PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday, 8 January 2014

KAMI TETAP MENYOKONG PENUH TINDAKAN MEMBANTERAS PERJUDIAN HARAM DAN OPS CANTAS


"KAMI PEMUDA UMNO BAGAN DATOH DAN GERAKAN BELIA 4B MENYOKONG PENUH TINDAKAN MENTERI DALAM NEGERI MEMBANTERAS PERJUDIAN HARAM DAN OPS CANTAS"TERUSKANNNNNNNN...........................

Tuesday, 7 January 2014

Tangani isu sensitif secara matang - PM


PUTRAJAYA 6 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap isu berkaitan dengan perkara sensitif ditangani secara matang dan bukan dengan cara emosi.
Beliau berkata, apa yang dimaksudkan adalah isu-isu seumpama itu hendaklah ditangani berdasarkan kepada kedaulatan undang-undang dan pendekatan dialog dengan semua pihak.
"Apabila kita boleh duduk semeja, bincang cari penyelesaian, saya percaya kita dapat mengurangkan sebarang ketegangan yang boleh timbul atas apa-apa isu yang boleh berbangkit dari semasa ke semasa.
"Tidak ada gunanya kalau kita berbangga dengan kejayaan kita tetapi salah satu daripada tiang seri negara kita biarkan hancur lebur. Ini bermakna segala-gala yang telah kita bina selama ini tidak membawa erti sama sekali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.
Najib berkata, selama ini ramai pemimpin dari negara-negara lain berbangga dan hairan dengan kemampuan Malaysia mengekalkan keamanan meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum serta agama.
Menurut beliau, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik disebabkan kepelbagaian rakyatnya daripada segi agama, kaum dan budaya tetap hidup dalam keadaan aman serta harmoni.
"Apabila saya berjumpa dengan pemimpin luar negara, mereka berbangga dan mereka agak hairan bagaimana Malaysia boleh mengekalkan keadaan seperti ini meskipun kita menghadapi kepelbagaian yang begitu kompleks.

"Keadaan ini perlu diberi perhatian supaya tidak ada isu berbangkit dari semasa ke semasa yang boleh menggugat keadaan (keamanan) yang selama ini kita kecapi dan selama ini Malaysia telah pun terkenal di seluruh dunia," katanya.

Mayat nelayan ditemui tersangkut di jaring




BAGAN DATOH - Niat seorang nelayan untuk mencari kepah berhampiran kawasan Beting Beras Basah, di sini, bersama rakan berakhir tragedi apabila dia lemas akibat terjatuh ke dalam laut.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi kelmarin, mangsa Shamsudin Abdullah, 36, dikatakan terjatuh dari bot ketika mencari kepah di kawasan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Perak Selatan, Dr Abd Samad Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 4.58 petang kelmarin.
Menurutnya, berdasarkan maklumat itu, pihaknya menubuhkan satu pasukan bagi mencari dan menyelamat mangsa di perairan Sungai Bagan Datoh disertai polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Pasukan Marin Kampung Acheh.

"Mayat mangsa bagaimanapun ditemui tersangkut dijaring seorang nelayan yang melalui perairan Pulau Sembilan jam 6.20 petang semalam.

"Dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya menerima laporan di Balai Polis Bagan Datoh daripada rakan mangsa mengatakan Shamsudin jatuh ke dalam laut.

Jelasnya, mangsa yang mempunyai seorang isteri dan anak perempuan itu gagal ditemui rakannya ketika mahu menyelamatkan Shamsudin.

“Usaha mencari mangsa dibantu oleh Bomba dan Penyelamat Balai Hutan Melintang, Teluk Intan serta Tapah," katanya.

Monday, 6 January 2014

Dasar transformasi diteruskan

Najib Tun Razak bersama (dari kiri) Khairolnezam Shaari, Nor Hayati Onn, Dr. Ali Hamsa, Dr. Zuraidi Ishak dan Megat Firdouz Megat Junid pada majlis mengangkat sumpah simpan rahsia Setiausaha Politik di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 6 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan melalui dasar transformasi akan diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dalam usaha memperkukuhkan ekonomi negara sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Tegasnya, dalam situasi tempoh untuk mencapai status negara maju yang semakin singkat, kerajaan tidak mempunyai opsyen lain kecuali perlu melakukan perubahan terhadap sektor ekonomi negara.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, segala perubahan serta pembaharuan yang berlaku akan mengambil kira pandangan dan hasrat supaya kerajaan tidak melakukan sesuatu yang boleh membebankan rakyat.

"Inilah opsyen yang ada pada kita. Kita mesti sedar inilah satu keadaan yang perlu dihadapi oleh semua negara disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang berubah.
"Bagi menentukan daya saing negara, kita perlu membuat perubahan dan perubahan ini sudah pun kita garis dalam agenda dan dasar transformasi negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama bagi tahun ini di Dataran Perdana di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
Najib berkata, hanya negara yang sanggup melakukan perubahan terhadap sektor ekonominya boleh menghasilkan pertumbuhan secara mampan.
"Perubahan yang saya maksudkan ialah perubahan struktur dan perubahan pada dasar yang lebih tepat dan dikemas kini pada setiap masa.

"Sekiranya kita tidak sanggup melakukan perubahan iaitu perubahan struktur dan perubahan yang strategik, kita akan mengalami keadaan yang mana ekonomi Malaysia akan tumbuh perlahan dan tidak mungkin dapat mencapai kadar pertumbuhan sekitar lima atau enam peratus seperti yang dihasratkan," ujarnya.
Beliau dalam pada itu turut menarik perhatian tentang senario ekonomi yang melanda seluruh dunia ketika ini.

"Lihat pada senario dunia terutama dalam konteks andaian dan tahun 2014 kita dapat lihat terdapat kawasan-kawasan tertentu menghadapi masalah ekonomi yang agak kritikal, misalnya zon Eropah.
"Walaupun krisis yang genting sudah berlalu tetapi negara-negara dalam zon Eropah akan melalui dekad yang mana pertumbuhan ekonomi mereka akan berlaku pada tahap yang sangat rendah. Malah ada yang menyifatkan dekad akan datang bagi zon Eropah sebagai lost decade," katanya.

Begitu juga katanya, keadaan ekonomi yang melanda negara-negara lain seperti Jepun, namun hasil usaha Perdana Menterinya, Shinzo Abe sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada ekonomi negara berkenaan.
"Negara China sekali pun yang kita anggap sebagai 'engine of growth' untuk ekonomi global, tidak mungkin dapat mencapai pertumbuhan ekonomi antara sembilan hingga 10 peratus setahun melainkan China sanggup melakukan perubahan menyeluruh dalam sistem ekonomi mereka," ujarnya.

Mengulas tentang rasionalisasi subsidi, beliau berkata, Malaysia membelanjakan RM42 bilion untuk tujuan itu.
"Tidak ada negara di dunia ini peruntukan pembangunannya sebanyak RM49 bilion, (dengan) RM42 bilion daripadanya untuk subsidi dan insentif. Keadaan ini dalam satu segi mencerminkan kerajaan memang prihatin kepada bebanan rakyat tetapi keadaan ini tidak boleh kita teruskan kerana tidak mampan.
"Cuma kita kurangkan beban atau subsidi dengan cara berperingkat. Mana yang boleh kita lakukan untuk menolong pelbagai golongan seperti mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah termasuk penjawat awam kita mesti lakukan," katanya lagi.

Beliau percaya, jika ekonomi negara lebih kukuh serta hasil negara lebih mantap, maka projek pembangunan boleh ditambah manakala segala kemudahan serta kebajikan untuk penjawat awam dan rakyat pelbagai golongan boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa.
Selain itu, beliau menyatakan komitmennya untuk melaksanakan semua janji-janji yang telah ditawarkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).


Sunday, 5 January 2014

Tempat tahanan ISA dijadikan penjara agro




PUTRAJAYA - Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak akan kekal sebagai pusat tahanan dengan konsep penjara agro, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata, fungsi tempat tahanan dengan keluasan 93.3 hektar yang mula beroperasi pada 1 November 1973 sebagai tempat tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu berakhir semalam setelah enam tahanan terakhir dibebaskan.

Selaras dengan konsep sara diri yang diperkenalkan Jabatan Penjara, beliau berkata tempat tahanan yang lebih dikenali sebagai Kem Tahanan Kamunting akan diguna untuk mengeluarkan produk makanan seperti sayuran dan ikan bagi kegunaan banduan.

"Banduan yang ditempatkan di sini terdiri daripada banduan yang dipilih dari beberapa penjara yang dikategori sebagai banduan tidak berisiko dan hukuman tidak panjang tempohnya," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohmad Khalid Sharif di sini hari ini.

Semalam, enam tahanan terakhir ISA yang terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua Indonesia dan seorang Filipina dibebaskan. Mereka ditahan di Sabah pada 14 Nov 2011 kerana menganggotai kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah.

Pembebasan kumpulan terakhir tahanan ISA itu susulan pemansuhan akta itu yang diganti dengan penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 pada 31 Julai 2012.

Ahmad Zahid berkata, tempat tahanan perlindungan itu juga akan menempatkan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Langkah-Langkah Pencegahan Khas dalam Akta Dadah Berbahaya dan Akta Pencegahan Jenayah.

"Ini adalah untuk memastikan Tempat Tahanan Perlindungan Taiping tidak berada dalam keadaan daif. Kami akan menggunakan aset yang sedia ada tanpa membina aset-aset baharu," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pada tahun lepas Tempat Tahanan Perlindungan Taiping juga memberi latihan kemahiran dalam bentuk penghasilan produk hasil pertanaian dan penternakan yang membawa pulangan RM520 ribu.

Beliau berkata, produk pertanaian seperti sayuran kangkung dan sawi (200kg sebulan) dibekalkan kepada penjara-penjara bagi bekalan harian manakala sayuran berdaun, cendawan dan kucai turut dibekalkan kepada peniaga dan penduduk di sekitar Daerah Larut Matang dan Penjara Taiping (150kg sebulan).

"Pusat ternakan ikan air tawar juga membekalkan ikan seperti ikan keli dan ikan tilapia kepada lapan penjara seperti Penjara Batu Gajah, Penjara Tapah, Penjara Alor Star, Penjara Pulang Pinang, Penjara Seberang Prai dengan setiap bulan pembekalan mencecah empat tan," katanya.

Selain menternak lembu, kambing, dan ternakan lain seperti ayam kampung, Ahmad Zahid berkata tempat tahanan perlindungan itu juga menjadi pusat pengumpulan dan pemprosesan hasil kenaf yang merupakan projek kerajaan dengan kerjasama Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara. - Bernama
 

Pemuda UMNO selar pihak pertikai keputusan mahkamah


IPOH 5 Jan. - Pergerakan Pemuda UMNO menyelar sikap pihak tertentu yang terus mempertikaikan keputusan mahkamah berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun (gambar) berkata, tindakan tersebut secara jelas menunjukkan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah itu tidak dihormati dan cuba diputarbelitkan bagi tujuan tertentu.

Justeru katanya, tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar perundangan negara termasuk dalam mempersoalkan keputusan mahkamah berhubung isu berkenaan.
''Pemuda UMNO akan terus mempertahankan keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dan tidak sesekali akan berkompromi dengan pihak yang cuba memutarbelitkan isu ini.
''Kalau mahkamah sudah putuskan tidak boleh guna kalimah Allah dalam mana-mana penerbitan, maka ini perlu dihormati. Jika ada yang langgar keputusan ini, bermakna mereka tidak menghormati keputusan mahkamah dan undang-undang dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan dan Mengenang Jasa anjuran Pemuda UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di sini semalam.
Beliau mengulas tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang berkeras supaya gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah dan bahasa Melayu dalam perhimpunan mingguan mereka.
Khairul Azwan berkata, semua pihak termasuk ahli politik perlu sama-sama mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan dan tidak sewenang-wenangnya bersetuju jika ditukar.
Malah katanya, tidak boleh wujud elemen double standard kerana ingin menjaga kepentingan sesetengah pihak hingga melupakan undang-undang yang sepatutnya dipertahankan.

''Ini adalah asas dalam prinsip kenegaraan iaitu menghormati undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Ini yang perlu didukung sebagai rakyat, apatah lagi pemimpin politik.
''Jika nak pertahankan apa juga anutan agama tidak menjadi masalah. Tidak pernah lagi kerajaan menghalang anutan mana-mana agama lain untuk mempraktikkan," katanya.

Mesyuarat ajk umno bhagian Bagan datoh bersama ketua bahagian datosri ahmad zahid di hotel Royal chulan








HARI INI MENGHADIRI MESYUARAT AJK UMNO BAHAGIAN BAGAN DATUK BERSAMA KETUA BAHAGIAN DATO SRI AHMAD ZAHID HAMIDI DI HOTEL ROYAL CHULAN.KEHADIRAN YANG DATANG AMAT BAIK DAN KAMI JUGA MEMBINCANGKAN ISU-ISU BARU UNTUK PEMBANGUNAN,KEBAJIKAN PENDUDUK MELIPUTI KAWASAN BAHAGIAN BAGAN DATUK...............