PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Wednesday, 17 September 2014
PAS Diberi Amaran Tidak Campur Tangan Isu MB
KUALA LUMPUR - Pas diminta tidak masuk campur berhubung soal pelantikan menteri besar yang semakin meruncing di Selangor.
Peguam Pas, Zulhazmi Sharif berkata, Pas tidak sepatutnya menyuarakan penentangan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, Pas sepatutnya berdiam diri demi menghormati PR yang mana kedua-dua parti komponen masih berpegang pada cadangan tersebut.
“Sebenarnya masalah ini datang dari Pas, kalau 15 Adun Pas bersetuju nak tukar menteri besar, masalah ini sudah selesai.
“Kalau tidak setuju pun, tidak perlu bantah. Itu sahaja. Dalam PR ada tiga komponen, PKR, DAP dan Pas. PKR sudah setuju, DAP sudah setuju, jadi dua lawan satu.
"Majoriti sudah bersetuju. Jadi kalau kita tidak setuju jangan bantahlah, duduk diam-diam sahaja,” katanya dalam sesi soal jawab “Kemelut MB Selangor: Mampukah PR Bertahan?" anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), semalam.
Dakwanya lagi, kedegilan Pas yang menolak Wan Azizah melambatkan proses pertukaran menteri besar di negeri itu.
“Sekarang ini 28 Dun sudah bersetuju menteri besar ditukar, hanya 15 Dun Pas sahaja yang masih mahu kekakan Abdul Khalid. Yang 15 (Dun) ni tunggu apa lagi?
"Yang kita (Pas) degil sangat ni kenapa? Apa yang kita (Pas) mahu?
“Sepatutnya hal ini sudah lama selesai, tapi Pas boleh pula keluar kenyataan kata tak setuju (Dengan Wan Azizah)...Pas kata tidak setuju dengan Wan Azizah, tapi dia (Pas) juga yang calonkan Wan Azizah,” tambahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment