PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Saturday, 27 September 2014
Dua ADUN Selangor Mungkir Bai'ah Barua
BATU PAHAT - Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ADUN Morib Saari Sungib dan ADUN Hulu Kelang Hasnul Baharuddin sebagai barua kerana memungkiri Baiah taat setia kepada parti kerana mendahului keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor.
Presiden PAS itu dalam nada tegas berkata, PKR juga melanggar etika Tahaluf Siyasi bersama PAS kerana 'mencuri' dua ADUN PAS demi mendapat jumlah sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Ini pula (PKR) takut dengan kita (PAS) majoriti yang takut tak dapat (sokongan) curi wakil rakyat kita. Beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?
"Kita tidak memandang ringan dua wakil rakyat yang bertindak menyeberang yang menjadi broker, yang jadi barua," katanya ketika sesi Pergulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60, di sini, hari ini.
Tambah Abdul Hadi, kedua-dua ADUN belot itu perlu takutkan hukuman Allah kerana telah melangar bai'ah setia dengan parti ketika mengangkat sumpah menjadi wakil rakyat PAS.
"Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbai'ah. Masa nak jadi calon berbai'ah, Wallahi, wabillahi, watawallahi.
"Mana lagi besar berbai'ah dengan surat akur janji?" tegasnya lagi.
Hadi turut mengingatkan kepada PKR bahawa partinya tidak mengejar dengan jawatan menteri besar sungguhpun PAS mempunyai jumlah majoriti yang lebih tinggi daripada rakan partinya itu di Selangor.
"Dengan menyerdari Langkah Kajang yang tidak menyenangkan kita, saya ingin menegaskan bahawa PAS tidak merebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap dengan jawatan menteri besar.
"Walaupun tiada persefahaman (perjanjian) siapa yang menjadi menteri besar, tiada perjanjian bertulis, walaupun PAS dapat 15 kerusi (DUN), PKR 14 kerusi, DAP 15 kerusi, mengikut Perlembagaan Selangor, menteri besar mestilah Melayu Islam, PAS tak rebut jawatan ini," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Saari dan Hasnul menyatakan sokongannya menerusi akuan bersumpah menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Ianya merupakan usaha untuk menggulingkan penyandang menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang enggan melepaskan jawatannya sehingga mengakibatkan ADUN Perlabuhan Klang itu dipecat PKR.
Krisis politik yang dietuskan PKR itu dijangka selesai Selasa ini apabila menteri besar baru akan mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment