PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Sunday, 13 September 2015

Najib Doakan Jemaah Haji Malaysia Selamat


Perdana Menteri dan para perwakilan Persidangan UMNO Bahagian Pekan hari ini membaca al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada mangsa kejadian kren tumbang di kawasan Masjidilharam, Mekah semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut mendoakan semua jemaah haji dari Malaysia termasuk yang cedera dalam kejadian itu segera sembuh dan dapat melaksanakan ibadah dengan selamat.

“Saya doakan jemaah haji termasuk dari Pekan mudah-mudahan selamat dan dapat pulang ke tanah air berjumpa dengan keluarga masing-masing,” katanya ketika memulakan ucapan merasmikan persidangan berkenaan di sini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam akaun Twitter miliknya pagi ini juga berkata, kerajaan akan memberikan bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Angka korban akibat kejadian kren tumbang tersebut dilaporkan meningkat kepada 107 orang manakala 238 cedera.

Kejadian dipercayai berpunca daripada angin kuat dan hujan menyebabkan kren bergoyang serta tumbang.

Setakat ini 10 jemaah Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang waktu Mekah itu

No comments:

Post a Comment