PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday, 23 December 2013

Belia Bagan Datoh Wajar Daftarakan Dira Dalam Biro Ekonomi Dan Usahawan Muda


Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh, Dr Nik Mohammad Azli menggalakkan golongan belia di kawasan berkenaan mendaftarkan diri dalam Biro Ekonomi dan Usahawan Muda.
Katanya, dengan penglibatan di dalam biro berkenaan, ia mampu membantu golongan belia melonjakkan ekonomi masing-masing.

Beliau menambah, adalah menjadi objektif pemuda bahagian berkenaan untuk membantu golongan belia menambah pendapatan dan sekaligus meningkatkan ekonomi.
"Sebagai contoh biro ini bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang, yang mana kalau ladang ni, kita akan menggalakkan semua pemuda cawangan untuk mendaftar sebagai ahli PPK.
"Jadi apabila belia dah mendaftar sebagai ahli PPK banyak keuntungan yang perolehi, sebagai contoh baja, borang pinjaman dan lain-lain.

"Jadi disitu kita beri ruang dan peluang untuk meneruskan perniagaan.
Menurut beliau, pemuda merasakan ada dikalangan belia yang tidak tahu maklumat serta mempunyai informasi yang kurang untuk menjalankan perniagaan dalam apa-apa bidang.
Sehubungan itu katanya, biro akan menggunakan pelbagai saluran dari agensi-agensi untuk menggalakkan pemuda ini menceburi bidang perniagaan.

"Bagi merealisasikan matlamat ini, Pemuda Bahagian Bagan Datoh akan menjalin hubungan rapat dengan agensi kerajaan yang boleh membantu dari segi kewangan.
"Jadi kita akan jalin kerjasama dengan TEKUN dan Giat Mara untuk mengadakan kursus perniagaan kepada golongan berkenaan.
"Setiap ketua Pemuda Cawangan akan digalakkan untuk menghadiri kursus latihan ekonomi termasuk bidang pertanian.

"Dari kajian yang kita buat sebelum ini mendapati ramai golongan anak muda dalam bahagian ini bekerja dengan orang lain sebagai nelayan dan juga dalam sektor pertanian.
"Mereka tidak mempunyai lesen dan sampan untuk menangkap ikan dan terpaksa bekerja dengan orang lain dalam sektor pertanian,'' ujarnya.

No comments:

Post a Comment