan Memorandum Bantahan kepada Kedutaan Jepun yang diketuai Shamsul Iskandar.

Dalam kenyataan memorandum tersebut,  AMK menuntut kerajaan Jepun mengemukakan pengampunan secara terbuka sekiranya terdapat masalah prosedur apabila menghalang Anwar memasuki negara itu.

Insiden ini turut mendapat perhatian dari media Jepun malah beberapa rakyat Malaysia yang menetap di negara tersebut beranggapan ianya memalukan Negara.

Wednesday, 22 January 2014

Penyanyi Dihalau dari Pentas Kerana Bertudung

KUALA LUMPUR  - Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini baru-baru ini.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.
alt

Arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”

Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”. “Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab.

Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.

Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung.

Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.

Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut.

KURANG AJAR !!! #NGAKORMING HINA UMNO !!! KEPADA PRESIDEN DS @NAJIBRAZAK TOLONG AMBIL TINDAKAN !!!



apa masalah nga kor ming ni ??? kurang ajar sangat statement tu !!! apa kena mengena dengan UMNO pasal isu anwar ibrahim kena tahan kat jepun ??? kan dah diberitahu itu semua undang-undang jepun ??? sukati jepun lah nak menghalang sesiapapun sekiranya rakyat yang buat salah tak boleh negara mereka.apa yang anwar ibrahim lakukan ??? anda tahu kan anwar ibrahim ni bekas banduan ??? lihat semula undang-undang kerajaan jepun kenapa anwar ibrahim tak boleh masuk 

Ahli PKR sindir Gobind

KUALA LUMPUR - Jika bapanya, Karpal Singh digelar 'Harimau Jelutong', anaknya, Gobind Singh Deo pula diberi gelaran 'Tikus Puchong'.
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kubang Pasu di Kedah, Hamzah Alias berkata, gelaran itu sesuai diberikan kerana sikap Gobind yang melarikan diri dan masih enggan menjawab isu pembohongan berhubung 'surat guaman' yang kononnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember lalu.
Menurutnya, pembohongan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Puchong itu jelas memalukan seluruh pakatan pembangkang dan sikap membisu tersebut menyebabkan pakatan itu terpalit dengan tohmahan rakyat.
"Dulu bapanya pernah digelar 'Harimau Jelutong' tetapi hari ini saya mahu gelar Gobind pula sebagai 'Tikus Puchong' kerana bersikap membisu dan takut untuk tampil menjelaskan isu berkenaan.
"Gelaran itu memang sesuai dengan tindakan Gobind yang macam tikus, sudah buat salah lari dan menyorok pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobind sebelum ini mendakwa telah menghantar surat guaman untuk menyaman ROS berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP.
Dalam pada itu, Hamzah turut mendesak Gobind menemui Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menjelaskan perkara berkenaan jika benar beliau tidak berbohong.
"Apa lagi mahu tunggu Gobind, jumpa Datin Seri (Wan Azizah) dan jelaskan semua penipuan yang berlaku dan saya juga berharap kepemimpinan PKR dapat mendesak Gobind untuk tampil menjelaskan perkara berkenaan dengan segera," katanya.


Tuesday, 21 January 2014

Operasi buru PATI selepas PKPP, bukti kerajaan tidak berkompromi - Zahid Hamidi



SEPANG 21 Jan. - Operasi besar-besaran bagi memburu Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang gagal mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) yang diadakan serentak di seluruh negara bermula 12 tengah malam tadi, membuktikan kerajaan tidak lagi berkompromi berhubung isu Pati.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 10,000 penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Jabatan Imigresen , Jabatan Sukarelawan Malaysia serta Polis Diraja Malaysia menyertai operasi paling besar yang pernah dilakukan Imigresen itu.
Ahmad Zahid berkata, selepas kerajaan memberi tempoh tiga bulan kepada majikan iaitu bermula 21 Okt tahun lepas hingga semalam untuk mendaftarkan pekerja mereka di bawah PKPP, kini tiba masanya KDN bertegas terhadap mereka yang enggan melakukannya.

"Di Dalam mesyuarat pasukan Petugas khas, kita bersetuju bahawa PKPP tidak akan disambung kerana majikan telah diberikan tempoh waktu yang panjang.
"Kita memberi peluang kepada majikan kerana kasihan melihat mereka mendakwa ditipu oleh ejen tetapi mereka tetap melengahkan sehingga melanggar undang-undang dan kita tidak akan berkrompomi terhadap mereka," katanya dalam sidang media semasa menyertai operasi Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya berhampiran Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, awal pagi tadi.
Operasi yang melibatkan 700 penguatkuasa itu, turut disertai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad.
Ahmad Zahid berkata, operasi tersebut akan diadakan berterusan dan mereka yang ditangkap akan dihantar pulang dalam masa tujuh hari bagi mengelak kesesakan di pusat tahanan serta mengurangkan kos perbelanjaan.

"Terdapat 15 pusat tahanan imigresen di seluruh negara dan kita juga telah wartakan beberapa tempat untuk dijadikan pusat tahanan sementara," katanya.
PKPP dilaksanakan bagi menyelesaikan permohonan majikan yang tidak dapat memutihkan Pati diebabkan kes penipuan ejen/syarikat pengurus, mengurangkan jumlah Pati sedia ada, memastikan pematuhan undang-undang berkaitan dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.
PATI yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal dengan kosnya ditanggung oleh pekerja, majikan atau kedutaan manakala majikan yang menggaji PATI itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen.
- BERNAMA




Operasi Bersepadu PATI ke seluruh malaysia











DAtuk zahid hamidi telah lancarkan Operasi Bersepadu PATI ke seluruh peringkat bersama penguatkuasa imigresen,PDRM,relamalaysia dan KDN PUTRAJAYA.Hasil tangkapan sangat baik kerana kami telah lancarkan besar-besaran untuk membanteras pendatang tanpa izin yang berleluasa di negara kita ini...........
Allamdulilah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat membantu membanteras pendatang tanpa izin...........
kita tidak mahu negara kita ini menjadi tempat pembiakkan pendatang tanpa izin,kerana rakyat malaysia cintakan keamanan...........