PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday, 31 August 2015

Malaysia Cadang Kawal Selia Internet – Najib



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.
“Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat – agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.
“…supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai penghinaan dan perkara yang tidak benar,” katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk ‘Kepimpinan Dalam Masa Mencabar” pada siri ke-25 Ceramah Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, Khamis malam.
Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar.
Najib berkata kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.
Najib berkata pembaharuan ekonomi negara telah dipadankan dengan bidang-bidang lain seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.
Beliau berkata negara juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman, mengubah undang-undang bagi membolehkan pelajar menyertai bidang politik dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
“Ini adalah perkembangan paling besar kebebasan awam dalam sejarah Malaysia.
Namun, beberapa pihak luar telah menyerang kita kerana tidak menjaga hak rakyat,” katanya.
Najib juga membidas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa ‘demokrasi di Malaysia sudah mati’.
Justeru, perdana menteri berkata jika ada yang sangsi bahawa rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk mencari kesalahan kerajaan, maka mereka hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk melihatnya dalam talian.
“Kami sedar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan dan kami mendengarnya…tidak seperti negara-negara membangun yang lain. Bagaimapun, tiada siapa yang akan ditangkap atau didakwa kerana menyuarakan pandangan yang sah,” katanya.
Bagaimanapun, katanya kebebasan datang dengan tanggungjawab dan mereka yang berfikiran terbuka dan dimaklumkan berada dalam kedudukan untuk membuat pertimbangan yang lebih menyedarkan.
Tetapi mereka yang kurang bermaklumat akan menjadikan perkara yang kurang tepat dan pembohongan serta bergantung kepada sumber tidak boleh dipercayai dengan memutar dan mensensasikan maklumat, katanya.
“Ini amat bahaya dan sebab itu mengapa kerajaan saya bercadang mengenakan standard antarabangsa untuk mengawal selia internet,” katanya.
-mstar

Sunday, 30 August 2015

Tiga Sebab Malaysia Terima RM2.6 Bilion- TPM



Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengekang keganasan menjadi antara penyebab kepada penderma dari timur tengah itu tampil memberikan sumbangan sebanyak RM2.6 bilion sebagai dana politik.
Memetik sumber daripada Sinar online, beliau berkata sedemikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading, di sini, hari ini.
Tambahnya terdapat tiga sebab menjadi punca penyumbang berkenaan menyalurkan ‘derma’ terbabit untuk Malaysia.
Kata Zahid lagi, tujuan utama sumbangan itu diberikan kepada kerajaan yang ditunjangi Umno ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat meneruskan perjuangan demi agama Islam seperti yang dilakukan sebelum ini.
“sebab pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.
” Malayisa yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis), serta keganasan lain.
“Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar.
“…dan yang ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum,” katanya
Tambahnya lagi, sumbangan terbabit juga bukan sahaja diberikan kepada Malaysia sahaja, tetapi beberapa negara lain juga pernah menerima sumbangan yang sama malah kewujudan dana politik berkenaan yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Bukan kita sahaja yang menerima dana seperti ini, malah terdapat dua atau tiga negara lain yang menerima sumbangan secara peribadi daripada penyumbang Arab Saudi ini.
“Saya berharap dengan penjelasan ini semua peringkat termasuklah dari peringkat akar umbi dapat mengelakkan tuduhan yang berunsur fitnah dan penerangan ini cukup jelas serta tidak perlu lagi dipanjangkan,” petik laporan Sinar itu lagi.

Saturday, 29 August 2015

Siasat Najib dan 1MDB Bagai Nak Rak, Kenapa Azmin dan DEIG Bisu Seribu Bahasa?



BLOG JENTAYUABAKA - Sebelum ini ramai orang menjadi gila-gila kerana tetiba menjadi penyiasat tidak bertauliah, pakar kewangan, pakar bank, pakar polis kepada polis dan sebagainya.

Perdana Menteri dikoreksi, dimalukan,diaibkan luar dan dalam, sehingga ada sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO terpedaya dengan penipuan pihak pembangkang. Akhirnya ada yang hilang jawatan gara-gara termakan hasutan.

Tetapi, keghairahan menyerang Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini terpelanting kepada syarikat kontrovesi yang baru ditubuhkan DEIG di bawah Menteri Besar Selangor.

Di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor minggu ini, MB Azmin Ali terkapai-kapai, tersekat-sekat dan merah kemerah-merahan wajahnya kerana gagal menjawab soalan TS Khalid Ibrahim dengan yakin. Soalannya sangat-sangat mudah! Di mana wang RM7.65 Bilion? Sehingga ke hari ini Azmin gagal menjawab dengan betul.
Pertanyaan Rakyat
1. Di pihak rakyat pula, mereka bertanya kenapa tidak ada siasatan ke atas kes-kes berProfil Tinggi melibatkan RM7.65Bilion Dan RM30Bilion?

2. Kenapa tidak ditubuhkan Pasukan Petugas Khas? Kenapa pihak berkuasa kelihatan senyap dan berdiam diri dalam kes Azmin tetapi berkejar-kejar siang dan malam menyiasat 1MDB dan derma RM2.6 Billion?

Rakyat melihat perkara ini tidak adil. Jika terus berdiam diri, rakyat akan mempersoalkan integriti dan kredebeliti pihak berkuasa dalam negara kita. Siasatan sangat perlu untuk mencari kebenaran.

3. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah  Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994?

4. Apa tujuan DEIG yang kelihatan seumpama bisnes rahsia?


5. Apa yang dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat?

6. Adakah MB Azmin sekaligus sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan Pengerusi DEIG mempunyai kuasa veto?

7. Adakah DEIG anak syarikat MBI atau syarikat yang berasingan?

8. Apakah kaitan dengan nama dua individu yang dikaitkan dengan syarikat berstatus RM2 DEIG? Siapakah mereka?

9. Adakah MB Azmin menubuhkan DEIG kerana ragu kepada MBI?


10. Adakah kerana MBI pernah diketuai oleh Faekah bekas Pegawai TS Khalid Ibrahim ?

11. Bagaimana pula peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC)? Nampaknya bisnes kerajaan Selangor bertindan-tindan antara MBI, DEIG, SSIC dan Perbadanan ikhtisas yang lain.

12. Paling menarik sekali ialah kenapa wakil rakyat DAP Selangor dan kumpulkan GHB turut mempersoalkan DEIG? Apakah yang mereka tahu dan apakah yang mereka sembunyikan?

Kesimpulan
1. Pihak berkuasa perlu menunjukkan tindakan yang adil. Jika 1MDB disiasat berbulan-bulan lamanya bagai nak rak, gara-gara laporan-laporan palsu dan dokumen yang diubahsuai di dalam Sarawak Report, kenapa MB Azmin dan DEIG tidak disiasat walhal ianya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor oleh ahli-ahli kerajaan negeri Selangor sendiri?

2. Jika derma RM2.6B disiasat sehingga ke lubang cacing mengapa kes RM7.65Bilion yang dibangkitkan oleh bekas MB Selangor, TS Khalid Ibrahim tidak disiasat?

Untuk makluman, TS Khalid adalah pakar ekonomi manakala MB Azmin adalah bekas guru di Shah Alam. Kepakaran mengurus ekonomi dan wang serta aset berkapasiti besar sudah tentu berpihak kepada TS Khalid.


Penns, USA.
August 21, 2015.

Friday, 28 August 2015

Perangkap Musuh Politik Najib



BLOG APA YANG TERSIRAT - Apabila, rancaknya isu 1MDB dan wang RM2.67bilion, ramai bertanya-tanya, mengapa DS Najib Razak tidak menjawab, walaupun bertubi-tubinya pertanyaan dan kritikan.

2. Kini terjawab, rupanya Perdana Menteri sedang memasang perangkap, untuk menangkap musuh-musuh politik. Musuh-musuh politik bukannya daripada pembangkang, akan tetapi daripada Parti Umno sendiri.

3. Dua pemimpin kanan Umno tidak melihat, bagaimana gerak geri dan tindakan DS Najib, sehingga mereka terperangkap dengan permainan itu.

4. Isu 1MDB adalah isu pembangkang. Najib memang tahu apa yang didakwa pembangkang memang tiada asas. Atas sebab itu, beliau membiarkan mereka menembak berbagai peluru dan menunggu sehingga peluru habis.

5. Oleh kerana peluru yang ada pada musuh-musuh politik telah habis, maka beliau bertindak. Tindakan pertama adalah melalui pemecatan. Alasan pemecatan adalah jelas, mereka itu bukan sepasukan dengan beliau.

6. Kini, wang RM2.67bilion sudah disahkan bukan wang 1MDB, yang mengesahkan adalah SPRM sendiri. SPRM adalah pihak ketiga dalam perkara ini. Jika Najib mengikut nasihat orang lain, agar beliau sendiri menafikan dakwaaan tersebut, maka beliau bakal dituduh hanya menafi dan penafian itu bakal diputar belit.

7. Seperti pengakuan Najib, beliau terlibat dalam politik sejak tahun 1976, terlalu banyak sepak terajang ranjau dan duri beliau alami. Di sinilah kelemahan musuh-musuh politik beliau kerana gagal melihat dan menapis tindakan PM ke-6 itu, yang nampak lemah dalam aksi, akan tetapi apabila menikam, tikamannya bagai tikaman Hang Tuah.

8. Antara orang yang melihat perancangan Najib yang nampak terdesak dan goyah, namun tenang menghadapinya kerana percaya beliau mempunyai senjata ampuh dalam simpanan beliau adalah Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman. Atas sebab itu, selama kemelut 1MDB dan wang RM2.67bilion, Ketua Menteri Sabah tersebut tidak pernah mengulasnya, malah senantiasa meminta rakyat Sabah agar tidak berbelah bahagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

9. Demi tatapan pembaca dan rakyat, dan memberi penerangan berkaitan 1MDB, tugas tersebut diemban oleh Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said dan juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional- Dato Rahman Dahlan yang juga pemimpin Sabah.

10. Sedikit masa lagi, kemelut 1MDB akan terungkai apabila semua siasatan bakal diketahui. Masa itulah para pengkritik akan ternganga, bahawa tiada salah guna kuasa atau tiada wang yang lesap.

Thursday, 27 August 2015

Bagaimana Sarawak Reports Dapat Dokumen Akaun Najib?



BLOG APA YANG TERSIRAT (SR) - Satu persoalan besar bagaimana Sarawak reports dapat maklumat akaun peribadi Perdana Menteri? Pihak yang mempunyai akses terhadap akaun tersebut adalah para pegawai AmBank atau SPRM, kerana Bank Negara sudah membuat kenyataan melalui Gabenor bank tersebut, bahawa AmBank tidak membuat laporan berkaitan wang tersebut pada Bank Negara.

2. Pada 2 Julai The Wall Street Journal telah membuat laporan berkaitan wang yang dimasukan ke akaun Perdana Menteri, sedangkan sejak wang itu disalurkan ke akaun DS Najib pada 13 dan 25 Mac 2013, kurang sebulan sebelum pembubaran Parlimen untuk membolehkan PRU-13 diadakan, tiada desas desus atau laporan mengenainya. Hanya kerana dtubuhkan Pasukan Khas bagi menyiasat 1MDB, maka keluarlah maklumat tersebut.

3. Pihak-pihak tertentu, memang mahu mensabitkan Perdana Menteri berkaitan kemelut 1MDB, atas sebab itu satu draf palsu telah direka sebagai alat untuk mendakwa Perdana Menteri, namun sebelum ianya diserahkan ianya berjaya dipintas, di mana akhirnya draf tersebut sebenarnya draf palsu, kerana ianya bukan draf lajim yang dibuat oleh pihak Jabatan Peguam negara. Jika Perdana Menteri tidak bertindak awal, kemudian draf pertuduhan tersebut berjaya dikemukakan kepada Mahkamah, sudah pasti, DS Najib perlu meletakkan jawatan.

4. Berkaitan dengan wang sumbangan yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri yang berjumlah USD700milion, kemudian kononnya, USD650milion di bawah keluar sepertimana laporan Sarawak Reports, ianya bertujuan untuk mengumpul persepsi negatif kepada Perdana Menteri, agar supaya rakyat percaya, bahawa wang tersebut bukan kegunaan parti, namun kegunaan peribadi Perdana Menteri.

5. Laporan Sarawak reports pada 14 Ogos, seolah-olah wang sumbangan USD650 milion tidak digunakan bagi kos jentera pilihanraya Barisan Nasional atau Umno akan tetapi membawa pengertian, bahawa wang tersebut akan digunakan secara peribadi oleh Perdana Menteri.

6. SR mensensaikan lagi berkaitan wang USD650milion, kononnya selepas dimasukkan semula ke Tanaore Financial di Singapura, akaun bank tersebut telah ditutup pada April 2014. Melalui dakwaan ini, maka timbul lagi satu persepsi ke mana wang itu disalurkan? sedangkan pada masa yang sama portal itu mendakwa, kononnya akaun tersebut dibekukan oleh kerajaan Singapura. Terlihat benar, laporan SR itu hanya satu laporan rekaan dan mengada-ada atau fitnah.

7.Mengapa SR boleh berbuat demikian? kerana tiadanya penjelasan berkaitan USD700milion (RM2.6bilion) daripada DS Najib sendiri. Jika adanya penjelasan berkaitan penggunaan wang tersebut, sudah tentu, SR tidak akan boleh merekayasa cerita karut.

8. Tugas utama DS Najib sekarang adalah memberitahu ke mana wang tersebut digunakan, melalui penjelasan tersebut, maka tiada lagi pihak-pihak yang boleh mendakwa berkaitan wang tersebut, termasuk Mantan Timbalan Perdana Menteri- TSMY dan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

9. Jika benar, memang wang itu diagih-agihkan kepada parti-parti barsian nasional dan NGO mesra UBN, maka nyatakan, untuk menoktahkan berkaitan wang tersebut.

10. Pada masa ini, mencari siapa yang membocorkan maklumat akaun peribadi Perdana Menteri, sudah menjadi sejarah, kerana ianya sudah disahkan bahawa memang benar, sejumlah wang telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

11. Damage has been done. Untuk menghilangkan persepsi, hanya satu tindakan, jelaskan kemana wang RM2.6bilion tersebut.

Wednesday, 26 August 2015

Jangan Politikkan Hari Kebangsaan



 Semua pihak diminta supaya tidak mempolitikkan sambutan Hari Kebangsaan 2015, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia tidak kira apa jua fahaman politik, sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang bertemakan 'Sehati Sejiwa' perlu diraikan bersama.

"Bagi saya tidak timbul bahawa Pulau Pinang perlu keluarkan tema mereka sendiri kerana kita sudah ada tema Sehati Sejiwa yang harus kita serapkan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Larian Sehati Sejiwa, di Padang Merbok, di sini hari ini.

Jailani berkata demikian ketika diminta mengulas isu tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang dilapor akan menggunakan tema 'Bersih' bagi sambutan Hari Kebangsaan 2015 berbanding tema sambutan yang ditetapkan kerajaan persekutuan.

Susulan perkara itu Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengeluarkan Surat Pekeliling yang mengarahkan semua sekolah di negeri itu supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan lanjut daripada Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, mengulas laporan blog tertentu yang menyenaraikan nama 20 anggota Parlimen Barisan Nasional sebagai antara individu yang bekerjasama dengan pembangkang untuk membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui persidangan Dewan Rakyat pada Oktober depan.

Jailani berkata, mereka boleh mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya perlu.

Namun katanya, anggota Parlimen berkenaan perlu membuat laporan polis terlebih dahulu supaya siasatan dapat dijalankan.

"Kita boleh bantu menerusi SKMM...kalau mereka tidak terlibat, mereka tidak perlu khuatir," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jailani menasihati semua individu terutama wanita supaya berhati-hati menggunakan laman sosial dan tidak sesekali terjebak dalam sindiket 'Love Scam' yang didalangi warga Afrika.

Katanya, kementerian melalui SKMM sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan internet termasuk kawalan kendiri dalam menghindari sindiket 'Love Scam'.

"Ini bukan satu perkara yang baharu...seharusnya semua pihak perlu sedar dan tidak sesekali melayari laman sesawang atau melayan mana-mana individu yang tidak dikenali di laman sosial," katanya merujuk laporan khas akhbar tempatan hari ini yang melaporkan sebanyak enam hingga tujuh wanita Melayu dikesan diperdaya sindiket 'Love Scam' yang didalangi warga Afrika setiap hari.

Program Larian Sehati Sejiwa yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan MYNIC Berhad sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2015 itu disertai lebih 5,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Terbahagi kepada kategori iaitu 10 kilometer (km), 5 km dan 3 km, objektif utama program larian itu adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Hasnul Fadhly Hasan dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Tuesday, 25 August 2015

GST Bantu Negara Ketika Harga Minyak Jatuh - Najib



Hasil daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membantu kewangan negara ketika Malaysia berhadapan dengan kejatuhan harga minyak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mujur kita ada GST, kalau tak ada GST, memanglah tertekan kewangan kita. Tertekan sebab bila harga minyak merudum, bermakna dividen Petronas berkurangan, royalti berkurangan. Daripada mana kita nak tampung banyak belanja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020, di sini, hari ini.

Najib berkata, pelaksanaan GST bukan untuk menyusahkan rakyat dan beliau berpegang kepada prinsip 'daripada rakyat kita akan kembalikan kepada rakyat'.

"Saya telah berjanji kepada rakyat bahawa (hasil) tambahan daripada GST ini kita akan paparkan dalam bajet akan datang ke arah mana kita belanjakan duit tambahan itu," katanya.