PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday, 24 January 2015

Ceramah Maulidur Rasul



Kami Pemuda umno bagan datuk ingin menjemput saudara dan saudari hadir ke Ceramah Maulidur Rasul pada malam ini.Jom semua pakat datang ramai-ramai ye.....

Friday, 23 January 2015

Banjir: Rumah Musnah Akan Segera Diganti - Najib



 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua program berkaitan bantuan kepada penduduk terjejas banjir termasuk pembinaan dan penggantian semula rumah yang rosak, dilakukan secepat mungkin.

Beliau berkata masalah serta penderitaan rakyat yang terjejas akibat bencana alam itu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, dan ia mesti ditangani dalam tempoh terdekat.

"Walaupun banjir sudah surut tapi masalah penderitaan rakyat mestilah diselesaikan secepat mungkin.

"Terima kasih juga kepada agensi kerajaan dan sukarelawan yang terlibat dalam membantu menangani masalah banjir ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Najib berkata semua pihak perlu mengambil iktibar daripada banjir baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai luar biasa, dan membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan malapetaka secara lebih serius.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jan lepas berkata kabinet bersetuju supaya rumah yang tidak rosak sepenuhnya diberi bantuan pada kadar antara RM5,000 dan RM10,000.

Selain itu, bagi mangsa yang mempunyai tanah tetapi rumah mereka hanyut atau rosak 100 peratus akibat banjir, kabinet juga bersetuju untuk membina semula rumah di tapak mereka dengan model dipersetujui kabinet, bernilai RM48,000 sebuah.

Pada perhimpunan itu, Najib turut menerima sumbangan sebanyak RM425,236 bagi Tabung Bencana Banjir hasil sumbangan kakitangan JPM, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) serta individu.

Najib Gariskan 12 Langkah Drastik Bantu Mangsa Banjir



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir yang melibatkan 400,000 rakyat di Negara ini. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur hampir RM2.9 bilion.

(1) Kerajaan salur peruntukan tambahan RM500 juta sebagai bantuan permulaan untuk kerja-kerja baik pulih & program kebajikan mangsa banjir.Ini sebagai tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM787 juta.

(2) Kerajaan sediakan RM800 juta untuk baiki & bina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

(3) Menyediakan RM893 juta bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

(4) Membina rumah kampung bertiang (stilt houses) setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri

(5) Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

(6) Memberi bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang terlibat; dan Menghulur sumbangan RM5,000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga;

(7) Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan RM100 juta disediakan kepada TEKUN & RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

(8) BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan

(9) Bank Negara Malaysia akan tubuh Special Relief Facility berjumlah RM500 juta demi sediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar lebih rendah iaitu 2.25%, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

(10) Bank Rakyat akan tawar Skim Pinjaman Peribadi sehingga RM50 ribu pada kadar keuntungan serendah 3.9% untuk mereka yang terjejas dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran

(11) RM500 juta akan disediakan oleh institusi kewangan dgn jaminan pembiayaan sebanyak 70% di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir dan skim ini akan diuruskan oleh ProKhas;

(12) Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

Thursday, 22 January 2015

Surat FBI : Hishammuddin Sangkal Dakwaan Zahid Hamidi



 Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan beliau pernah mengeluarkan surat (penjelasan) kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sepanjang perkhidmatannya dalam kementerian dalam negeri.

"Saya boleh jawab bagi pihak diri saya sendiri dan saya tak pernah hantar surat kepada FBI," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perutusan Khas Perdana Menteri bersabit "Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Bekas Menteri Dalam Negeri berkata demikian mengulas kenyataan penyandang jawatan itu kini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu yang mengatakan menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan kepada FBI.

Menurut Ahmad Zahid, beliau dan menteri sebelumnya mempunyai kuasa untuk menandatangani surat seumpama itu.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menjelaskan kepada kabinet bahawa surat yang dihantar pada 18 Disember lalu kepada FBI adalah penjelasan status Paul Phua Wei Seng yang sedang dibicarakan di mahkamah negara itu.

Surat berkenaan dihantar kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Giuliano.

Menurutnya, surat itu bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Seng Phua yang dituduh terlibat dengan aktiviti perjudian haram di Amerika Syarikat.

Seng Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini dalam tahanan rumah di Amerika Syarikat dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.

Seng Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.

Beliau menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan dia juga disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Berikutan penahanan Seng Phua, firma guamannya, Chesnoff & Schonfeld telah memohon Ahmad Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang anggota 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.

Surat Ahmad Zahid bertarikh 18 Disember tahun lalu kepada Giuliano adalah bagi menjelaskan tentang perkara tersebut.

Tun M Sokong PERKASA Tentang Fahaman Ekstremisme Terhadap Melayu



 Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak laporan media bahawa beliau tidak lagi sehaluan dan 'berpisah' dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

“Saya harus katakan bahawa tiada asas untuk saya menjarakkan diri daripada PERKASA,” katanya.

Katanya, walaupun tidak terikat secara rasmi dengan NGO itu beliau mengakui dalam hal-hal tertentu berkongsi pendapat dengannya.

“Terutamanya dalam hal berkaitan reaksi terhadap pandangan ekstrim bukan Melayu,” katanya dalam blog hari ini.

Wednesday, 21 January 2015

Nik Aziz Masuk ICU



 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) petang ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, kesihatan ayahnya yang dimasukkan ke HUSM kerana uzur semakin kritikal sejak pagi tadi.

“Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” katanya menerusi laman Facebook.

Nik Abduh turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan.

Beliau akan memaklumkan perkembangan berkaitan daripada semasa ke semasa.

“Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.

“Doakan semoga ayahanda kembali sihat,” tulisnya.

DAP : Adakah Anwar-Najib Bekerjasama Jatuhkan Tun Daim?



Kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan maklumat dalam siasatan kes rasuah bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin menimbulkan tanda tanya ahli Parlimen DAP sama ada wujud perjanjian di antara ketua pembangkang itu dengan Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, kesungguhan Anwar itu dilihat akan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

"Adakah terdapat perjanjian di antara Najib dan Anwar? Anwar membantu Najib menjatuhkan Daim kerana Najib sebenarnya berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bagi saya, kelihatan keutamaan Anwar kini bukanlah PR. Walaupun beliau memberitahu saya tidak kisah isu tersebut, saya fikir keutamaannya sekarang ialah kebebasan sendiri," katanya menerusi kiriman di blognyaSAKMONGKOL AK47hari ini.

Ariff Sabri berkata, tindak tanduk Anwar itu menimbulkan tanda tanya kerana keutamaan PR kini untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.

Katanya, media Umno seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya untuk bercakaran sesama sendiri tanpa melibatkan pemimpin PR.

"Kita patut membiarkan Daim dan orangnya seperti penulis, blogger dan bekas menteri untuk menjatuhkan Najib.

"Jangan halang Zam menyampaikan cerita sensasi tentang Najib supaya seluruh Malaysia mengetahui siapakah Najib sebenarnya," katanya merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Anwar pada Ahad berkata sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia jika siasatan dilakukan terhadap Daim.

Ketua pembangkang itu bagaimanapun mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap profesional ketika menjalankan tugasan itu.

"Jika mereka tanyakan saya, saya akan bekerjasama, tiada masalah. Itu tanggungjawab saya membantu siasatan. Tapi mereka perlu bersikap profesional," katanya selepas dialog bersama belia Selangor, di Petaling Jaya.

Ketua umum PKR itu berkata beliau mempunyai "bukti" penyalahgunaan kuasa Daim namun berkata ia disembunyikan.

Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut berbilion ringgit melalui Bank Afrika dan Eropah Timur menggunakan proksi.

Daim sebelum ini menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan SPRM, namun menolak campur tangan kumpulan pengkritik.

Dalam kenyataannya, Daim berkata, beliau yakin SPRM mampu menggalas tanggungjawab itu.

Beliau sebelum ini dilaporkan mempunyai sebuah bank di Tanzania namun menafikan salah guna kuasa.