PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Friday, 11 September 2015
Saya Tidak Pernah Beli Ketua Bahagian, Perwakilan - Najib
Pihak yang mahu menumbangkan UMNO menggunakan formula membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin bagi melupakan jasa disumbangkan mereka selama ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan berkenaan menggunakan media sosial sebagai senjata utama untuk menyemai kebencian kepada pemimpin.
“Kita berdepan persekitaran baharu yang mana media sosial boleh racuni pemikiran rakyat supaya benci kepada pemimpin sehinggakan jasa pemimpin tidak bererti.
“Satu dua perkara diperbesarkan seolah-olah langit akan jatuh menghempap.
“Serangan akan ditujukan kepada kepala. Kalau kepala hilang kepercayaan maka mudahlah parti tumbang pada bila-bila masa.
“Padahal Malaysia hari ini adalah sebuah negara yang berjaya, dihormati dan kejayaan dengan perubahan besar adalah kerana perjuangan UMNO dari dulu hingga hari ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.
Menurut Najib, adalah penting untuk menyaring maklumat dalam suasana politik baharu yang mana rakyat mesti ada kebolehan untuk membezakan antara yang benar atau sebaliknya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak pernah membeli perwakilan atau ketua bahagian sepanjang bertanding pelbagai peringkat jawatan dalam UMNO.
“Saya tak buat tetapi saya bantu buat program sebab ketua bahagian minta saya bantu.
“Saya tak pernah amalkan, saya tak beli undi. Inilah cara kita dalam UMNO,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment